Saturday, February 01, 2014

Spare d rod spoil d child

Malam tadi saya tengok tivi. Anak-anak yang ibu bapa dalam tahanan Sweden kerana memukul anak tu dah selamat sampai ke Malaysia.

Funny, of all people, ayah dia yang selalu bekerja di luar negara patut tahu dan sedar, undang-undang sebuah negara tu terpakai untuk pemastautin juga.

Tapi...
Selepas bertahun-tahun jadi babysitter, saya faham apa rasanya bila hilang sabar.

While saya boleh bersabar dan sangat menghargai keberanian budak yang banyak cakap, suka provoke dan speak up his/her mind, tapi dengan pemalas dan beri alasan yang tidak masuk akal, saya tak berapa tahan.

But still...
Saya fikir, memukul dengan niat mencedera, mendera dan memalukan adalah salah...
Tapi orang Asia memang dididik dengan cara begini.

"Yang bising pasal ni, orang yang berpendidikan barat Jan. Dia tak tengok situasi di Malaysia macam mana. Undang2 budak bawah umur x boleh bawak motor, beli minuman keras,  tapi ko tengok je la..." Tak pasal saya kena ceramah dengan Man.

When was that?
Masa tu kami sessi petang, saya sedang mengira duit koperasi. Man datang berbual dengan Khai, saya menyempit, macam selalu. Tahun 2007/2008/2009 kot..

"Aku nak buat kajian pasal ni nanti.. ko tengok la.. " Man tambah..

" Bila Man?" saya tanya. Excited tu...

"Entah.. Tapi yang best tu.. bila lepas viva, diorang salam tangan dan cakap, "tahniah Dr Othman", waaaa tu yang mahal tu".

Waaaa... saya pun sama melopong... hahaha

That's why from the start isu ni keluar masa Disember, saya selalu terkenangkan Man.
Tak..
Dia tak sempat pun buat Phd, dah sibuk dengan urusan kerja dan keluarga.
Saya pun tak sambung M.A pun, padahal masa sembang tu kemain bersemangat.

Ok.. abaikan.
Saya doakan ada kesudahan yang baik untuk keluarga ni.
Saya juga doakan, kawan saya, Man, tenang di sana.

Sekian.

No comments: