Monday, March 10, 2014

MH370 Mystery

Sayapun macam 18 juta rakyat Malaysia yang lain.
Menghabiskan cuti hujung minggu di depan televisyen.
Kalau ada sale pun, rasa tak tergamak nak pergi.
Nak pergi movie pun tak sampai hati.
Saya pasti semua orang dewasa berasa hiba dan terkejut dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370 yang dijadualkan tiba di Beijing pada pukul 6.30pagi Sabtu. Sampai sekarang tak sampai-sampai.

Hilang dari radar.

Pakar Teknikal Penerbangan dan Juruterbang berpengalaman 40 tahun dalam penerbangan berkali-kali mengatakan, "sangat mustahil untuk hilang dari radar". 
Bekas Ketua Juruterbang Kanan Serantau MAS pun cakap perkara yang sama.

Setiap juruterbang wajib mengambil lesen setiap 6 bulan sekali. Mustahil mereka lupa SOP (standard operation officer). First Officer atau pembantu juruterbang pula sangat terlatih dan memiliki pengetahuan yang sama setara dengan juruterbang.
"Tak mungkin ada kesilapan di situ lagipun latihan MAS antara yang terbaik di dunia, sebab itu ramai yang diambil menjadi jurulatih penerbangan di luar negara" ulas tetamu di televisyen itu. Betul kot.. Seorang tu kerja dengan China Airlines dan seorang lain Pegawai Teknikal Penerbangan di Thai Airlines.

Setiap aircraft,  dilengkapi dengan 5 radio, tak mungkin rosak 5 serentak. Di ruang udara ada radar pengesan. Berkecai 8 pun kapal terbang (nauzubillah), radar masih boleh kesan pergerakan. 

Cuaca baik. Laluan itu laluan sibuk. Mustahil aircraft  lain tak dapat kesan.Oh lupa pulak, perbualan antara aircraft  dengan menara kawalan setempat juga dapat didengar oleh pesawat yang berdekatan. Dalam jarak berapa saya lupa. 

Mungkin tak ada orang switched off pesawat tu dan bawa ke tempat lain?
Pengacara tanya. Obviously, ni soalan penggemar filem CSI.

Tetamu-tetamu itu menggelengkan kepala.
Aircraft sangat besar, laluan sangat sibuk. Pasti akan ada pesawat lain yang nampak.
Sistem radar sangat terperinci, dan ada pelbagai, MUSTAHIL. 

Kalau crash?
Kalaupun crash, pilot have plenty of time to report to the control tower.

Berapa lama tu? pengacara tanya.
2 minit, 5 minit.. lamaaaa, bekas Juruterbang tu menjawab sambil geleng-geleng kepala.

Pada saya kalau 2,4,5 minit tu sekejap sangat. 
Tapi jangan lupa, juruterbang memang terlatih dengan rejim yang ketat. Lagipun kapal terbang bergerak 2,3 ribu kilometer sejam.

Evacuate pesawat pun masanya cuma 90 saat.
At my workplace, kalau 90 saat, d kids terhegeh2 nak turun tangga.

In short, kalau crash or ditching memang boleh diterima akal.
Bila hilang cenggitu?

The fact that 2 stolen passports were used on board, menambahkan lagi Misteri Nusantara.
The way the senior officers entertained d press conference,  macamlah ada udang di sebalik batu.

They are not to blamed. This is so sudden, so unexpected and so tragic.
Kalau rakyat Malaysia terkejut, senior officers  dan the pilot fraternities pun terkejut juga.

This is really a heart-rending news for all of us, especially the family members of all in board.
No amount of words could comfort them in this testing time.

For the very first time since Highland Towers, d free tv was full of d news.  Dari pagi sampai ke malam siaran tentang MH370 je.

Great.
The last thing I wanna see on National tv is, Lida-Fauzi-Sharnaaz bickering over, #diamlahkakak,



No comments: