Tuesday, March 18, 2014

popiah meletops!

Tanpa sebab2 yang kukuh, seorang kawan beria ajak sarapan bersama sebab dia bawa popiah.

Popiah aje kot...

"Ni Ayub yang punya sagesyen. Memang sedap" dia jawab. Gigih saya ikut ke kantin.
Makcik konpiused.

Sejak bila Ayub beria bab2 makan? Bukan dia cakap selalunya dia makan kat rumah je.
Saya terpedaya ke ni?
Yang kawan tu pun satu.
Bukan selalu dia cerita dia suka memasak ke?

Jenuh saya Meneka Dalam Kesamaran.
Dalam samar tak samar, saya makan 2 biji popia.

"Sedap tak Jan?" kawan saya tanya, sambil sambung bercerita.
Sedap tu memang la sedap, tapi gila jauh tu beli popia...

"Jan.. saya dah cakap dengan Ayub. Bila dia servis kereta, saya minta dia belikan popia tu lagi" kawan saya cakap dengan ceria.

Perghhh...
"Jauh kot... dia servis kereta kat mana?" saya tanya, minta pencerahan.

"Manjung. On d way, boleh la dia belikan.." kawan saya cakap dengan ceria.

Mak aihh..
Manjung is like 2 hours journey from our hometown.
Sempatla popiah tu kena bermalam dalam peti sejuk dulu.

Gigih betul diorang berdua ni..
Saya setakat gigih tolong habiskan je..:)


p/s x sempat ambik gambar.


No comments: