Friday, March 21, 2014

So much for integrity :)

I am fuming mad.

Saya tak tau pula ada laporan peristiwa tahun lalu.
Makcik ketinggalan keretapi.
Semalam saya dengar dua orang petik laporan itu.

Laporan mana?
Kenapa saya tak tau?
Kenapa rasa pelik?

Hari ini saya semak.
Tandatangan saya ditiru. Laporan kewangan menunjukkan saya terlebih belanja.
Tapi xder rekod perbelanjaan pun.
R u serious?

Saya tanya bendahari.
"Kenapa laporan tu berbeza dengan yang saya berikan dan yang encik tandatangan pengesahan terima."
Saya masih simpan salinan.
"Kenapa semua resit yang saya serahkantidak disertakan dalam laporan?" saya tanya lagi.

Bendahari itu kata dia sudah lupa. Dia akan semak semula.
Saya datang beberapa jam semula.
Dia sudah ingat.

Dia sudah serahkan kepada Pengerusi, katanya.
"Tapi bayaran semua sudah dibuat, jadi tak payah la panjangkan" dia kata.

Saya sangat sayangkan dia.
Selama ini dia sangat baik dengan saya.
Kalau orang lain yang cakap begitu, mesti saya tendang buah pinggangnya.

"Ini bukan pasal bayaran. Ini pasal integriti. I am very particular about that. Tak apalah nanti saya tanyakan sendiri kepada Pengerusi tu.", saya jawab dan berlalu pergi.

I was furious. He knows me well.
I know him well too. 
Dia pun berintegriti orangnya.
Tapi yang Pengerusi tu, saya sangsi.

Kemahirannya menuding jari ke sana sini, sangat menjengkelkan saya. Belum lagi bercakap dengan idea sebesar Boieng triple 7, padahal bila diajak turun padang, perghhh....
Alasannya saja boleh....
Boleh kiamat dunia agaknya.

Kalau saya point out  pada dia tentang forgery signature, tentang descrepancy dalam laporan kewangan itu dia akan kata, "ooo itu kita tak tau. Itu kena tanya Setiausaha, dia yang buat".

Silly. Kau tak check ke dulu?

Saya dah biasa dengar dia menyalahkan orang begini. Saya selalu berdoa semoga saya dijauhkan dari sikap begitu.  Saya dan kawan-kawan juga seboleh mungkin mengelak dari berurusan dengan dia.

Saya jelik.
Saya jelik bila dia bercakap panjang2 tapi kesudahannya...
Tiada hasil.
Kalau boleh dapat pegang jawatan dia dengan bermodalkan air liur, anak sedara saya Izlan Fahmi yang berumur 8  tahun sekarang belajar di Tahun 2 Elektrik tu dah lebih dari layak.

Goshhh..
What if d kids read the report in 10 years time, dan diaorang terjumpa Laporan tu, yang menyatakan tice  yang fefeling jujur dan amanah ni, telah tersasar belanja over-budget.
Mesti lagi 10 tahun diaorang maki saya kaw-kaw.
Kalau saya dah mati, silap-silap dia tak mau pun tolong doakan saya..
Sapa je yang sudi nak doakan orang yang preaches about integrity, tapi dia sendiri pun corrupt?

Oh ye..
Saya memang sentiasa fikir consequences.
Tapinya..
Kalau saya pergi bersemuka dengannya, saya positif nanti kami akan bermasam muka.
Di depan saya dia cakap 2,3 baris. Di belakang dia petik sana sini.
Dia akan kata saya di belakang.
Akan momokkan dengan panggilan yang saya kurang gemar.
Saya tau, sebab tak ada rahsia melainkan yang ditampal di noticeboard.

Tapinya...
saya rasa sangat teraniaya. Horrible. Awful. Insulted.
Orang kata doa orang teraniaya Allah makbulkan.

Boleh tak kalau saya doakan dia sihat selalu?
Tercapai segala yang dia mahukan dalam hidup.
Kesihatan yang sangat-sangat baik. Kereta baru, rumah besar, keluarga yang bahagia, harta yang melimpah tak terkira.

Saya fikir, kalau badannya sihat dan hatinya senang, mungkin dia akan bekerja dengan lebih girang.
Mungkin juga dia akan berhenti bermain wayang dan menganiaya orang.


Amin.


p/s in case one of u will read the Laporan in 10 years time.
1. I did not overspend. Never.
2. In fact, I distributed handouts in EVERY single meeting stating where the money goes.
3. I returned the balance to the Bendahari in two weeks time AFTER the event took place.
4. The Bendahari verified the Laporan Akaun Perbelanjaan and accepted the money and all the receipts.
5. It was all in black and white.

Nak tengok?
I keep all accounts  I did for 5 years before I discard it.
In 10 years, maybe dah takde kot.




No comments: