Saturday, March 15, 2014

Suami orang what do u expect??

Cerita ni sambungan dari entry ini.

Macam nak tersembur makanan dalam mulut bila kawan saya cakap macam tajuk entri.
Dia menjawab soalan saya, kenapa perkahwinan keduanya sekejap sangat bertahan.

Sebagai Wanita Biasa, macam juga Kris Dayanti, patutnya saya hangin juga dengan wanita lain sanggup merampas suami orang. Kalau pembaca entri ini marahkan saya, tolong marahkan 130 ribu orang yang like facebook Kami Sokong Liyana Manan tu. Saya pun one of them heheheh.

Kesian Hanez Suraya...

Berbalik pada cerita yang kami bualkan, saya sepatutnya tunjuk muka bersimpati ke hapa.. hahahahaha... tapi I just can't..

"Suami orang what do u expect??"
I found it hillarious, coming from her, the second wife. Hahahhahahahha
Took sometimes before we stopped laughing and composed ourselves. Hahhahahahahah

Jadi inilah ceritanya.
Selepas bercerai dengan suaminya, hidup kawan saya sangat sangat susah. Dia tiada harta tapi liabiliti memang banyak. Itu dia boleh tahan.

Yang menyukarkan ialah gangguan dari lelaki apabila mengetahui dia Janda. Jadi dia sanggup tinggal semula bersama ibunya dan berulang ke tempat kerja yang jauh untuk mengelakkan gangguan lelaki-lelaku Melayu Islam yang fefeling  mereka WAJIB melindungi Janda mengikut sunah Rasulullah s.a.w padahal hutang kereta, hutang rumah dan hutang yuran PIBG sekolah anak pun belum tentu cukup lagi nak bayar. Hahahahhahaha

Finally dia terjumpa dengan lelaki yang MAMPU berpoligami dan benar-benar ikhlas menerima dia dan 3 orang anaknya.

Maaflah. Saya bukan ada kawan nak bercerita, kat kakak2 saya la tempat saya berkongsi maklumat. Besides, if I told theotherfriend, MUNGKIN dia merasa WAJIB juga meminta nombor telefon kawan saya ni. hahahahha


"Diorang kahwin kat mana?" one of my sisters tanya bila saya cerita pada diorang.

Perghhh...
mana nak tau. Saya tak tanyala soalan macam tu.
Yang saya tanya, "how  d u define MAMPU?".
Nampak betapa mata duitannya saya.

"He is a manager in a car company". Kawan saya beritahu detail tapi saya tapisla kan... dan terus saya berangan nak dapat beli keter rege diskaun 70%.

But nope.
Isteri lelaki itu dapat tau suaminya berkahwin lain dan berlaku suasana yang tegang.

"Err... tak minta izin ke sebelum tu?" saya tanya, sambil makan salad, ker dah sampai dessert masa tu.. entahla.. banyak sangat makan.

"Memanglah sebelum kahwin, masa berjumpa dengan mak saya, dia janji akan buat begitu, buat begini, eh macam-macamlah.. bulan bintang pun boleh buat.. tapi lepas isteri dia dapat tahu dan suruh pilih antara dia atau saya... Sudah... hilang semua janji", cerita kawan saya.

"Bagi saya senang je, saya berkahwin bukan nak ambil hak orang. Kalau dah sampai kena pilih-pilih, saya cakap, "Jangan pilih. Biar saya je yang pergi." Isteri dia tu yang datang dulu dan lebih berhak, bukan saya". Saya rasa lebih kurang beginilah dia cakap, dan tanpa sebab yang spesifik kami ketawa lagi.. Padahal saya sebak juga dengarnya...

"Waaa.. macam kisah retis you!" saya mengusik.

But it is not true.
Retis bila nak kahwin dengan suami orang dia cakap, suami orang tu duda dan cabar tunjukkan bukti bila orang kata  boifren dia tu masih suami yang sah kepada si polan. Bila orang dah tunjukkan bukti, dia buat joint press conference dengan lelaki itu slammed d wifey. 

Kawan saya tak buat begitu, dari dia muda, dia berkahwin kerana agama, bukan cinta, bukan harta, bukan pangkat dan bukan juga sebab rupa. Semestinya bukan sebab lelaki itu ada kereta ferrari merah (heh?)

Saya tau, tiada siapa pun yang sanggup bermadu dengan rela hati.
Given time,  saya fikir kalaulah isteri bekas suami kawan saya tu dapat mengenali kawan saya macam saya kenal dengannya, instead of a threat, she will find my friend is really a good company, a reliable friend, a loyal buddy and a staunch supporter.

Dia sanggup beralah dan sentiasa mengutamakan agama dalam setiap tindakannya.
Tak... dia tak pakai tudung labuh, so chances  dia berselindung di sebalik takdir memang tidaklah..
She is d master of her own destiny. If anything goes wrong,  tak sepatah pun dia menyalahkan orang tu, menyalahkan orang ni, menyalak pokok, menyalak bukit, very not her.

YOU will definitely find her hillarious. 
(YOU = bekas madu itu)
tapi ye lah kan....
Jodoh kan rahsia Allah:)

No comments: