Thursday, March 20, 2014

Terernya Along, Mak Andak!

Macam baru semalam je rasanya Along baru dapat result PMR.
Saya rasa anak sedara saya ni memang cerdik sejak kecil. Malangnya, mak dia (read: kakak saya) menafikan. Bila dia cuma dapat 3A 2B dalam UPSR, saya marah betul dengan cikgu sekolah tu, tapi mak dia cakap, itu pun dah cukup bagus.

Tak mungkinlah saya nak pergi bakar sekolah pulak, sedang abang ipar saya yang engineer tu menten. errr.. Kakak saya tu yang suka cakap suaminya engineer. Saya tak tau apa jawatan abang ipar saya, tapi memanglah dia graduate Electrical Engineering dari UTM.

Tiba-tiba (cett!!)
She got excellent result in PMR. 
Sebak kitaorang bila dia cakap, "English pun Along dapat A, Terernya Along.." tu bukan poyo.
The truth is dia pun tak sangka. Dah tu, selama ini mak dia kata anak dia level sederhana je.
(Mak Andak tak kata ye Long...)

Dah cenggitu, barulah kakak dan abang ipar saya ke sana-sini nak apply Sekolah Teknik. Macam ayahnya, Along pun nak ambil Electrical Engineering juga.

Pagi tadi Along kirim SMS. Dia dapat 6A je
Tu je?
Heh?

Me: English dapat apa?
Along: A, Mak Andak.
Me: oh? terer kot?
Along: Tapi Mak Andak... sekolah Along ni 30 orang je yang tak dapat A English.
Me: How many students?
Along: Ada 169 pelajar, 30 orang je x dapat A.
Me: Oh? Ok .. Mak Andak ada hal. I'll call u back.

The truth is saya terpempan  or in English, dumbstruck.
Saya cakap dengan Fid. Sama-sama kitaorang terkejut.
Tak boleh nak hadam.
Sekolah Teknik je pun.
Bukan SBP ke atau MRSM.
Goshhh!!!!!

Saya kenal anak saudara saya, kalau dia dapat A- pun saya dah rasa bangga giler.
But she got A.
Yes, A. Not A-.

When she got A in PMR, saya suruh dia hantar hadiah pada guru Englishnya.
(Mak ayah dia pun buat begitu juga)
While it is quite easy (errr..) to excell in other subjects because of the medium of teaching, learning English is something else. 

Might be for others biasa je la. I am talking about my niece yang tengok tv ada keluarga Melayu yang kasi speech masa wedding in English pun dia boleh tanya,
"Kenapa diorang spiking?".

Ajak pergi Big Bad Wolf Sale pun dia tak mau sebab banyak buku Bahasa Inggeris je.

Saya tak boleh nak bayang, betapa azabnya cecekgu kat SM Teknik Kuala Selangor tu mengajar anak sedara saya English sampai dapat A.
They did a wonderful job! Congrats!

Mak Andak bangga tak tau nak cakap, sampai terlupa apa yang dapat C+ tu.
Abaikan saja..

Congrats Kak Long.
Ini baru anak Mak Nik:)

No comments: