Tuesday, April 29, 2014

Kena balas ke?

D invite was sent 2 weeks ago, RSVP.
I dont have his number, jadi saya kirim pesan pada 2,3 orang

Tiada balasan.

Lepas maghrib tadi, saya ajak Acho cari rumahnya.
Pusing keliling, n we stopped at everyone's we know.

Masa azan Isyak, baru dapat jawapan.

"Laa... kenapa tice jemput sampai ke rumah?", he asked, comel macam dulu.

"Sebab awak tak balas. Bukan hari2 awak dapat hadiah..." saya jawab, not trying to be cute. Hahahahha..

"Laaa kena balas ke surat tu? Ada tak orang lain yang tak balas juga?" berani dia tanya. Haaahahhahahahha..

Jawapannya memang tak ada.
Semua yang terima jemputan sudah beri jawapan samada hadir atau tidak.

Kalau dengan rakan sebaya, berapi saya marah..
RSVP kot... balas je la..

Tapi dengan d kids, tak apalah..
Budak2...

Lagipun, dulu2, macam2 diorang tolong saya.
Takkanla benda kecil cenggini saya nak berkira sangat.

"Kesiannya tice..." dia cakap. Sangat comel.

" Kesian kat awak la, habis satu kampung tau  sok awak dapat anugerah, sebab tadi saya tanya ramai orang sebelum jumpa ur house". saya maklumkan jangan dia terkejut pula.
Hahahhahahahhahahha

Monday, April 28, 2014

Obama datang Malaysia

Kali terakhir Presiden Amerika datang tahun1966, Lyndon B. Johnson.
Tu yang ada Felda LBJ tu..
Kelakar saya tengok Obama dipuji2 sebab melawat mesjid tak payah pakai Secret Service mengekor 24 jam.
His middle name is Hussein ok.
Kalau bapak dia duk Malaysia, dah sah2 kena hukum murtad tu.
Agama ialah satu perkara yang sangat sensitif. As a muslim, it saddened me deeply bila dengar ada kes murtad.
Dalam Islam perkara murtad itu jelas hukumnya.
Tapi bukan sebab takut hukuman tu yang membuatkan seseorang muslim kekal dalam islam.
FAITH .
Faith is not something you born with.
Bila makin tua, saya fikir setiap muslim tu ada peranan untuk menguatkan keyakinan golongan muda terhadap agama Islam.
Sana sini cerita pasal Islam itu syumul, way of life segala, tapi .....
Bila g Pejabat Agama Islam Teluk Intan few years back (wrote it somewhere in this blog), mak aihhhh service lembap, suruh datang semula sebab boss tak ada.
Islam memang suruh buat macam tu ke?
Boleh ko tinggal opis takder back up?
Kalau u met an accident, fatal accident ke? Kena tutup ke Pejabat Agama tu?
Jangan kencang sangat nak cerita berapa statistik orang murtad di Malaysia,
Tanya je diri sendiri, sebagai orang yang dibayar untuk jaga nama baik agama, have u done ur role?
Plis.. stop acting like ko dah dapat teket masuk syurga.
Tapi Pejabat Agama Slim River, yang saya pergi sekali setahun dan few times lepas insiden yang saya tulis di atas tu, memang tip top la servisnya.
Memang salute!
Perghh
Padahal saya cuma nak tulis pasal kunjungan Barrack Hussein Obama ke Mesjid Negara je.
Melalut sampai isu murtad.
Finally, kepada siapa yang terbaca entri ni (probably u wrote MURTAD kat gugel n bingo!), saya sangat berharap, if u know someone yang makin jauh dari agama, janganla dijaja2 cerita dia ke sana sini. Dosa tu bukak aib orang.
Tolong jangan judge dia macamlah buku dosa pahala tu ko yang in-charge.
Rentikan nak berdebat kenkonon tahap ilmu agama ko bawah sikit je dari mufti Perak.
Pas tu ngan megah ko citer ngan semua orang.
Entah2 sebab tengok perangai poyo engkau tu kot, dia lagi benci ngan Islam.
Tak pasal2 ko dapat saham neraka.
What to do then?
Back to basic.
Bukak sirah, n learnt from Rasulullah s.a.w.
Sekian.

Thursday, April 24, 2014

Korang nak jadi apa sebenarnya?

Tak ini bukan citer d kids.
It all started pada satu hari yang saya dah lama tak jumpa dengan 3 orang kawan.
Cerita ini berlaku pada 3 hari yang berlainan.
Untuk dramatik, saya tukarkan nama dan setting citer ni. Saja...

Kawan pertama namanya Von Trapp. Dia baru pulang bercuti dari Bratislava. Dia bercerita tentang hal2 shopping. Saya beritahu dia, saya sedikit sibuk, jadi saya minta dia jangan berkecil hati kalau dia bercerita tapi saya tak angkat muka, dia okeyy je. 
Tak sampai 3 minit, dia dah masuk cerita bab febret , FOOD.
Von Trapp tau semua resepi n kekdah nak menyedapkan makanan. Ternganga2 pulak saya mendengarnya.
Besoknya dia bawa banyak makanan seperti yang diceritakan.
Saya rasa kalau dia kerja jual goreng pisang pun memang dia akan kaya. Dia berbakat, mulutnya pun manis dan mesra alam.
What stopping him, is beyond me.


Kawan kedua namanya Hauss. 
Ntah, saya gugel Austria, n keluar pula nama ni, sedap bunyinya. Dia pergi ke Wien, sangat lama. 
Tak tau la dia perasan ke tidak, bila dia lama tak balik, fes day dia balik, saya dan Von Trapp akan duduk berteleku pandang muka dia. Cettt! Macam budak tadika, Von Trapp tu la, saya ok bang! Hauss ikut mood, kenkadang dia x mau cakap, dia diam je, tu yang jadi kitaorang duduk pandang muka dia je tu. Kali ni saya nampak Hauss layan video clip keterkebal. Mood dia ok, saya tanya dia jawab, all about army. Passionate betul dia ni, terkebil2 saya dengar cerita dia, Pandai dia ni.
I think he will make a good fighter, kot dia tak rabunla..

Kawan yang ketiga namanya Schmid. Sebenarnya saya tak tau nak pronounce nama ni. Schmid tak pergi mana2 pun, it just our paths never cross  for a couple of day. Both were on the go. Satu hari, hari hujan, jadi masing2 tak boleh outdoor .
Saya nampak Schmid sedang membina menyiapkan lakaran (ni pun saya tukar). Lakarannya kemas dan cantik. Dia teliti orangnya.
Cantik siotttt.., saya cakap dalam hati, mana berani saya nak cakap kasar2 depan kawan2, ngan et je saya reserved my colourful vocab
Melampau sangat cantiknya. Baik hati Schmid ni, habis semua ilmu yang dia tau dia kongsikan. Dari A sampai Z
Kalaulah saya ni lelaki, balik rumah mesti saya dah buat sendiri. Tàpi...
Bab kerjatangan pompuan pun saya memang fail.
Like  Von Trapp, Schmid ni pun kot dia venture into bizz, mesti dah kaya raya juga.

Seeing all d three of them, sometimes saya rasa teringin nak tanya, what they want to be n what would make them happy.

Cehhhh... soklan over.



pics are from google

Wednesday, April 23, 2014

Korang ni dah kenapa?

Mulut ternganga, mata sepet saya bulatkan.

Ok kita citer dari mula.
Masa awal2 saya kerja, ko-k bosan gilerrr.
Menepati ada satu kata2 yang pernah saya dengar, "tak pernah jumpa sekolah yang bagus kalau pemimpinnya teruk"
Famous quote tu. Kot gugel korang akan jumpa versi sebenar.
Saya tak suka pemimpin yang teruk.
Tapi saya tak petik nama eh...

Semenjak our PK Ko datang pergh... memacam dia nak buat.
Karnival ko kurikulum ni adalah acara wajib. Dah banyak tahun dia jadi PK Ko, dah banyak kali dah kitaorang azab trained pelajar.
Saya tetap suka dia, walaupun penat.
Tapi....
Selama ni Asmahani je buat.. Saya x tolong sangat.

Tahun ni, As pindah, so I take over.
Baru tau langit tinggi ke rendah kan.....

Ada banyak pertandingan, my teammates, Yuni, Raja n Adah worked harder than me too. Lately, asal berjumpa je kitaorang cakap bisik2, maklumla takut orang tau strategi kitaorang...
Padahal, rasanya Pandu Puteri memang konsisten, COROT.

D Guides pun sangat bersemangat, all in all tak la teruk sangat kerja saya pun.

Cuma ye la kan...
Kitaorang ada 32 orang je, tapi ramai yang lari masuk Pengakap. Hujung2 tinggal tak sampai 25 kot.
Hari ni pula ada pertandingan kawad formasi, sahihla semua orang kena masuk.

Jadi bila saya turun kat tempat masakan tu, macammmm...
Tergamak diorang gaulkan ayam mentah  dengan sayuran. Padahal dalam resepi memang dah tulis sayuran dan ayam tu kena dimasak selama 3 minit.
"Nak kasi orang mati ke beb?"
Instead of triangle, they just rolled the samosa.

Dan.....
masih lagi bancuh tepung yang katanya tak keras2.
Air pun x jerang lagi..
Samosa yang isi mentah tu pun digoreng dengan bara api, mestila berminyak kuih tu.. aduhhhh!

"Eh... ko tengok jam pukul berapa beb?", saya jerkah.

Luckily, masa tu pasukan Pandu Puteri kena marching. Semua orang kena tinggalkan dapur, kecuali sorang. Tice diorang pun mengambil kesempatan jadi helpers.  Cincang sayur, chopped garlic je pun.... bukan banyak beno nak ditolong.

Saya paksa budak yang tinggal tu masak filling dan gentel buah melaka, simultaneously. Once ready, dia juga kena basuh kuali dan jerang air untuk  masak buah melaka.
Saya cuma buat samosa tu selaju yang boleh. Target 10 biji.
Budak tu saya kasi target 20 biji buah melaka.
Nampak sangat tice dia mengelat.

Masalahnya api.. mujur budak PBSM tolong, Noraini namanya;)

By the time, d girls finished marching, d judges announced, masa tinggal 15 minit. Buah melaka tak masak, samosa pun tak cecah api lagi.
Api pun suam2 kuku je.

Much to my disbelief, the guides worked better under pressure.
In 15 minutes, they managed to come out with decent meal
Their presentation pun agak convincing.

Honestly, when I was their age, buat air pun saya x reti.
Jadi, saya marah2 tu  saya rasa malu sendiri pula...

1. Saya tak pernah masak buah melaka seumur hidup.
2. Padahal, saya buat kerja dapur memang lemah gemalai, lebih teruk dari diorang
3. Even, my mom pun sengih2 je bila saya kumpul barang n kasi tau dia pasal pertandingan masakan.

Orang cakap, jadi cikgu mesti serba tau.
Jadi saya g kat diorang, n cakap sorry.

Mana ada budak2 yang bagus, kalau cikgu diorang tak bagus:(

Tuesday, April 22, 2014

Oh Salzburg...

Masa kecik umah saya takder letrik. Jadi hiburan yang paling best ialah baca buku cerita. Selain daripada buku Pramoedya Ananta Toer - Keluarga Gerilya, Sejarah Melayu, Badai Semalam, dan Pulanglah saya juga baca buku Sound of Music.

Buku Melayu tu buku teks kakak-kakak saya di sekolah.
Sound of Music  tu rasanya one of my sisters  pinjamkan dari perpustakaan sekolah dia.

Reading Sound of Music really broaden my perspective. Whatever that means la kan...
Cerita yang best dan saya berangan nak pergi ke tempat Maria tu. Mungkin sebab terpengaruh dengan Maria, saya pun gedik  nak menyanyi masa kecik.

Tapi suara dia sedap, suara saya hamppsss.
Sound of music.jpg
 Then, bila besar sikit, ada filem lakonan Julie Andrews tu. Waaaa... lagu-lagunya best sangat.
Pemandangannya cantik2. Macam kat bawah ni..

Last weekend, one of my sisters cakap dia akan berkursus kat Vienna for a week.
Hari kerja ok.

Saya cuma perlu keluarkan duit katebang je, gugel punya gugel kot naik Etihad dalam 5K je.
Rasa macam I could sacrifice that much.
If that means saya ikat perut for the next 3,4 months,  saya rela....

Saya gugel transportation nak ke Salzburg.
99 euro je. Ok la..

Eh.. Euro?
Kena kali 5 la kan? Lebih kurang..
Haishhhh... masakkkk...

"lu boleh bayarkan tambang bas wa kat Austria nanti x?" saya tanya my sister tu.
"Lu nak gi mana? how much?" dia tanya balik.

Saya tunjukkan perbezaan tambang OBB dan bas dan ambil pakej semuanya.
Hmmm...

"Tapi g Salzburg lu kena tunggu wa" dia cakap.
Padahal takde kena mengena. My passable Engrishh could take me anywhere..

"Wa dah pergi dulu situ, tapi best sangat, nak pergi lagi", dia sambung.
Flesh n blood. Selera pun sama.

Dia pun setuju nak bayarkan tambang bas ke Salzburg, afterall her transportation n accomodation  dibiayai sepenuhnya.

Hati saya berbunga2.
Kami nyanyi lagu Do Re Mi sama-sama.
Ohhhhhh... indahnya.. (fefeling.. berguling kat meadow)

On Monday saya jumpa Boss.

"Boleh tak saya ambil cuti?" saya tanya sambil tunjuk kalendar kuda.

"Cuti rehat tak boleh diambil berderet lebih daripada 2 hari" dia jawab sambil tersenyum. Mesti dia ingat saya  tengin.

Saya tau, tapi....

When it comes to Sazburg, saya memang menebalkan muka. Press my luck.
Lagi pun masa tu d kids tengah exam. Ok kot...
Afterall, kalau harap saya pergi sendiri,

Sampai kiamat belum tentu mampu.

atau..

Mungkin saya akan berkahwin dengan orang jerman di Salzburg, barulah impian saya tercapai.
Mungkin...

Saya keluar dari bilik boss dan terus..
terus...


















*sedihhsss*


Saturday, April 19, 2014

What goes around katanya....

As an auto intro, I juz wanna say, all my writings adalah untuk kenangan saya di hari tua.
If u happen termasuk dalam ini pilem, rest assured, nobody cares, afterall yang baca blog ini hanyalah norizan adnan sensorang je.

It all started with every one was so stressed out with what-nots since d  term resumed. Not every one though, yang pemalas dan kaki kipas konsisten begitu juga. Cuma ada pengecualian. This time around, d boss kaki ronda. Instead of tunggu feedback dalam miting, dia check semua benda satu2.

I put her in my good book, despite awal2 hari tu saya kena jerit jugak hahahhahahah.
My fault anyway.,

The tense was unbearable, yang bertahun2 main wayang ambik watak goody2shoes pun sekarang dah start menjerit x menahan.
Dulu2 masa x buat kerja, bolehla kontrol ala2 lindungan kaabah, now kena kuitkan jari tangan, baru la tau langit tu tinggi ke rendah.

and...
On Wednesday, there was a rift. I missed the part because, d kids need my attention. Thanks God!

Rupanya ramai yang gigih menyampaikan.
"Benda kecik je kot", saya cakap. Dah masing2 penat, biasala kalau cepat sentap.

The next day, ramai lagi yang sokseksoksek.
Diorang cakap kat saya, sebab tanya pendapat.

Dalam pada tu, mestila kena tambah sikit.. bagi sedap..
"U tau Zan, ada orang tanya macam mana saya boleh baik dengan awak sebab ramai yang kata awak ni suka sembur orang". Aikkk terbabit la saya.

Hehehe...
Sebenarnya saya ingat, kalau saya pergi jumpa nak clarify things orang, sebab saya fikir lama dan buat istikharah sebelum saya jumpa orang tu secara face to face.
Honestly, not that I m proud of it, but at that time I believe that was d best decision.

Ini listnya.

1. 6,7 thn dulu
The immediate boss baru dtg. Dia nak kipas boss. Dlm miting asyik nak blame itu ini, kasi idea patutnya buat begitu begini. Masalahnya idea dia tu orang dah implement pun ada black n white lagi... Met him personally, showed him d facts n figures, instead of minta maaf ke hapa dia cakap dia x tujukan untuk saya pun, untuk org lain. 

Orang lain tu is a rising star yang duduk sebelah dia. Open secret. Loud n clear.

WTF! Ko nk tuju kat dia, ko g cakap ngan dia personally, dlm miting ada minit kot..  saya terbabit. Saya tak suka.
He stopped meddling after that. Saya x pernah citer pada sesiapa,

 I read, what behind d closes door shud remains there, tapi it was an open secret.
Mungkin kerusi meja tu bermulut.

2. 7,8 tahun dulu.
Another immediate boss tapi dah pindah. Blame game saya x tahan. Cakap banyak, idea tinggi langit, tapi... yang tu saya tahan.
Tak tahan, blame game. Main tuduh2, patutnya dia ni buat gini, gitu. Bila kita buat, bukan nak tolong pun, cakap terima kadih harammmmm... itu ok lagi.
When something terrible happened, dia petik nama saya, I went to him straight, tanya what izit all about.
Dia kata saya salah dengar, biasalah orang suka laga2kan orang lain, dia kata.
Kalau saya baru kenal dia sehari, mungkin saya percaya. Bertahun dia berdrama, pleasee.... saya keluarkan facts n figure again, dia kata saya emosional. Perghhh... Lembikk cam pompuan..
Saya speku dia pung pang kat belakang,
Esoknya ada kawan datang nesihat, saya beritahu dia saya fikir panjang sebelum buat sesuatu, terima kasih kerana menasihat.
Saya cuma cakap pada Jie, saya takkan bercerita pada orang lain. What for?
Didnt surprise me lelaki ini suka mengadu-domba.

3. 4,5 tahun dulu,
Isunya senang je. Lepas exam, kasi la skema jawapan. Budak2 nak tau markah diorang. Mintak sekali x dapat, kali kedua kata sibuk, kali ketiga kata besok. Besoknya pun xder jugak. Masa tu kata satu kelas pun dia x marking lagi.

Alasan x kasi skema, bubuh je markah apa pun. Bomoh je, their favourite lines.

Sepanjang kerjaya, saya tak pernah tipu markah, silap semak, silap kira tu selalu juga. D kids yang point out later. Tapi tipu markah, saya x buat. Ko gila ke hapa? Nanti budak tu besar n diorang boleh fikir sendiri. Lu agak2 la bro.

Next day during miting cakap, dah siap marking kelas tu kelas ni.
Amboii., ekspress bebeno? 

Semak essay ble siap satu hari? sembang kencang tu bro
The next day, mintak skema lagi, masa tu Jumaat, agak2la.. tapi dia cakap x bawak, ko memang mintak di maki eh?


It been years, but you never stop spreading d stories kan?
Thanks to u anyway, u make my life easier. Now kalau saya minta skema ke, markah ke hapa2 la, laju je orang kasi.

4. 2 tahun lepas.
I dont have an issue with him, tapi kalau dah asyik berdua2an dengan murid perempuan sehingga murid lain menyebut, since I was d only one female teacher around, agak2la... Lepas banyak kali terjadi,  takkan  saya x berbunyi kot. Bila dicakap, sentap!
Then, gigih pula sewa satu rumah for few days, duduk lelaki pompuan, pas tu suruh Norizan Adnan yang jaga.
Ko nak jadi bapak ayam go ahead, count me out.
Bila ditanya, duit makan n safety macam mana, boleh pula cakap semua beress..
Senang kau hidup?
Tapi sembang kencang gilerrrr. Berlakon jadi victim.
This year, saya kena pulau.
Like I care! N dis year boleh pulak biarkan d kids tidur kat rumah yang penganjur sediakan. Last year kata budak x selesa la la, itu la ini la, ni dah norizan adnan xder, apsal ko x proceed dengan plan yang suci murni tu?
Dah hilang dah idea nak sewa rumah kasi lelaki pompuan duduk sekali tu?
Who r u kidding bro?
Yang ni saya x maki pun, saya dah cakap 2 thn lepas, sudahla. Mana boleh cakap banyak kali. Penat.

5. 2009.
I was d assistant at that time, By right when d head retired, I took his place. Tapi dia berlari2 datang dan take over pulak. Ko ni kenapa?
Position nak... tapi bab kerja boleh sub pulak, aikkk..
Funny, then d Head datang balik, n dia kena vacated d room, saya fikir dia pun dah cukup malu dengan kejadian tu. So, no point saya nak maki makian.

6, KC 2010
I wrote lots about what transpires.
Her, was a nightmare I never recover. Fefeling lindungan kaabah sangat, but then tunjuk bukti bertulis with all those minutes n files, konar baring pulak. It was great how she built a camp, n later saiko habis kat orang yang tak disukai.
I learnt about politics during her time.
If u work harder than d bosses, u r asking for trouble.
X kisahla kalau kau ada paperwork, laporan program n whatnots.
The bosses will always find way to deter ur spirit n to downgrade u.
Cuma dia x tau, sejak zaman remaja, saya tak pernah peduli apa pandangan orang pun. Yeah, I m a self-proclaimed self-centred beast. Lepas saya fikir seploh kali dan rasa betul, dan sembahyang hajat n istikharah still rasa saya betul, nothing will stop me.

Tapi saya tak la pakai tudung labuh n sesikit quote hadis ayat quran bagai. Fake sangat kot...

Btw..
There r other people yang saya tak bersetuju juga. We fought, suara masing2 tak menahan tingginya... saya salah, saya tersipu2 cakap, sorilah..
We r friends again, fought again...

Orang tak setuju ngan saya pun ramai, saya tunjuk bukti, saya betul, dia ikut. Saya salah, saya ikut dia.  
Small matter. Citer habis. Tutup buku.

Saya tak sangka betul, cerita yang bertahun2 dulu tu pun boleh berbangkit.
Padahal dalam pilem terbaru minggu ini, watak saya mana ada pun.
Masa kejadian d rift tu saya memang bizi.

I believe d rift tu berlaku x sampai 5 minit kot.
Tapi ada yang upload dalam facebook.
Buat study group berbincang pulak tu. Hasil xder, bincang je. Hahhahahha

Lastly, someone came to me. Mengadu.
"Dia cakap saya yang cakap bla bla bal", dia bercerita muka x puas hati.

Saya pun tengok muka dia. X puas hati juga.
Saya dah kenal dia 5 tahun. Ntah... masa bila dia ni bercakap hal orang saya pun x tau. Selalu kitaorang cakap bab kerja atau bab shopping je.

Macam kurang akal je ko yang nak bergaduh ngan orang, pas tu main petik2 nama. Childish ok!
Budak2 gaduh pun at least kot nak petik nama orang dia pilih yang logik sket. Hahhahahah..

"Stay out of it", saya cakap, sebab dia tanya ok.. . "Dah bertahun kita kenal one another, perangai masing2 pun kita tau, people know who u r".

I dont know which people. As far as I see it, people love to spread what they hear. They judge people from what others said.
Some people love to tell tales. The more d merrier kekdahnya.
Some  people love to see results, u buat cenggitu, nanti u dapat balik gini.

The first ones, hasilnya cepat, ko jadi popular beb. Semua orang take sides, mangsa kan....
The second one (the one I chose to be), memang azabla. Kena kutuk di belakang, because u remains quiet.
Kalau ko dah start pun pang pung kat belakang,  menempah neraka tu..
Kan...
It would take years, barulah the truth revealed.

WORST.. sampai ke hujung nyawa ko dilabel sebagai penjarah.

Kalau sanggup sabar, sabarlah.
Tapi as Mother Teresa said, in d final analysis, it is always between u n Him, not them anyway:)

Do I know u like d back of my hand?

Perfectly-normal kot ri ni ajar besok dah lupa.
?.. atau bila keluar soklan masa exam, d kids tanya, "tice ada ajar ke?"

Kalau setakat buku hilang, lupa bawa tu biasa sangat.
Worst, kenkadang d kids buat2 saspens, "ada ke buku tu tice?"

kot nak kecik hati, mungkin sekarang saya makan prozac hari2 kot.
Betulke nama ubat tu?
Saya belasah je..

Tapi Isnin lepas ada cerita luarbiasa.
Pada saya luarbiasa la kan..

Mulai minggu ini ada jadual baru. Saya masuk mengajar kelas baru.
Semua pun kelas depan, naya sangatlah siapa yang dapat kelas lama saya.
(Honestly I do love all my 3D n 5D class).

Satu kelas tu saya ajar mereka tahun lepas.
"Dont u ever try to be funny with me", awal2 saya beritahu diorang.

"I know u like d back of my hand",saya cakap macamla konpiden sangat.
They also know me like d back of their hands too.. hahaha. When I asked them what crossed their minds when they know I'll teach thrm again, d answers ranging from, drama (lut cakap) to, "terukla kena buat kerja".
Memang I asked them to choose the negative sides. Saya x percaya puji-pujian.

It just that masa nak keluar kelas, I saw a book with familiar sticker.

Me: Napa buku ni ada lagi.. banyak kosong ke?
Makcik terkejut ok, buku latihan tahun lepas tu...
Saya check, tapi tinggal beberapa helai je kosong, kot la dia nak buat buku conteng..

The boy: x la ... saya buat rujukan..

Ermmmmmmm..
Whoshhhhh...
Huwaaaaa..

Makcik terharu ok #sambil kesat ayo mata#

Friday, April 18, 2014

Orchids!

Lepas buka cuti sekolah hari tu, saya terdengar our lady boss cakap2 dengan Abang Bro.
Saya tak tau kenapa diorang guna Abang Bro. Saya panggil cikgu je, in fact, saya adressed all male teachers as Cikgu.

Back to d story, I learnt later that they wanted to built an orchid house,
Ke namanya gazebo.
Mana2lah...

Rumah kayu dah dibina, tapi saya lupa nak ambil gambar.

Sehari dua ni, saya peratikan Abang Bro rajin bertukang. Kawan2 dan d kids pun rajin menolong.
Saya tolong tengok, dan tolong tanya.
Itu ini.

Diorang planned nak buat simen fero (gini ke spelling?)
Inilah bahan2 asasnya.

Dawai dan kadbod,
Renyah kerjanya.
Tak sabar nak tengok hasilnya nanti.

Thursday, April 17, 2014

Buku kerja dan kerja cincai

Saya tak boleh lupa betapa marahnya saya bila lihat buku kerja adik2 saya kosong je masa diorang sekolah dulu.
Kalau tak mahu guna buku kerja, janganlah suruh pelajar beli.
Dont give me a crap, students r supposed to do it in their own time ke hapa.
I never buy it, those rubbish excuses I mean.

Tapi sebab in the uncertainty of PT3, lepas dapat tahu d format saya terus minta kebenaran beli buku kerja.
Perlu dicatatkan juga, I was talking about Pentaksiran Pusat format, which was revealed in February.
Ni dia dah tukar jadi PT3, I just not sure format sama atau tidak.

Tapi buku kerja dah beli.
Saya stress giler.
Awal2 lagi saya dah beritahu, either PBS continues or not, I will definitely use d workbook, partly taknak membazir, and mainly I found the reading ang speaking materials are helpful.

D kids relaxed je.
Tapi cikgu diorang gelabah tahap gaban.

Speaking about relaxed, I think d PBS kids took matter too lightly.
Unlike us yang selalu stress nak kejar good grades.

Today I gave two sheets of reading exercise.
The first one was quite tricky, so it was guided comprehension then.

Latihan kedua sangat sangat senang . Seploh minit boleh siap, sepatutnya.
Tapi bila loceng bunyi, most complained they had lack of time.

Apakah?

On something unrelated, I had complained  regarding d written exercise. The boss said she will see d student personally.
Perghhh mestilah saya sedih, if d kids tak bagus, maksudnya sayalah yang tak ajar dengan bagus.

◇"amik positif je yang, we could do better next time", saya bisik pada d kids. Muka inesen je diorang.

On something gud, a friend of mine, bisik2 beritahu dia ternampak mesej yang garang. Saya tak faham, layan je. I just learnt how garang d message was  when  somebody hurled abused to d writer n 2 people involved.

Gone r d goody2 image .

Saya takder komen. Nak tunjuk simpati pun tidak, nak tanya jauh sekali.
Saya penat.
Saya cuma nak berehat sambil makan udang goreng.

Udang mahal ke?

Tiger of Jelutong

I was never a fan of Mr Singh.

Tapi kalau orang dah tiada,  buruk sungguh kot ko tiba-tiba buat personal attack kat peribadi dia.
Ko ingat ko boleh menang sebab simati tu tak boleh melawan?

Mati itu pasti. Kalau Mr Singh sokong hudud pun dia akan mati juga.
Tak ada kena mengena kecenderungan politik dengan kematian.

Kalau sampai hal kematian pun dipolitikkan...
segannya nak mengaku saudara seagama.

I am glad, younger politician like Khairy Jamaludin could be sensible n brave enough to give harsh tweets to some morons who are tarnishing muslim image.
Else, saya pun malu kalau jumpa my non-muslim friend nanti.

I was never KJ fan either.

While I never know Mr Singh personally, saya pasti he would be deeply missed by d family.
I hope they will be b strong.

Entah.. nak tulis eulogi saya tak reti,
Rest in Peace Mr Singh.

P/s sekejap tadi saya baca orang muslim tak guna rest in peace, menurut majlis fatwa.

ok... ucapan takziah untuk keluarga Encik Singh


Wednesday, April 16, 2014

Lawak x ble blah,,

Semalam semua orang sibuk pasal wassapps.
Kena masuk group rakan sekerja.
Saya cakap saya tak ada sematfon, macam mana nak berwasapps.

" Elehhh henfon cikai aku ni pun boleh je wasapps. X payah la nak tunggu sematfon bagai", Yong cakap, nada sirius.

"Tapikan...," Yong tambah, "tadi budak tu tegur kata, calculator cikgu terkeluo", dia cakap sambil tunjuk henfon nokia regeRM190, hahhaha
HA'A., ada iras kalkukator hahahhahahahhahah...

"Hena betul aku rasa", yong tambahm kami tambah ketawa je,..

Serius kejam stetmen bebudak ni.

Lampu &!pasar malam

2,3 minggu lepas saya hampir terbabas.
Kalau saya seorang, saya ok lagi, tapi pada masa itu I was ferried 4 children for a competition.
Saya ingat saya exhausted sangat , kepala pun spinning.
Bila balik out of curiosity, saya check tayar.

Ermmm "tayar pun botak mak" saya cerita pada nak saya. Saya masuk bilik, terus tidur. Kepala pusing.

Saya tak berkenan betul nak pergi servis keter.
Dulu2 saya ingat semua pompuan cenggitu, tapi bila sembang ngan kawan2 pompuan, barulah saya sedar, orang lain ok je.
Pada usia 4 series ini, barulah dapat saya kenal pasti bahawa saya memang tidak selesa bercakap dengan orang yang tidak dikenali.
Waima toke kedai servis keter sekalipun.
G kedai hardware pun saya x suka juga.

Jadi saya biarkan saja.
2,3 bulan lepas saya dah beritahu Acho lampu keter sebelah dah rosak. Dia x baiki pun, saya malas nak cakap 2,3 kali.
Cuma saya beritahu dia saya rasa macam dah kena servis, tu je.

Last week, saya balik ke 12A waktu malam.
Masa tu Acho baru perasan permasalahan semua tu la.

Besoknya, dia ambil kereta dan hantar servis.
Semalam, mak kasi tau..

Acho tanya, "Andak ni berani sangat ke bawak kereta x berlampu".
Seperti biasa dia tanya pada mak saya. Tak apalah, janji saya tak dengar.

Sebab keter dah ada lampu kan,.
Mak saya pun jenguk bilik waktu maghrib dan tanya,
"Nak ke g pasar malam?"

Takkanla kata tak nak pulak ye tak?

Antara Bank Dunia, kotak hitam dan barang kemas

Hari itu saya dengar kat derio Peguam Negara, Gani Patail pegi UK dah diskas the custody of black box.
Debris pun tak jumpa satu habuk, kenapa gigih nak cerita pasal custody kotak hitam yang tak tau mana negerinya tu? Sebenarnya saya tak pernah teringat pula pernah terbaca mana2 negara berebut kan hak custody.
Dalam dunia saya yang hanya ada kaler putih ni, kotak hitam ialah hearsay. Sampai hati ke nak diejas?
Saya cari juga kalau ada jawapan dari Acting Transport Minister. YILLEKKK.
JUST now I read from Sydney Herald:

In two previous air crash findings that were based partly on black box examinations, Singapore and Egypt, the owners of the planes never accepted American findings that the causes were pilot murder-suicides.

The agency with the most experience in examining Boeing black boxes is the National Transportation Safety Board in Washington. But Malaysia’s government has been forced to dampen strong anti-US sentiment in the country in recent days despite Washington assigning at least 12 investigators to join the criminal investigation and FBI forensic experts examining the home flight simulator of senior pilot Captain Zaharie Ahmad Shah.

The Utusan Malaysia newspaper, which is owned by the ruling United Malays National Organisation, published a report last week linking the Central Intelligence Agency to the plane’s disappearance, without providing any evidence. The report claimed the CIA wanted to sour ties between Malaysia and China. 

The Malaysian government took several days to deny the claim. Asked about the report at a defence services exhibition, Mr Hishammuddin said if there was any link to the CIA “I don’t think we will see such a strong presence of the US here.”

Read more: http://www.smh.com.au/world/flight-mh370-who-will-get-custody-of-black-boxes-20140414-zqui9.html#ixzz2yy0FOrp7

?.......-----------@----------

Berita pembukaan Cawangan Bank Dunia pun saya dengar kat derio juga.
Puas saya gugel justifikasi pembukaan. Ada, tapi saya skeptikal bila dikatakan Bank Dunia nak belajar cara mengurus ekonomi dengan Malaysia.
Kot takat nak belajar, tak payahla sampai tidur baring kat rumah cikgu tusyen.
Belajar online pun boleh.
Amik crash course pun ok.
Atau jemput je sesapa g IMF kasi in-house-training.

?.................../@----------------

Malam tadi saya tengok berita pasal 2 perempuan dijatuhkan hukuman mati sebab membunuh ibu tiri. Comel je pesalah pakai tudung Ariani, ker tudung Fareeda? Itu tak penting.
Yang penting one of them bertudung. Mengikut Metro Julai 2012, gambo keduanya tidak bertudung. One was 16, d partner in crime was 29. Tadi umur pompuan tu disebut 29 juga rasanya. Dalam berita lama, dikatakan yang umur 16 tu anak angkat dan yang lebih tua tu anak tiri. Malam ini disebut keduanya anak tiri.
Konpius makcik tau..

Perlukah bertudung bila ke mahkamah?
Maaflah, nampak fake sangat sebab kening berpantis juga.

Yang sama dan sejadi, mangsa ialah Tanziah, guru agama berumur 72 tahun. Kubur mangsa digali semula ada laporan barang kemas mangsa hilang, lepas post mortem mayat, didapati mangsa mati akibat lemas.

Since she was 72, by human nature, berapa lama sangatlah jangka hayatnya lagi. Kalau buat perangai elok2, mungkin arwah hadiah semua barang kemas tu.
Ni ko gigih g mencuri pas tu bunuh orang pula...

Berapa lama jangka hayat awak dik?
Mana gheta yang awak samun tu?
Boleh x harta benda tu lepaskan awak dari tali gantung?

Jap..
Bila sebut hukuman mati, di Malaydua, guna tali gantung ker atau duduk atas kerusi karen?
Ke .... ada cari lain?

Kenfiuzing ookkk?

Sunday, April 13, 2014

OCD

Ok.. ari tu saya bawa balik pinggan akopal bunga tulip dan piring luminarc bunga hortensia biru ke no18. No12A jarang ada tetamu ramai, jadi pinggan yang saya beli kat jualan gudang dua tahun lepas tu still ada sticker lagi. Nanti kalau saya mati, azab pula kena soal dengan Malaikat Mungkar dan  Nangkir  sebab membazir.

Tapi bila dah start musim hujan, saya fikir, tak sesuai pula guna pinggan tu.
Warnanya ceria sangat.
Jadi saya bawa balik set Claytan kaler lilac. Barulah selera nak makan bila tengok bunga comel-comel tu dengan warna yang sendu.
At least, saya rasa macam tu la. My mom dah malas nak layan.

I packed pinggan tulip dan hortensia tu, n dropped at 12A on my way to see Kak Ina on Tuesday.
Nak cepatkan, saya letak tepi pintu je la.
Mana nak tau budak2 ni datang rumah hari ni.

Errr... padahalnya saya sampai kat 12A waktu Maghrib semalam. Boleh je dikemas sebelum tidur.

Stress makcik tau..

Dang!
Saya tingat insiden minggu lepas kot.
I saw d other friend was sitting alone, so I joined him.
Then another friend came, handed a pack of iced tea.
A tiny droplet of Ayo a bit dropped on d pinkish sofa.
Not much, but still...
He wiped it with a piece of paper which he had in hand.

Me:wehhh sikit je kot... nanti keringla..
Him: aku x boleh la tengok...
Me: heh.. kenapa pembersih sangat?

Hahahaha of course I told him betapa menensyen kan kalau saya jumpa orang yang pembersih sangat.
I know I was talking craps... when he kind of mumbled, cubala jadi pengemas sikit.
Heh?
Kami kawan lama. I noticed kot dia dah cakap sesuatu yang serius dan tak mau saya menjawab, dia cakap bisik2.
It will definitely silenced me.

Lepas tu saya terus ambil tisu dan lap meja sampai jiran sebelah tanya kenapa., Hahaaaa..
The thing is ... abaikan..

Like today, once d boys left, terus saya simpan pinggan mangkuk kat rak, susun buku yang senget dan cuci longkang.
Apa kena mengena dengan longkang?

Entah...

p/semua pinggan mangkuk saya beli kat jualan gudang dengan deskaun giler2.

Cantikkknya rumah! (Sila baca sehingga ayat terakhir)

Ahad ialah hari saya menjadi tukang kebun. Nothing much, niat asal cuma membuang tunggul-tunggul lalang supaya rumput yang ditanam tidak cepat panjang. Pokok mangga dan pokok lain juga dipangkas, supaya  tidak mudah tinggi. Saya ngeri.

Jiran belakang rumah, sedang menyidai kain. Kami bertegur sapa, x kick nak bersembang bila masing-masing tengah ada kerja. Dia menegur lagi bila ternampak saya menggendong pasu pokok cili. Gigih saya memberitahunya, pokok cili yang sudah besar dan rajin berbuah itu selalu kekurangan air. Saya pindahkannya ke atas tanah di depan pintu dapur.

Harap2 pokok cili pemberian mak saya itu gembira di tempat barunya.

Eh... baru teringat. Saya berjanji dengan Cikgu Hamid nak sediakan pokok herba untuk pameran.
Jiran saya tu ada pokok kari, dengan tak malunya saya minta anak pokok. Untuk rekod, selalu juga kami bertukar tanaman.
Bila dia tau saya nak buat pameran, dia beri pokok yang dia semai cantik.

Masalahnya, tak tercapai tangan nak mengambil.
Jadi dia kirimkan anaknya yang berumur 5 tahun.
Ohhh dah 5 tahun kami berjiran, sewaktu mula pindah, kami berkenalan sewaktu dia mengandungkan her son.

Saya pun tunggu di depan rumah. Dari jauh saya dengar budak ni beri salam. What do you expect?
They stopped at two different houses before they saw me.
Comel je budak berdua ni.

"Awak tunggu sekejap boleh? Acik nak pindahkan pokok ni."saya tanya, gaya cik kiah wanita ameno.
"Boleh je... x apa.." budak berdua ni jawab, dan menjenguk ke dalam rumah melalui pintu yang terbuka.

"Waaaaa cantiknya rumah.." saya dengar mereka kata. Saya tak terkejut, ramai orang kata, side table kaler merah dan cd rack kaler merah yang saya converted jadi rak buku tu cantik. Kedua-duanya saya beli di Ikea. Sebelum budak-budak tu lahir lagi.
Hamparan merah kecil cinonit yang saya beli dengan harga entah 5 ke 6 ratus tu pun, ramai orang kata cantik. Saya beli sebab dia kaler merah. Dulu saya rasa murah je, lepas saya rajin pergi dari kedai ke kedai baru saya tau mahal siotttt. Patutlah dulu bila saya beritahu Jie, dia tanya kenapa saya tak beli barang kat Giant je. Mana saya tau Giant ada jual perabot.
Kat Slim River, mana ada hypermarket.
Panjang lebar saya elaborate n blowing my own trumpet, when in fact, saya sorang je yang rasa perabot tu cantik pada orang lain nampak junk je,... Hehehh , sebab ayat seterusnya sangat menyentap hati hahshaha

"Tapi... sepah ye...", kawan dia cakap.

Gulp...
Saya nak ketawa, tapi...

Ada perabot dari langit pun tak guna kalau pinggan letak tepi pintu ye Norizan.
Thats another story though.

Catatan sebelum tidur

Ada seorang kawan pernah cakap, dia x suka simpan apa2 sebagai kenangan.
Gambor pun dia x nak.
Dia cakap.

Awal2 lagi saya beritahu dia saya tak setuju.
Kan bagus ada kenangan untuk hari tua.
Dia tetap tak setuju.
Saya tetap bangkang.

Eh..,
Tak payahla saya beria nak menjawab pun sebenarnya. Not that we r going to grow old together.
But still, for d sake of melawan, I took lots of pics dan upload dalam fb.
Whenever ada peristiwa yang sesuai disimpan, saya tulis di blog ini, dengan harapan, kalau umur panjang, I could always look back dan cakap how lucky I was ada kawan macamnya (ayat ambik hati).

It juz that 2,3 hari lepas a boy (even though he is more a man now, i still refer him as A BOY), tanya pendapat.
Gila. He is in midst of recording a video, n thinking asking kawan saya to talk in front of camera.
Sangat tinggi cita2 tu.

He wasnt optimist, tu yang saya ketawa berguling tu.

"Mau ke dia?" , this boy tanya.
" Awak rasa?", saya tanya balik.
"Tak kot..."dia jawab sendiri.

Hahahhahahahhahaha.

Saturday, April 12, 2014

Mommy's sofa bed

It all began when mommy slept over at Yus crib.
Terpengaruh dengan cerita Yus yang sofa bed tu RM 200 cheaper than market price,
gigih my mom pun nak juga.

2,3 bulan lepas Yus order,
Ni baru sampai.

Yus balik petang tadi dengan meminjam Exora Anjang.
Dia dan Acho angkat masuk ke dalam.
Saya dan mak tengok je.

Seronok ada adik lelaki ramai. Hehe...

Tak tau kenapa saya terlelap. Bila bangun tengok Yus nak keluar
Mak cakap dia nak beli beskut.

Uda goreng samosa dan keropok lekor.
Saya makan, sambil sembang.

Bila Yus balik, uda goreng lagi keropok lekor.
Seronok ada kakak ni. Hehe.
Saya makan lagi, sambil berbual dengan Yus dan mak.

Mak keluar, cari pokok-pokok yang nak dikirim.
Buah belimbing mesti ada tu. Saya dan Yus terus bersembang sehingga hampir Maghrib.

Lepas solat, mak suruh Yus makan dulu sebelum balik.
Suruh Yus rasa telur masin homemade, kalau ok, mak nak tapau bagi bawa balik.
Yus cakap ok, terus mak tapau.

Saya pun tapau juga nasi dan ikan goreng, walaupun kenyang.
Bila Yus balik je mak saya mesti masak gulai tempoyak. Kampung betul adik saya ni,
Tapi dah lama2, saya pun rasa gulai tempoyak yang mak atau Nik masak memang special.
Orang lain masak saya kurengg sikit.

We parted at 8.00a.m.
As usual everyone , Joe included, gathered under the shining light.

Arif belum balik lagi.

Thursday, April 10, 2014

Buah hati Dia.

Pukul doblas nampak miscalled. Plural.
Wahhh... ari tu.... ( ungkitan tidak berguna lebih bagus dijumudkan).

"Awak boleh tolong saya?", ayat rekaan, yang betul kurang melankolik.
Mestilah boleh. Kasih sayang tanpa syarat, katanya.
(Terjemahan tidak sejadi).

Sekejap, kenapa tak suruh orang yang sepatutnya?
Oh? Baiklah jawapan meyakinkan, saya sedia berkhidmat.

" Tolong, buatkan item 4 sekali".. permintaan bersambung. Kurang wajar di telinga saya.

" Kenapa? Kenapa? Kenapa? " saya tanya, kawan tu jawab, saya tanya lagi, dia jawab saya bangkang.
Eh?

"Janganlah macam tu", kawan tu errr nesihat.
Ok. Saya tinggal henfon atas meja.
"Tengok2kan" saya pesan pada kawan with grey hair.

I did as asked, without item 4.
That is too much.
Wayyyy too much.

As, materials changed hand, might be d curiosity grew.
Memang dia ni pelekkk . Capital P.
Busuk hati, itu pun nak berkira.
Dahla huduhh, perangai pun burukksss..
Berdendam x sudah...
Emo! Kerek.
Melawan gred A+++++.

Perlukah saya justify my action?
Mungkin,
Tidak.

Friends bring d best in one another, if u never give me ur best, then u r somebody's besties. Not mine.

Cuba lagi.

Buah hati semua orang

Adik beradik 5 orang, tapi bila hantar video, gambar anak jiran.
Pagi-pagi, hari cuti, ambil anak jiran. Tolong jaga ajak main, padahal ibunya pun bercuti juga.
Pergi shopping beli baju untuk dia juga.

Bertuah awak Kayla. Semua orang sayang.
Harap jangan diorang manjakan sangat macam adik bongsu, Izlan.

" weiiii mana ada kitorang manjakan dia mak andak, dia yang mengada sendirikk" Tun ( bukan nama sebenar) menafikan sampai herot2 mulut.

"Ha'a abah pun marah, sebab dia suruh abah mandikan. Abah dahla nak cepat. Manja sangat. Mak pun selalu marah dia, manja sangat.",  Ten, abang Tun yang juga nama samaran menambah.

Phewwww, kalau mereka sekeluarga duduk di Sweden, masakkkk.

"Abang!!! Angry Bird!!" Tun jerit. Ten pun pergi siasat. Mak Andak tanya, "korang ni dah kenapa?".
"Kita beli ye, Izlan suuukaaa Angry Bird, beli ye Mak Andak"

Untuk rekod, asal nampak Angry Bird semua nak beli untuk Izlan. Dulu la..
Sekarang giliran Kayla pula.
Gigih tu jaga adik pagi petang, upload gambar selalu, belikan macam2.

Generous giler.
Padahal dengan Mak Andak berkiraaa..
Dah kasi Candy, adake minta semula?

Bulan 5, ada ahli baru.
Adik Danish.
Harap baby girl juga.
Boleh jadi buah hati semua orang.

p/s Tun n Ten, bila kita nak holiday sama2?
Abang2 n kakak2 Kayla juga.

Wednesday, April 09, 2014

Food n love

Hem.. hem.. hem...

Masa sekolah, warden asrama garang siotttt.
Langsung x senyum.
Bengkeng giler... dia ajar Maths
Saya jahil Maths.
Hampehhsss.
Dia suka suruh kopek ikan bilis.
Suruh dengan muka askar.
Masa lunch dia buka pintu bilik,
"Bawa ke dewan makan, makan sama-sama".
Muka askar juga. Kita orang makan, pulang pinggan, cakap terima kasih.
Kat belakang baru cakap, " sedapppp nyer sambal cikgu Maths masak ye".
Masuk kelas, belajar Maths, kena cubit juga.
Kitaorang diam.
Sampai tua, bila jumpa, saya salam. Cium tangan.
"Saya masih ingat sambal tumis cikgu", saya kata. Dia senyum.

Masa di U, saya tak ada duit, tapi ...
X berani makan di gerai.
Masak sendiri tak sedap,
selalu makan hati.
"Jom... pizza!", ohhh tersipu2.. takkan selalu sangat kot makan free.
Bila dah grad, "oh, let me treat u."
"ehh... no need la, let ME pay".
Haishh undergrad dia support, bila kerja, payback la..
Tolak, tolak, tepis, tepis..
Sudahnya I paid. Whatt? tak sampai pun hundred? My pleasure.
Lets go to Italian dining later, dia cadang.
Opppss... why did I befriended ngan orang kaya?

Bila dah kerja
"Let go to Victoria S", a friend suggested, in d middle of d week.
"Bukan mahal ke?", yeah right, norizan d cheapskate.
Nope. Kawan yg call tu rasa mahal.
The call became frequent.
"Nasi lemak madam Kwan sedap, yeesang kat hotel x best nak mati, dah try itu, dah try ini?"
Dia tanya. Dia ajak. Dia bayar . Sekali makan mahal siott.
"Mahal siotttttt" . Saya kata. Saya makan. Dia bayar.

Masa kerja,
Errr...
Ni untuk tice. Nasi lemak satu untuk tice satu untuk dia.
Tapi saya selalu tak ada.
Saya ada bawa itu ini itu ini.
Nanti tice makan tau.
Saya ambil buah ni, untuk tice.
Lamaaaaa baru saya tau.
Dia beri semua tu sebab saya sorang je makan x berhenti.
Diorang kurus, saya gemuk.
Ini tidak adil.

Di rumah.
Bangun lewat, termenung. Masuk bilik air termenung.
Pakai baju, termenung.
"orang bawa kuih ni ye mak?" saya cakap, tak sempat makan.
Mak angguk, tak jawab.
Malam.. termenung, mengigau. Mak bangun, tengok, panggil.
" errr minum air ni" mak cakap.
Oooookkkkkkk..
Air apa?
Lamaaaaaaaa baru tau..
Setiap kali saya termenung, dan asyik jalan pegang perut, mak tak boleh tidur.
Dia bangun tahajud.
Mengaji dan bacakan air yassin.
Suruh saya minum.

If those didn't equal to love, I do not know what is:)

Ko bingit!

Ada orang suka mengomen. Itu salah ini silap.
Padahal dia tak siasat pun. Tetiba bagi sagesyen.
Eh... bingittt ok..

Ada orang suka cari kambing hitam.
Dia ni begitu, dia ni trabel, dia nun lembab.
Padahal semua maklumat dihujung jari.
Oh... berdasarkan maklumat hitam putih, u r d culprit.
Tulah... bingit sangat...

Ada orang fefeling paling cool,
Relax sana, cool sini.
Bila ditegur, wehhh cool ler dia cakap.
Kot dia pun cool, jangan banyak wayang di belakang,
Orang pun x payah bingitt..
Bingit okkk..

Ada orang berlakon maksum,
Allah sana sini di lidah, sembahyang sunat siang3..
Kelas..
Dia fikir Allah tu ada kat tikar sejadah dalam mesjid je kot.
Masa makan lebih masa, lepak lebih masa, sembang lebih masa, ngumpat lebih masa, bodek lebih masa,
Dia fikir Allah x ada?
Bila ditegur... oh.... Allah ada katanya..
Bingitttt giler sehhh..

Ada orang suka empowerment.
Bila timbul masalah, rujuk pada dia dia cakap,
"Tu yang kita mahu wujud komunikasi tu".
Bila masalah x settled, dia cakap,
" itu kita kena tanya PIC la.. tu bidang kuasa dia".
Masa pergi bank, takder empowerment, no communication, no bidang kuasa.
Aitttt.... apsal senyap? Bingitt la lagi.

Ada orang suka bagi idea.
Patutnya macam ni, patut macam tu.
Ehhhh... apalah... gini....
Bukan gitu...
Bingit tahap dewa.
Bila dia yang kena buat.
Uishhhhhhhuu
Whooooooshhhhhhhhh

Hilang.
Senyap.
Sunyi.

Sekian

Tuesday, April 08, 2014

Pasar Malam gelap

Hujan lebat, sewaktu saya balik kerja, tapi saya dah berjanji dengan Kak Ina.
Jadi saya ajak mak saya redah hujan , tau2 uda pun nak ikut.

Selepas tugas selesai, misi asal nak ke Tanjong Malim.
But then my mom changed her mind.
So we headed to Pasar Malam Sungkai.

Arrays of scrumptious food, bapakla tempting.
But then, mak says ada masak ikan cencaru sumbat sambal. Kalau tak saya yang menghabiskan, siapa lagi?

Jadi saya cuma beli 2 biji buah pear saiz besar, 6 biji fiji epal dan 3 kilo mangga yang nampak macam manis.
Selepas itu saya mencari mak dan uda..

Laa... mak saya pun beli mangga juga.
Uda sedang memilih jambu.

Saya ambil semua plastik buah-buahan dan hantar ke kereta. Mak dan Uda terus bershopping.
Terkejut saya bila dikejar oleh seorang lelaki.

Him: akkak... akak ada ambil mangga tadi kan?
Me: yang ni ke? Napa dik?
Him: pakcik tu punya..
Me: bukan mak akak ke?
Him: x, kakak tu cuma beli jambu je..

Perghh..
Beria saya minta maaf n terus pergi.
Syukurlah hari semakin gelap, jadi mungkin tak ada yang nampak muka saya bertukar merah kelabu.
Oh lupa, kulit saya pun kaler pekat juga.
Mungkin x nampak langsung., heh?

Bila saya beritahu mak, dia pun agak marah juga.
" yang diambil barang orang kenapa?".

Masalahnya plastik tu betul2 depan mak saya.
Ingatkan dia punyalah..
Lagi pun hari gelap..

Mana nak nampak
(Alasan.....)

p/s saya beli pizza, RM19 je... konfem x ambil pizza orang

Random

It is an open secret, saya tak suka jawab telefon.
Especially dari orang yang telefon saya sebab ada keperluan saja.
Hahhahahhahha.

Family n closest friends, normally I will return their call.

Tapi ada sorang kawan ni suka mengungkit.
Asal ada peluang je, itu saja la yang diulangnya.
Padahal, sekali je kot saya x pick up (read: saya ok banggg!)

One day, dia pergi keluar bersama 2 orang rakan.
Saya telefon dia x jawab. No return call either.

"Waaaa kuar ngan kawan, terus x mo pick up phone.."saya usik. Dia cakap dia sibuk dengar gossip. Hahaha..

Few days later, knowing that dia mungkin kurang sihat atau stress atau exhausted, saya telefon lagi.
Hujung tahun lepas dia kata dia dah fit, baru ini dia cakap sakitnya berulang kembali.
Gigih la saya nak menyebok.

Waaaa.. few times, jgn kata return, pick up pun x..
Weiii... kata kawan...

"yang dah bagi wassapp tu apa? nak dengar suara juga ke" dia tanya. sarkastik giler.

Giler sarkastik.
Kalau saya xder kerjaya, mesti saya sentap sampai hujung tahun.
Tapi saya bizi. Banyak benda lain saya nak fikir dari memikirkan apsal plak nak jawab call from a friend pun berkira.
Baikla saya tanya sendiri.

Of course, saya tanya dan dia jawab. Saya cakap lagi ( penuh spekuan) n dia menghulurkan sarcasm lagi.

I am a strong believer, if you r too busy for a friend, maybe you are not A FRIEND.

Hahaha..
Sound childish.

Lupakan semuanya. Forgitit!
Angkat kaki sajalah...

Monday, April 07, 2014

Hidup itu roda

Kadang di atas, kadang di bawah.
Malangnya, sangat mudah nak tengok pusingan hidup orang terdekat,
Melalui status fesbuk saja.

"Worn out", dia tulis panjang, tapi yang tu saja melekat di minda.
Saya ingat dia sentap sebab x dapat APC.. hahahhahhah..
Ramai yang komen suruh dia jumpa 'orang itu'.
Saya rasa betul dah tekaan saya.
Tapi saya tak komen la dalam fesbuk.

Bila terserempak, saya tepuk2 bahunya dan cakap jangan sedih.
Entah... apa2 kena mengena bahu dengan kesedihan saya pun tak pasti.

" tau! " dia tinggikan suara. Saya x kecil hati.
Sebab pagi ni ada kawan lain sampaikan saya adalah apa ntah..
Suffice to say, I was chosen to replace him.
Which upset him so much.

Waddehellyberry is this?
Mungkin sepatutnya saya berasa bersalah atau errrr guilty. TAK ADA BEZA.

The thing is, I did not feel anything.
Bermain wayang is never my  forte.
Kalau saya fikir benda tu A, saya akan cakap A, walau dengan siapa pun.
Belum pernah lagi saya berdrama ampu ampuan, kipas kipasan, just to show others how worthy I am.
Tu yang saya x dapat APC jugak., hahhahahahha.

Oleh kerana elemen wayang-wayangan itu tidak pernah  wujud, jadi setelah mengetahui duduk perkara, saya tak rasa perlu memohon maaf , dengan rayu-rayuan dan pujuk-pujukan, Itu dah buang tabiat namanya.

Whatever it is, in d end,
Sama ke nilai semua penghargaan dari manusia tu dengan kasih sayang?

Berbaloike dalam mengejar penghargaan dunia, kita gadaikan persahabatan dan kasih sayang.
For our ultimate goal n glory, we left  rakan-rakan yang telah bersama dalam susah dan senang.
Sebab nak melompat ke kem lain hahahhaha, yang lebih powerful, mungkin.

Nampak sangat saya masih dibelengu kenangan (fefeling puitis).

"Saya la ni jadi scapegoat", dia cakap.
"Nope, we always rally behind ur back" saya cakap jujur. We did.

"Like when people complained about xxxhhh we always remind them, you r not d only one to blame" saya cakap ngan serius.

" Bukan itu"  dia pusing dan tengok muka saya, " u really do not know, do u?", he asked.

Wait... dua orang menyampaikan cerita, xkan saya masih x cerah2 lagi.

"X perla, but there will b a lot of changes, especially for d of us", dia cakap dengan sopan. Tu yang macam mana sentap pun saya in d past, I could nevsr hate him. Saya memang cair sikit ngan orang yang sopan santun ni.

Besides,  hidup ni singkat sangat.
Cherish d moment.

Sekian.




Sunday, April 06, 2014

40 Love

ni istilah tennis rupanya.

Saya habis baca buku ni 2, 3 minggu yang lalu.
Been trying to write about it, tapi dengan banyaknya buku yang saya cuba habiskan, terus saya terlupa.

The truth is, saya suka buku ni.
Saya rasa watak2 dalam tu memang real.

Paling comel, sindiran d kids melalui lakonan yang dipersembahkan kepada ibu bapa mereka.
Gigih dia nak jual straw hahhahahhahah..
(quote akan diupdate)

Honestly, saya pun kurang  suka kalau berbual, dan kawan tu mula buka mulut promosi barang jualannya.
Come on... that is killing d friendships man..

Just like the 3 guests in 40  Love, yang rasa tertipu datang ke rumah kawan tu sebab nak main tennis tapi dipujuk suruh beli polisi pelaburan, I felt d same way too.
Once, I almost sign up an investment, which Jie described as, "Be firm!, kawan pun , tengok juga lah worth it or not".
Yep. Sebab kenkonon nak support bisness kawan, tapi lepas saya minta Atiqah (another friend ) kira, memang tak berbaloi pun.

I called my friend up, and that was d last time I heard from her.

Besides, they are others yang gigih nak berniaga kain, cadar, pinggan mangkuk, quran, buku, tudung, handbags grade AAA, product MLM, kosmetik dan ubat kurus.
HOW can I make them understand,

1. Saya beli kain kat Apple Cotton atau sewaktu bercuti kemana2 atau my 7 sisters bought it for me.
2. Saya beli cadar kat Ikea atau Sogo, bila ada sale.
3. Pinggan mangkuk saya dibeli sewaktu jualan gudang, Claytan, Mikasa, Arcopal, Luminarc atau melamin cap ayam pun kilang kat Teluk Intan tu.
4. Saya ada satu set quran dengan terjemahan, quran sewaktu belajar, quran sewaktu saya di Mekah dan juga quran yang dapat percuma, kenkonon hadiah nak mengerjakan haji dari Anas. Cukup la tu kot.
5. Buku saya dibeli sewaktu PBAKL, Big Bad Wolf Sale dan juga Jualan Gudang Karangkraf. Saya tak akan beli kalau tak ada diskaun gila2.
6. Errr.... saya tak kisah guna beg tiruan, kalau harganya seploh ringgit. More than that, saya rasa x berbaloi.
7. Kakak2 saya pun dealer tupperware, I m a holder of Avon card. U name it, misti kakak2 saya pun terlibat.
8. Saya x bermekap. Muka pecah pintu, taruk mekap sekati pun x kan mau jadi macam Che Ta.
9. Hehehe... saya pernah beli sebotol, tapi Baby kata x halal. Terus berkubur semangat.

So..
Please.
I M NOT INTERESTED

p/s u shud read this book. Awesome!

Bunga-bunga neraka

Ada 4 perkara menjengkelkan saya.

1. Seorang kawan berkirim sesuatu. Sebab tidak menyusahkan saya on sajalah. Kirimannya berharga RM 198. Dia beri sehelai not RM100 dan dua helai  RM50. Saya takut terlupa, jadi saya pulangkan baki terlebih dahulu.
"Ambil sajalah.." dia cakap, " upah.." dia sambung lagi.
Saya tersinggung.

2. Bila saya susah, patah leher saya (figuratively speaking) minta kawan2 tolong. (Dan2 muncul wajah et dan jie). There was a time when I was assigned to do a programme, dengan tak malunya I called them both dan minta diorang kasi hadiah. I got a bagful from golf caps to keychains dari New Zealand.
What did I give them in return? Err... kasih sayang tak bertepi saja adanya. I wished I would be more thoughtful.

3. One day, I seek help from a friend, she said, "ok..ok.." , tapi sempat lagi bersembang dan makan-makan. Great. And we only have like 15 minutes.
Prior to that, I returned something, and with a cheshired smile, she urged me to use it for d kids.
I was like, great! 
She got 10 kids, mine also 10 and she sponsored 8 items but 'generously'  offered me to use it for my batch.
Just great!
But, not helping me out when we were running out of time is a final blow. I muttered " KeL##g " under my breath.
I AM SURE SHE HEARD.
Goshhh.. why do I let people take me for granted?

4. There are other friends who helped me lots too, (recently). Learning for past mistakes, I tried my best to help them out, kalau saya mampu.
" Tapi tiga hengget tau", that was... er joking?
After I finished off the mundane task, that particular friend  asked when should he pays me.
Goshh.. Why does he think I need money for that little help?

Am I that money minded ?

Dalam kesentapan itu, saya memikirkan,
Are we really friends?
Or mere details.

Plants love

Some people r crazily lucky (literal trans: bertuah giler) lavished with expensive gifts by friends n foes.
Eh foes?
A friend of mine uploading gambo henbeg Burberry dari kawannya, as a good luck gift.

Perghhh... tu baru hadiah good luck,
If someone give me Burberry, mau saya melompat bintang 7 hari 8 malam.

Seperti yang selalu saya ungkit dalam blog ni, hadiah yang terus menjadi kenang-kenangan, ialah sebungkus CocoaCrunch
Berjuta2 tahun yang lampau, di Convent Green Lane.

Tu secara x langsung saya nak cakap, I dont want any Burberry .

Baideway, saya sangat suka pokok delima yang Yatie kasi ni.

Ceritanya begini,

Sewaktu Yatie membeli rumah, mak dia semaikan 2 pokok delima. Satu hari mereka berdua muncul depan 12A. Dia cuma nak say hi, sebab baru tahu saya pun tinggal di kejiranan yang sama. Mak dia pun kasi pokok delima tu...

Dengan eksaited saya tanam kat tepi pagar, atas tanah. Yatie tanam dalam pasu. Pokok saya mati dengan jayanya.
Pokok Yatie berbuah lebat dan rimbun.
Saya sedih.

Tahun lepas Yatie semaikan pokok delima dan bila dah agak besar, she handed it to me. I tended it with tlc.
Oh... lupa, gigih saya beli pasu, manalah tau kalau-kalau pokok delima tu x gembira duduk atas tanah.

Yesterday I noticed  putik tu.
Heh...
Berputikla  impianku:)

Rumput-rumput berguguran

Attempted to be a poet. Failed miserably. I know..

Been trying to get Pakcik Samsudin, the land-mower since last week.
Rupanya dia dah ada permanent job, so I have to wait on his off-day.

Laaa kan ramai je orang potong rumput?
Ada.. tapi d ones I hired before was so lousy.
Ala-ala macam ditekan je rumput instead of cut it off.
Bila saya g tengok, dia kasi alasan hari panas, rumput kering, batu banyak n bla bla.
I paid whatever he asked for, dengan senyum tipu2 semestinya.

I know he lied, but still for benefit of d doubt, I talked to others and googled.
That's the end of it.
Ada juga dia datang dan tanya if I want him to cut d grass or not.
"Tidak. Terima kasih", saya jawab seskima mungkin.

Saya suka Pakcik Samsudin, sebab dia x banyak songeh. Sebelum mula, dia akan kutip batu dulu. Dia cakap nanti terpelanting kena tingkap. Saya pun tolong dia kutip batu. Bila dia mula guna mesin, saya masuk rumah. Ngeri!.
Dia mesin rumput sampai nampak tanah. Tu saya suka. Ikhlas pakcik ni.

Hari ni, masa dia mesin, hujan gerimis.
Cepat2 saya capai penyapu dan kumpul rumput dalam plastik hitam.
Nanti kalau hujan, rumput di bawa masuk dalam longkang pula. Habislah jenjiran marah kalau longkang tersumbat.

Seeing that I've swept d grass, gigih Pakcik Samsudin ni mesin lagi sekali kat tempat tu.
X aci la cenggini..

Saya jerit suruh dia stop, tapi bunyi mesin tu menenggelamkan suara saya.
Sangat teraniaya pakcik ni...

Ok...
My point is, Pakcik Samsudin ni baik.
Mudah2an, rezekinya diperluaskan dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Sekian

Saturday, April 05, 2014

Hari hujan, kain pun kering.

When I woke up, my mom dah balik dari pasar pun.
Dia beli nasi lemak. Karipap frozen yang mak saya sediakan hari Isnin pun dah siap digoreng.
Bertuah...

Jadi saya cuci kain saja, yang mak saya dah rendam sejak subuh.
Dia memang suka cucian tangan, saya layan je lah.

Bila nak sidai kain gerimis turun.
Mak saya cakap, sidai aje.
Kalau lebat boleh tolak ampaian ke bawah garaj.
Saya ikut sajalah...
Masa tu mak tengah tanam pokok betik kat tepi jalan.
Berpeluh2 mak saya.

Lepas tu dia suruh saya angkat pasu pokok sup. Perghhh berat.
Layan je lahh.. satu pasu je pun.

Hari mendung, mak saya masuk rumah, dia buat kerepek pisang.
Pisang tanduk n pisang abu yang jiran kasi.
Kerja saya cuma isi dalam bekas. Bila dah siap, saya makan.

Saya tanya nak masak apa untuk lunch.
Mak saya kata dia cuma nak panggang ayam je, saya offer nak buat dip.
Sambil tu saya cuci kipas yang berabuk giler.
Arif la yang kena disassembled kipas tu, saya cuci je.
Lepas tu saya kemas bilik Acho dan my bedroom dan sapu rumah.

Besar kot #18 sekarang, sebab bila saya siap kerja, mak saya pun dah siap masak.

Saya memang janji nak buat dip, tapi...
Mak dah tumbuk sambal sebab dia juga masak gulai tempoyak pucuk paku n ikan masin cencaru yang meletop.

"Bolehke masak pucuk paku ngan tempoyak mak";saya tanya soklan bodoh
"Laa asal masak sudahla", mak saya jawab sambil ketawa.

To be frank memang sedaplah, terlupa nak makan ayam panggang.

Lepas makan, saya makan buah lai yang mak saya kupas.
Mak saya suka lai. Last Thursday, saya nak beli dia x kasi, cakap dia x mo makan.
Minggu ni saya singgah di TF nak beli bawang holland je sebenarnya, tapi mahal sangat, RM2.99 sekilo, terus tak pasal2 saya sambar 3 biji lai.
Petang Jumaat tinggal satu je.

Tadi dia kupas lai yang terakhir.
Sedap pulak...

Lepas tu kami berbual, bercerita dan berbincang semua hal la kan.
Sambil tu mak saya berbaring dan ....
Ok.. she is 70++.
She needs nap.

Jadi saya masuk bilik dan membaca apa yang patut..
Hari pun hujan, meluru saya keluar..
Cettt... rupanya mak saya dah angkat pun kain..

Despite hari mendung dari pagi,
kain tu elok je kering dan boleh dilipat.

Errr...
Saya rasa mak saya bijak.
Dahla pandai masak, tererr bab tanamanm bab cuaca pun ok.

I m proud of her:)

Friday, April 04, 2014

Air mata Saufi

1. "Boleh x kita cakap si Saufi tu muka ada market? "!  saya tanya few of my male colleagues. Typical  Malay men, mana reti memuji, diorang diam je kot, entahla.,, saya dah lupa.

2. While my female colleagues went drooling hahahhahaha, my ex- lady boss, lagi x ble menahan komennya. During d weekly assembly, while  introducing Saufi to d crowd, she said something which summed up our first reaction collectively.
"Pertama kali tengok, rasa macam pernah jumpa, bila tengokk lagi.... haaa baru ingat. Macam Adi Putera".

3. Mind you, that was loooooong before Adi Putera berskandal n his Teduhan Kasih drama was a hit back then.

4. I was flattered when a girl asked if we r siblings. A year later, lepas fikir panjang baru saya cakap ngan Saufi. Dan itulah ayat paling panjang saya pernah cakap. Dia x jawab pun. Tu sebab saya x berapa bercakap pun. Pendiam budak ni.

5. Hari ni saya cakap panjang jugak. His last day. Since we have extra manpower so few have to go. He was one of them. Reluctantly. I just knew  d reason why few days ago.

6. Honestly, I just realised it was his last day, when I saw him hugging a male friend. He came to me, with those smile which make d girls melt. Heh.
I said something which my seniors, advised me in the early days of my career. Something I should tell him, if only we r close.

7. What began with watery eyes, turned to something unexpected. Goshh! 
Judging from d welling tears , I might say, he really felt awful with d situation.  Me too. If only I knew his predicament.

8. Kekadang kita lupa apa rasanya jadi newbies yang serba tak tahu, jadi freshies yang pemalu. Kita cepat menghukum, menyindir, mengaibkan orang tanpa menilik, sudahkah newbies itu diberi bimbingan, dibantu dengan dorongan. Kita leka menulis satu persatu kekhilafan orang dan menjustifikasikan tindakan, tapi beranikah kita mengaku kesalahan dan memperbaiki keadaan?

9. #8 adalah perkara dan pihak yang terlintas di fikiran saya sewaktu melihat deraian air mata Saufi. Kalaulah dia betul2 adik kandung saya, memang awal2 lagi #8 saya maki cukup2.

10. Sabarlah Saufi. Mungkin Allah nak beri rakan sekerja yang lebih baik.

All d best bro

Thursday, April 03, 2014

15.58

Cant believe I sat for one hour listening to yada2.
Everything ke laut..

Pesanan untuk diri sendiri
1. Kot ko x buat kerja, kerja ko x siap
2. Bila kerja x siap, u hv to invent cover up.
3. Invented cover up needs proof.
4. Since u dont have proof, u  have to elaborate
5. Elaboration without substance is

SH#T.

Kenapakah  norizan adnan membiarkan cirinya bergelumang dengan SH#T.
#exit#

Wednesday, April 02, 2014

Betty Crocker: bread pudding

It was on Sunday. After reading Chicken Soup of d Soul- Food n Love, tetiba rasa nak makan bread pudding.
Despite buku masakan bertingkek2, I googled for Betty Crocker's  Bread Pudding.

Kenapa Bettty Crocker?
Easy. Her name popped up quite often in d book.

Saya tak pernah dengar nama tu. Saya cuma tengok rancangan masakan Martha Stewart n Rachel Ray je.
Rumah saya takder Astro.
Jadi saya beli buku Jamie Oliver n Nigella Lawson.
Buku Chef Wan pun ada...Buku Betty... xder pulak..

Diorang cakap Betty Crocker ni lejen.
Saya tiru resepi dia.

Hasilnya...
Saya x nak letak gambar. #rolling eyes#

Tapi kalau ada sesiapa jumpa buku Betty Crocker tolong beri tahu ye..
Mungkin bread pudding saya akan lebih enak kalau saya masak ikut buku.

Sekian