Sunday, April 13, 2014

Cantikkknya rumah! (Sila baca sehingga ayat terakhir)

Ahad ialah hari saya menjadi tukang kebun. Nothing much, niat asal cuma membuang tunggul-tunggul lalang supaya rumput yang ditanam tidak cepat panjang. Pokok mangga dan pokok lain juga dipangkas, supaya  tidak mudah tinggi. Saya ngeri.

Jiran belakang rumah, sedang menyidai kain. Kami bertegur sapa, x kick nak bersembang bila masing-masing tengah ada kerja. Dia menegur lagi bila ternampak saya menggendong pasu pokok cili. Gigih saya memberitahunya, pokok cili yang sudah besar dan rajin berbuah itu selalu kekurangan air. Saya pindahkannya ke atas tanah di depan pintu dapur.

Harap2 pokok cili pemberian mak saya itu gembira di tempat barunya.

Eh... baru teringat. Saya berjanji dengan Cikgu Hamid nak sediakan pokok herba untuk pameran.
Jiran saya tu ada pokok kari, dengan tak malunya saya minta anak pokok. Untuk rekod, selalu juga kami bertukar tanaman.
Bila dia tau saya nak buat pameran, dia beri pokok yang dia semai cantik.

Masalahnya, tak tercapai tangan nak mengambil.
Jadi dia kirimkan anaknya yang berumur 5 tahun.
Ohhh dah 5 tahun kami berjiran, sewaktu mula pindah, kami berkenalan sewaktu dia mengandungkan her son.

Saya pun tunggu di depan rumah. Dari jauh saya dengar budak ni beri salam. What do you expect?
They stopped at two different houses before they saw me.
Comel je budak berdua ni.

"Awak tunggu sekejap boleh? Acik nak pindahkan pokok ni."saya tanya, gaya cik kiah wanita ameno.
"Boleh je... x apa.." budak berdua ni jawab, dan menjenguk ke dalam rumah melalui pintu yang terbuka.

"Waaaaa cantiknya rumah.." saya dengar mereka kata. Saya tak terkejut, ramai orang kata, side table kaler merah dan cd rack kaler merah yang saya converted jadi rak buku tu cantik. Kedua-duanya saya beli di Ikea. Sebelum budak-budak tu lahir lagi.
Hamparan merah kecil cinonit yang saya beli dengan harga entah 5 ke 6 ratus tu pun, ramai orang kata cantik. Saya beli sebab dia kaler merah. Dulu saya rasa murah je, lepas saya rajin pergi dari kedai ke kedai baru saya tau mahal siotttt. Patutlah dulu bila saya beritahu Jie, dia tanya kenapa saya tak beli barang kat Giant je. Mana saya tau Giant ada jual perabot.
Kat Slim River, mana ada hypermarket.
Panjang lebar saya elaborate n blowing my own trumpet, when in fact, saya sorang je yang rasa perabot tu cantik pada orang lain nampak junk je,... Hehehh , sebab ayat seterusnya sangat menyentap hati hahshaha

"Tapi... sepah ye...", kawan dia cakap.

Gulp...
Saya nak ketawa, tapi...

Ada perabot dari langit pun tak guna kalau pinggan letak tepi pintu ye Norizan.
Thats another story though.

No comments: