Tuesday, April 29, 2014

Kena balas ke?

D invite was sent 2 weeks ago, RSVP.
I dont have his number, jadi saya kirim pesan pada 2,3 orang

Tiada balasan.

Lepas maghrib tadi, saya ajak Acho cari rumahnya.
Pusing keliling, n we stopped at everyone's we know.

Masa azan Isyak, baru dapat jawapan.

"Laa... kenapa tice jemput sampai ke rumah?", he asked, comel macam dulu.

"Sebab awak tak balas. Bukan hari2 awak dapat hadiah..." saya jawab, not trying to be cute. Hahahahha..

"Laaa kena balas ke surat tu? Ada tak orang lain yang tak balas juga?" berani dia tanya. Haaahahhahahahha..

Jawapannya memang tak ada.
Semua yang terima jemputan sudah beri jawapan samada hadir atau tidak.

Kalau dengan rakan sebaya, berapi saya marah..
RSVP kot... balas je la..

Tapi dengan d kids, tak apalah..
Budak2...

Lagipun, dulu2, macam2 diorang tolong saya.
Takkanla benda kecil cenggini saya nak berkira sangat.

"Kesiannya tice..." dia cakap. Sangat comel.

" Kesian kat awak la, habis satu kampung tau  sok awak dapat anugerah, sebab tadi saya tanya ramai orang sebelum jumpa ur house". saya maklumkan jangan dia terkejut pula.
Hahahhahahahhahahha

No comments: