Wednesday, April 23, 2014

Korang ni dah kenapa?

Mulut ternganga, mata sepet saya bulatkan.

Ok kita citer dari mula.
Masa awal2 saya kerja, ko-k bosan gilerrr.
Menepati ada satu kata2 yang pernah saya dengar, "tak pernah jumpa sekolah yang bagus kalau pemimpinnya teruk"
Famous quote tu. Kot gugel korang akan jumpa versi sebenar.
Saya tak suka pemimpin yang teruk.
Tapi saya tak petik nama eh...

Semenjak our PK Ko datang pergh... memacam dia nak buat.
Karnival ko kurikulum ni adalah acara wajib. Dah banyak tahun dia jadi PK Ko, dah banyak kali dah kitaorang azab trained pelajar.
Saya tetap suka dia, walaupun penat.
Tapi....
Selama ni Asmahani je buat.. Saya x tolong sangat.

Tahun ni, As pindah, so I take over.
Baru tau langit tinggi ke rendah kan.....

Ada banyak pertandingan, my teammates, Yuni, Raja n Adah worked harder than me too. Lately, asal berjumpa je kitaorang cakap bisik2, maklumla takut orang tau strategi kitaorang...
Padahal, rasanya Pandu Puteri memang konsisten, COROT.

D Guides pun sangat bersemangat, all in all tak la teruk sangat kerja saya pun.

Cuma ye la kan...
Kitaorang ada 32 orang je, tapi ramai yang lari masuk Pengakap. Hujung2 tinggal tak sampai 25 kot.
Hari ni pula ada pertandingan kawad formasi, sahihla semua orang kena masuk.

Jadi bila saya turun kat tempat masakan tu, macammmm...
Tergamak diorang gaulkan ayam mentah  dengan sayuran. Padahal dalam resepi memang dah tulis sayuran dan ayam tu kena dimasak selama 3 minit.
"Nak kasi orang mati ke beb?"
Instead of triangle, they just rolled the samosa.

Dan.....
masih lagi bancuh tepung yang katanya tak keras2.
Air pun x jerang lagi..
Samosa yang isi mentah tu pun digoreng dengan bara api, mestila berminyak kuih tu.. aduhhhh!

"Eh... ko tengok jam pukul berapa beb?", saya jerkah.

Luckily, masa tu pasukan Pandu Puteri kena marching. Semua orang kena tinggalkan dapur, kecuali sorang. Tice diorang pun mengambil kesempatan jadi helpers.  Cincang sayur, chopped garlic je pun.... bukan banyak beno nak ditolong.

Saya paksa budak yang tinggal tu masak filling dan gentel buah melaka, simultaneously. Once ready, dia juga kena basuh kuali dan jerang air untuk  masak buah melaka.
Saya cuma buat samosa tu selaju yang boleh. Target 10 biji.
Budak tu saya kasi target 20 biji buah melaka.
Nampak sangat tice dia mengelat.

Masalahnya api.. mujur budak PBSM tolong, Noraini namanya;)

By the time, d girls finished marching, d judges announced, masa tinggal 15 minit. Buah melaka tak masak, samosa pun tak cecah api lagi.
Api pun suam2 kuku je.

Much to my disbelief, the guides worked better under pressure.
In 15 minutes, they managed to come out with decent meal
Their presentation pun agak convincing.

Honestly, when I was their age, buat air pun saya x reti.
Jadi, saya marah2 tu  saya rasa malu sendiri pula...

1. Saya tak pernah masak buah melaka seumur hidup.
2. Padahal, saya buat kerja dapur memang lemah gemalai, lebih teruk dari diorang
3. Even, my mom pun sengih2 je bila saya kumpul barang n kasi tau dia pasal pertandingan masakan.

Orang cakap, jadi cikgu mesti serba tau.
Jadi saya g kat diorang, n cakap sorry.

Mana ada budak2 yang bagus, kalau cikgu diorang tak bagus:(

No comments: