Wednesday, April 16, 2014

Lampu &!pasar malam

2,3 minggu lepas saya hampir terbabas.
Kalau saya seorang, saya ok lagi, tapi pada masa itu I was ferried 4 children for a competition.
Saya ingat saya exhausted sangat , kepala pun spinning.
Bila balik out of curiosity, saya check tayar.

Ermmm "tayar pun botak mak" saya cerita pada nak saya. Saya masuk bilik, terus tidur. Kepala pusing.

Saya tak berkenan betul nak pergi servis keter.
Dulu2 saya ingat semua pompuan cenggitu, tapi bila sembang ngan kawan2 pompuan, barulah saya sedar, orang lain ok je.
Pada usia 4 series ini, barulah dapat saya kenal pasti bahawa saya memang tidak selesa bercakap dengan orang yang tidak dikenali.
Waima toke kedai servis keter sekalipun.
G kedai hardware pun saya x suka juga.

Jadi saya biarkan saja.
2,3 bulan lepas saya dah beritahu Acho lampu keter sebelah dah rosak. Dia x baiki pun, saya malas nak cakap 2,3 kali.
Cuma saya beritahu dia saya rasa macam dah kena servis, tu je.

Last week, saya balik ke 12A waktu malam.
Masa tu Acho baru perasan permasalahan semua tu la.

Besoknya, dia ambil kereta dan hantar servis.
Semalam, mak kasi tau..

Acho tanya, "Andak ni berani sangat ke bawak kereta x berlampu".
Seperti biasa dia tanya pada mak saya. Tak apalah, janji saya tak dengar.

Sebab keter dah ada lampu kan,.
Mak saya pun jenguk bilik waktu maghrib dan tanya,
"Nak ke g pasar malam?"

Takkanla kata tak nak pulak ye tak?

No comments: