Saturday, April 12, 2014

Mommy's sofa bed

It all began when mommy slept over at Yus crib.
Terpengaruh dengan cerita Yus yang sofa bed tu RM 200 cheaper than market price,
gigih my mom pun nak juga.

2,3 bulan lepas Yus order,
Ni baru sampai.

Yus balik petang tadi dengan meminjam Exora Anjang.
Dia dan Acho angkat masuk ke dalam.
Saya dan mak tengok je.

Seronok ada adik lelaki ramai. Hehe...

Tak tau kenapa saya terlelap. Bila bangun tengok Yus nak keluar
Mak cakap dia nak beli beskut.

Uda goreng samosa dan keropok lekor.
Saya makan, sambil sembang.

Bila Yus balik, uda goreng lagi keropok lekor.
Seronok ada kakak ni. Hehe.
Saya makan lagi, sambil berbual dengan Yus dan mak.

Mak keluar, cari pokok-pokok yang nak dikirim.
Buah belimbing mesti ada tu. Saya dan Yus terus bersembang sehingga hampir Maghrib.

Lepas solat, mak suruh Yus makan dulu sebelum balik.
Suruh Yus rasa telur masin homemade, kalau ok, mak nak tapau bagi bawa balik.
Yus cakap ok, terus mak tapau.

Saya pun tapau juga nasi dan ikan goreng, walaupun kenyang.
Bila Yus balik je mak saya mesti masak gulai tempoyak. Kampung betul adik saya ni,
Tapi dah lama2, saya pun rasa gulai tempoyak yang mak atau Nik masak memang special.
Orang lain masak saya kurengg sikit.

We parted at 8.00a.m.
As usual everyone , Joe included, gathered under the shining light.

Arif belum balik lagi.

No comments: