Tuesday, April 08, 2014

Pasar Malam gelap

Hujan lebat, sewaktu saya balik kerja, tapi saya dah berjanji dengan Kak Ina.
Jadi saya ajak mak saya redah hujan , tau2 uda pun nak ikut.

Selepas tugas selesai, misi asal nak ke Tanjong Malim.
But then my mom changed her mind.
So we headed to Pasar Malam Sungkai.

Arrays of scrumptious food, bapakla tempting.
But then, mak says ada masak ikan cencaru sumbat sambal. Kalau tak saya yang menghabiskan, siapa lagi?

Jadi saya cuma beli 2 biji buah pear saiz besar, 6 biji fiji epal dan 3 kilo mangga yang nampak macam manis.
Selepas itu saya mencari mak dan uda..

Laa... mak saya pun beli mangga juga.
Uda sedang memilih jambu.

Saya ambil semua plastik buah-buahan dan hantar ke kereta. Mak dan Uda terus bershopping.
Terkejut saya bila dikejar oleh seorang lelaki.

Him: akkak... akak ada ambil mangga tadi kan?
Me: yang ni ke? Napa dik?
Him: pakcik tu punya..
Me: bukan mak akak ke?
Him: x, kakak tu cuma beli jambu je..

Perghh..
Beria saya minta maaf n terus pergi.
Syukurlah hari semakin gelap, jadi mungkin tak ada yang nampak muka saya bertukar merah kelabu.
Oh lupa, kulit saya pun kaler pekat juga.
Mungkin x nampak langsung., heh?

Bila saya beritahu mak, dia pun agak marah juga.
" yang diambil barang orang kenapa?".

Masalahnya plastik tu betul2 depan mak saya.
Ingatkan dia punyalah..
Lagi pun hari gelap..

Mana nak nampak
(Alasan.....)

p/s saya beli pizza, RM19 je... konfem x ambil pizza orang

No comments: