Sunday, August 31, 2014

merdeka dari gossip



Dah 57 tahun kita Merdeka.
Normally I took my anak2 sedara to Merdeka Parade @Dataran Merdeka.

Tapi last year saya tak mau pergi sebab ustaz pesan jauhi tempat orang ramai.
Maklumlah masa tu saya dah fefeling akan fly ke Mekah selama 40 hari.
Kesian anak2 sedara Mak Andak ye...

This time around, Saffa came back with a friend. Tak berani saya nak bawa anak orang g tempat yang sibuk tu.

Anjang n family went back to Pahang.
Habis la peluang nak bawa Ilman, Nisa, Alia atau Dib. Naufal kecik sangat..

Zati dah jauh kat Kedah. 
Nadia n Zudin r down with chicken pox.
Ecah n Izlan, je yang sihat.. 
Tak boleh juga, nanti abang dan kakaknya stress rindukan adik.

Automatically I watched d parade kat tv je la..
Sambil memasak. Eh?

I received a message from a close friend, semoga merdeka dari hantu.
It makes me smile.
Obviously dia tau saya penakut nak mamp** lately.

If I could have my way, saya harap saya akan merdeka dari gossip. 
For years saya memang la yang terakhir tau apa2 pun gossip, which suited me best.
So that I could see people without prejudice.

Apparently,  now there r 2 heated gossips circling around. 
Everyone knows n I feel bad because I m one of them.

It must b sad being them. Knowing that people who seemed close to them all this while r the ones who spill the beans.
It must be awful to walk around, fully aware that people r talking behind their back.
It must be horrible, having to endure rejection n humiliation publicly.

Walaupun saya selalu tulis no one read my blog, but I know YOU DID.
How d I know?
Because we r friends maaaa..
Chemistry, maybe hahaha

No matter what happen, no matter how many times you badmouthed me hahhaha
(yes.. I KNOW that too, tq), 
I still think that it is unwise for anyone ( especially close friends) to spread d gossip.

Albeit it is true r not.


Kalau Allah nak terbalikkan hati kita sekejap saja pun... 
Apa yang konpiden sangat sebarkan hal orang?

Sempena Hari Merdeka ini, saya dengan rendah hati berharap kita semua akan Merdeka dari Gossip.
☆♥

Sebab haiwan kegemaran saya ialah goose, jadi saya share kan quotes kiriman kawan yang seorang ini
 ( YOU know who u r !!)

Peace Yow!





Saturday, August 30, 2014

saya dan mak

It was an open secret, saya ngan mak saya tidaklah semesra mana masa saya kecik2.
Cawan pecah masa basuh pinggan pun dia marah.
Cawan je kott...

Bangun lambat pun dia marah..
Malas baca buku pun marah...
Tengok tv sampai tengah malam pun marah..
Pasang radio kuat2 pun marah..
Haishhh..

Cakap haishhh pun dia marah...
(Memang.... hehe)

Lagi satu saya speku, my mom tak tahan sebab saya suka  sangat bertanya itu ini.
Syukurla Allah panjangkan umur kami berdua, jadi dapatla saya redeem a bit all those wasted years sewaktu zaman jahiliah saya dulu☆

Sekarang saya dah tak pecahkan cawan, jarang tgk tv n dengar radio, bangun lambat pun tidak kecuali waktu sakit dan tak perlu nak baca buku jadi kebarangkalian mak nak marah tu memang dah kurang.

Saya pun dah malas nak argue, takut masuk neraka.
Kot mak saya suruh apa2 saya ikut je.

Yang betulnya mak saya memang sangat menyenangkan anak2.
Bila saya balik pagi ni, dia sedang sediakan makan tengah hari.
Sedangkan cucunya, Saffa n Kakak sedang tidur.
It was 10.30a.m.
All my siblings tak ada kat rumah.

Perghh.. saya marah betul.
Dah jangan bising2 mak saya pesan, nanti kecik hati budak2 tu..
Amboiiii masa saya kecik2 dulu, kemain kena marah, saya cakap dalam hati...heh?

Saya balik sebab dah janji nak bawa mak g groceries, di Teluk Intan.
Tempat febret mak saya.

Instead of asking my nieces along, saya pergi berdua dengan mak saja.
Heh., mak andak hangin.. hahhahaha

Our first stop was Kedai Ikan Masin. It was quite pricey this time, so she bought a kilogram of anchovies, a kilo of gelama n spices. Sebelum balik mak berpelukan dengan nyonya toke kedai tu. Regular customer...



Meanwhile, I bought 2 green racks n one blue,seperti gambar di atas. SAya dan survey kat Giant, Tesco n Ikea, saya rasa ni yang paling berbaloi..

Mak: Yang beli sampai 3 tu napa?
Me: murah mak.. satu RM48, beli banyak dia kasi RM25 je satu..

Mak saya diam je..
We had lunch at City Mewah. Nama kemain  tapi gerai kecik je.
Mom ambik ayam goreng berempah, sayur tauge n ayo sirap. Saya makan ikan kembung masak cili, ulam dan air laici. RM11 je makan berdua. Saya perasan bila makan denga  mak, tetiba harga murah.

Then we headed to TF.
I grabbed 2 bottles of Dynamo 4kg RM19.99 each, 2 packs of Maggie@RM3.20, 2 boxes of cake flour, 3 boxes Nona Mixed fruit, grapes n a kilogram of potatoes.

Mak: nak buat apa banyak beno tu?
Me: Kat Slim River tu mahal mak..

Mak saya pun diam juga.
Dia sambar 3 ekor ayam, seekor ikan tongkol, sayuran dan a tray of eggs.
On her way out she picked 4 packets of flour.
That was not all..

Mak: Kita beli la beras tu dua beg ye..
Me: Boleh.. (sambil angkat beras 10 kilo masuk troli)
Mak: Ambik lagi satu la, murah ni..
Me: Murah sangat ke ni mak?
Mak: Murah.... kat sana tak dapa rege ni..

Perghh..
Saya angkat 30 kilo beras masuk troli.
Angkat lagi masuk kereta.
Bila sampai rumah angkat lagi .. masukkan ke dalam rumah..

Tu belum kira saya angkat 3 kotak rak yang beratnya masyaAllah tu..
Tak acila..
Adik beradik saya bukan tolong pun..
Cucu mak yang ada kat rumah pun tak tolong...

Eh...
Dulu 9 bulan mak saya bawa saya kemana2, tak da pulak dia merungut suruh orang itu ini tolong bawakan.
Nampak sangat Norizan Adnan sedang menyemai bunga2 neraka..

Ok..
Honestly, keluar shopping ngan mak adalah antara aktiviti yang sangat saya gemari. Macam2 hal yang kami bualkan.
Macam2 juga yang kami kongsi.

Tapi hal2 saya pecahkan cawan, bangun lambat, malas baca buku, tengok tv sampai larut malam dan pasang radio kuat2 tu, mak saya tak pernah sebut dah.. hehe

Sekian

Thursday, August 28, 2014

cinta sia2

Mungkin awak terbaca catatan ini, pada satu hari.
Atau sebentar nanti, atau mungkin besok pagi.

Please bear in mind that, it is normal to fall in love. At least I did.
I fall in love with Kevin Costner in Bodyguard, Kevin Costner in Robin Hood and Kevin Costner in No Way Out.

Nope. My febret pelakon ialah Denzel Washington.

It is an open secret that I fell in love with Anuar Zeng since...
FOREVER..
. Ketawalah... x apa.. cuma jangan kuat sangat, nanti saya tersinggung.

There r people  I met in real life whom I adored n love is envitable.
I wont go into details n please dont dig deeper.
Please do not open up my 'aib', like I will always try my  best to protect urs.

Many many years ago, a friend of mine (engko la tu weeii), nasihat.

There r degrees of love.  How much you could sacrifice. That is d most important point to consider.

As I got older, I think, pengorbanan terbesar ialah menjaga hati orang lain.
No matter how good we r hiding our feelings, our loved ones will know.
It will hurt her/him deeply.

Kalaulah sudah tertulis itulah kesudahan impian awak,
Sooner r later, d jigsaw will comes into places. No need to cry cry lorrr..

Dalam gigih mengejar, tolonglah berhenti sekejap,
Toleh ke belakang,  dan kenangkan...

Kenangkan...
Errr... entah,..

Ermmm..
Menyimpan rasa cinta kepada seseorang yang bukan pasangan itu jihad.

Sekian.

P/s semoga Allah tak terbalikkan hati saya pulak. Aminnn

once upon a time.

Tetiba tingat.
Zaman muda rumaja...

I have a friend bila kita diskas nak buat apa2 plan je, misti dia calon kan diri dia jadi exco kerohanian.
Like... eh hello?

Lama2 dia tukar jawatan. Dia tawarkan diri untuk jawatan permaisuri agung.
Mana ada jawatan tu.. benci tau...

Saya pun x nak kalah juga. Saya rebut jawatan Ketua Derjah, as if kot lecturer mintak Ketua Kumpulan pilih topik ke apa2, pergh.. berlari2 saya pergi pilih topik.
Padahal ahli kumpulan xder pun.
Much to my friends amusement.
Mungkin kot jawatan MB boleh direbut, berlari2 jugak saya rebut.

Bila ada ura2 nak tubuhkan PEMABU, originated in our final year, terus saya maklumkan kepada all n sundry saya nak jadi President.
Uncontested pulak tu.. sampai la sekarang.


Oh.. dont ask me what PEMABU stands for.
Heh?

so?

1. Since morning, d phone berdering2, mengalahkan kerja bursa saham. D batt conked out, n I had to recharge while teaching. "I m expecting calls because this week is xxxxxxxxx", I told d kids, n they r very cooperative.

2. The  XXXXXXX is something I could not reveal but every one knows that it is extremely important. In case u wonder, yes, I do conduct extra classes to replace d times I entertained phone calls this week. Thanked God, it is only for a week.

3. Theres no way I could concerntrate on my 7ntended task while my mind is elsewhere. I understand d task comes with certain pressure, tapi tak sangkala teruk sangat tahap stress norizan adnan kali ini.

4. At 12.10noon, I guess I could not take it anymore. Goshhh... I need a motivation.
Yesss... in the form of sepinggan nasi lauk ayam goreng berempah dan sepinggan mi bandung. Sesak napasss ok..

5. Tapi... d whole time, I keep reminding myself.
Bukan masa kat U dulu ko suka melantik diri sendiri jadi KEtua ke. NOW, Stop whining. 


Sekian.

Tuesday, August 26, 2014

berpisah lebih baik (mungkin?)

Hari tu I told a boy yang saya akan kasi tau maknya tentang perbuatan dia. That particular boy ketawa sajala sebab dia dah kantoi.

For me, it wasnt that bad, tapi orang kata melentur buluh tu biarlah dari rebungnya. Jadi sambil ketawa2 saya beritahu maknya dan dia pun ketawa juga. Maknya kawan saya, tapi tidaklah rapat sangat.

Kami berbual seketika pasal anaknya, dan dia tersebut tentang penceraiannya. Dia serba salah nak cakap  tapi saya beritahu dia, emaknya sudah maklumkan pada saya sebulan yang lalu.

Dia sambung bercerita sambil tersenyum.
Cantik kawan saya ni sebenarnya. Harap2 dia bertemu jodoh dengan lelaki yang kaya raya selepas ini. Kesian saya tengok dia bertungkus lumus menyara keluarga.

--------------------------------
Ironically saya terserempak dengan kawan lain pula.

"Wehhh ko x balas mesej semalam eh?", saya tanya dengan garang.
"Saya tak balas, tengah marah", dia jawab muka marah...

Dia ingat dia punya marah je ke. Dia x tau bila saya marah cemana.. hahahaha.

The truth, she wrote something inappropriate in fb, maki-makian kepada seseorang yang menyebarkan cerita tentang status perkahwinan kepada orang ramai.

Saya x faham.
Bukan dia sendiri ke yang cerita kat all n sundry for the past 3,4 years?
 Change of heart barangkali.

Serius saya tak faham.
Saya cuma tak suka dia bertikam lidah hal2 macam ni.
"Kita ni dah tua", saya ingatkan dia banyak kali.

Dulu dia nampak redha dengan apapun kesudahan hidup, sekarang sudah lain pula.

Entahla..
Saya harap dia akan positif macam kawan yang lagi seorang tu.

Semoga jodoh barunya nanti pun dengan lelaki yang kaya raya.
Sudah bertahun2 dia hidup susah.




wajahmu di mana-mana

My sis, Nik pesan jangan tengok cerita seram. I couldnt agree more.
Tapi bila berkumpul dengan anak sedara, kitaorang suka buka thread cerita hantu.
Ok juga, bila ramai saya tak takut sangat, by the time I go back to 12A, saya dah tak berapa ingat.

Told u ingatan saya bukanlah bagus sangat.

It just satu hari saya duduk menyempit di tepi the other friend. I told him about a movie I watched few day before kat tv.
Dan2 dia buka thread pasal rumah kosong.

Perghhh...
Ironically at that time  saya memang jarang balik ke 12A.

The next time saya balik.., u bet.. I was jumpy.
Duh!
Normally kalau saya takut, saya cuma ambil wuduk dan start mengaji.
Tapi at that time, jantung saya berdegup kencang. So I called my mom, and after Maghrib I wEnt back.

It was drizzling, jalan pun gelap n sunyi. Mak aihhhhh soram sojuk den tau..
Mak tanya pun saya tak mau jawab.

Geram betul saya dengan the other friend.

Gilalah kalau saya biarkan ketakutan menguasai diri saya.
Therefore, I muster my courage n asyik balik 12A je lately.
Saya mesti kuat, saya cakap pada diri saya banyak kali.
Dari saat saya pusingkan tombol pintu sampaila sewaktu saya rebahkan kepala ke bantal.

Di saat itu, bila saya pusing kiri nampak the other friend, pusing kanan, wajahnya juga melintas depan mata. Saya tutup muka pun, bayangan the other friend menari2.
Skeri okeh...

Setiap kali teringat mesti terdetik, "ci**beng betul dia ni. Seram giler".

Tolong la jangan cerita lagi..


tak nak ke nanti orang kata "cantiknya...."

Sumpah saya terkebil2 masa tu. Nak saja saya check suhu badannya, manalah tahu kalau2 kawan saya tu demam panas yang terlampau.

Pada awalnya dia bertanya bagaimana saya nak belanjakan wang singgit dua yang saya dapat sebab lulus peperiksaan itu. Saya beritahu dia saya nak pergi holiday. 

Dia cadangkan saya membeli barang kemas.
Dah berkali2 dia suruh saya beli barang kemas sebab dia kata perempuan seusia saya mesti ada barang kemas nak dipakai ke kenduri atau sewaktu hari raya.

Tapi dia lupa kot, barang kemas sangat mahal. Saya tak mampu.
Dia kata nanti saya rasa kekurangan pula kalau berkumpul dengan rakan2 sebaya  sebab semua perempuan sebaya saya ada barang kemas.

"Beli sikit2 dulu", dia nasihat.. Saya dengar saja.

Kalau saya cakap pun dia bukan faham.
Perempuan lain tu, suami diorang yang belikan.
Diorang tak payah fikir nak bayar ansuran rumah, keter, nak spend untuk maintenance itu ini  bayar cukai tanah, cukai pintu, cukai gst, duit minyak keter, duit groceries n all d yadayada..

Eh... gst blum start lagi..
 silap.. tu saya malas cakap tu.

Bila dia buka thread lagi pasal barang kemas, saya faham dia serius.
Dia ni baik sebenarnya. Saya rasa dia jujur, ke dia malu sebab ada kawan yang sengkek?

Dia: Norizan beli la pattern yang cantik cantik tau..
Me: heeeeeeeeeeee, mahal kot...
Dia: Beli... nanti tak nak ke bila orang tegur, "eeee cantiknya"..

Jap..
Heh?
Saya nak tutup mulut tapi ternganga juga.
Kot Kak Sal yang cakap, mungkin saya ketawa berguling dah, tapi....
Hahhahahahhaha

Me: X mungkin berlakula...

Seriously, saya tak pernah terfikir pula pompuan nampak cantik bila pakai barang kemas.
Ke dia malu sebab ada kawan yang huduh?





akak sangat cantik..

Perghhh..
From d start I know there is something wrong somewhere..

Cakapla macam mana pun, saya tau saya tak cantik.

"Tapi.. akak nampak cantik sangat dengan pakaian macam ni", perempuan berbaju oren tu cakap lagi.
 Sambil terkebil2.
Mustahil muka saya bertukar jadi Neelofa semalaman dan lemak2 yang tumbuh kekal pun tak kanla kot terus mencair serta merta lepas minum segelas teh hijau yang Abang Bro bancuh pagi tadi.

Dulu berkotak2 saya minum teh hijau, tak kurus pun..

"Betul kak.. saya nampak akak cantik betul bila pakai skirt ni", perempuan yang saya tak kenal tapi nampak macam skema tu sambung lagi.

Dah berjuta kali saya pakai skirt dark grey cap Scarlet yang saya beli sebab ada diskaun 50% tu dan light grey cotton blouse dabel XL, Padini, juga dibeli dengan diskaun 50%, cantik celah mana?

Honestly I was extremely curious, so I let her take my turn.
Ha'ah, kitaorang tengah beratur kat supermarket. I bought a basketful of junk food, and she was holding a pack of snack and a packet of apples.

On her way out she picked a bar of cekelat kadburi. 
"U really dont mind ke makan coklat tu", saya tanya, a bit confused.

Dia tak paham soalan saya. Mustahillah... anak2 sedara saya yang tadika pun langsung tak nak makan coklat tu sekarang.

Me: awak baru balik Malaysia ke?
Adik tu: x la... kenapa?
Me: then u must know that what happened few months back.
Adik tu: saya tak tau. Saya duk kat hospital 6 bulan.
Me: really? Harap dah sihat. Sakit apa ye
Adik tu: oksigen tak sampai ke otak..
Me: (nganga)... oooo

Now I understand why she thought I looked beautiful.
Sebab dah 6 bulan asyik tengok nurses in uniform je..

Heh?

 At least, ada juga orang cakap saya cantik hikhikhik...


Monday, August 25, 2014

dont let them bully you sayang!

Pada dasarnya ingatan saya bukanlah tip top sangat. Ada benda yang saya ingat2 lupa (macam previous entry) dan ada juga benda yang saya lupakan.

Like 2 months ago, I spent my waking hours worrying n dreading the lemons thrown to me. (Puitis la ni konon).
Tidur pun tak berapa lena n muka pun memang serabai.
Again I wrote about it here.

I talked to my mom n my sisters, seek advise from my roomate n clarify few things from my senior. My mom n sis diam x cakap apa pun, but I m sure, my mom bangun tengah malam buat solat hajat.
My roomate gave few numbers who I could contact if I need help.
The senior is full of positivity.

Lepas tu saya pun lupa.
Saya lupa saya pernah stress tahap gaban.

Until d need arise.
"Report to me if anyone failed to give fully cooperation", remind d senior.

Am I that bad? I asked myself.
Seumur hidup tak pernah lagi saya jadi kaki report. Disgusting ok.

I just need few valid info.
I punched a number, d ones given by my roomate.

She was so happy to help.
Despite dia pun bizi.
Dihujung2 dengan rasa bersalah saya minta maaf sebab menganggu hari cutinya. Minta maaf sebab saya memang suka bertanya macam2.

Kakak dihujung talian cakap,
"Of course, you just want to be sure. Yes, you should. Dont let them bully u sayang".

Hehe..
Saya tersengih. Not because of d endearments. Ive been called dear, sayang n darling by them. Hehe..

It just that d word bully was quite funny.

Yang betulnya,
Those people tried, in the beginning.. hhahaha..
Tapi saya sentiasa dikelilingi oleh orang2 yg bersemangat dan sentiasa ada bila saya perlukan teman dan nasihat.

Yang paling best, bila saya terlupa (read: terleka) diorang pulak hang mengingatkan.

Tak sempat pelanduk nak lupakan jerat hahahhah (cubaab berpuitis lagi)




dreadful dinner

I guessed it all started when we had dinner many many years ago.
This particular friend of mine was having problem with his children.
I wrote it somewhere in this blog.

It was something unusual, we rarely talk about our personal life, an unwritten rule between us.
Since we had been friends like... forever.
One thing leads to another.

Many many years later, we just drifted apart. Old age, commitments, you know.. the usual things come between us. Nothing personal.

Suddenly...
Today, we had a silly conversation.
About his child.

Apparently, just like a youngster, his child loves to update fb status. I learnt lots about the bubbly soul character.

"Seriously, dont u feel it is weird because your child is in my friend list?", I asked, he laughed.
Like seriously?

Ceritanya,
Bila kawan saya sedih bertahun dulu, saya tanya how may I help. He shrugged.
I did what Malaysian loves most, ask for full name, nickname and whatever possible names people are using as ID.
Googled.
Found out d child has few inactive accounts.
Requested to be friend, accepted and heyyy! We are friends.
But nothing much I could report to him.

Years later, I almost forgot who d child was, but d spit image of d father is not something I could overlook.

The child turns out okay, leading a great life.
The two us aging gracefully (?), still friends and enjoying our life.

What a life!

Tuesday, August 19, 2014

ko mintak sangat kan...

"Cuba ko teka siapa yang beria sangat tengok Indeks Pencemaran Udara?", Baby tanya, I have no idea. In fact I did not aware of any peculiarities in the air at that time.

It turned out, Izlan monitored d IPU closely. I thought he would be a young environmentalist in the making, boy, I was wrong!

Dia cuma nak sekolah ditutup je bila paras udara semakin teruk.
Luckily, hujan dah mulai turun, jerebu pun hilang.

Allah makbulkan juga doa Izlan. Dia dapat cuti seminggu sebab kena chicken pox. It was quite bad sampai anak orang depan pun berjangkit sama. Resulted, open house kat rumah pun terpaksa dibatalkan.
Ko nak sangat cutikan ... 

Last Sunday, her sis, Nadia terpijak botol kaca. Luka kakinya, darah menitik2. Dapat MC seminggu juga. Great! Hari Isnin dia ada ujian lisan. Gigih emaknya pergi ke sekolah nak rearrange schedule. Hari ini slot Nadia pukul 8 pagi. Maknya hantar dan bawa dia pulang selepas habis Ujian Lisan.
Ko nak sangat cuti kan.....

Sebentar tadi Nik menulis dia whatsapp keluarga, anak lelakinya Izudin pula kemalangan kecil. Dapat mc 2 hari.
Cukupla tu Zudin..

Somehow I could feel that, budak2 ni kemain eksaited berdoa nak cuti.
Padahal seksa kot kakak saya ( read: mak diorang) risau.




Monday, August 18, 2014

Bersedekah itu Megah?

Entri ini untuk diri sendiri.
Tiba-tiba saya rasa sungguh kurang senang.

This particular person had been planning to organise a small scale party, like... forever. Basically I agreed.

He mentioned it again, to other member, he agreed too.

Again, the topic arise once more recently. We discussed again. It seems that we will have potluck.

It just that bila dia mula mengusik seorang rakan, saya tak suka.
Rakan itu adalah seorang yang tak pernah lokek mengeluarkan duit untuk tujuan bersedekah. Saya tau, walaupun dia sorokkan, sebab saya memang bercita2 nak jadi reporter.

Saya tak tau, kalau rakan saya berkecil hati atau tidak.
If I were him, saya akan berkecil hati.
Sedekah mestilah ikhlas.
Tapi kalau dalam masa yang sama kau merendah2kan orang lain..
Wohooooo
Itu sudah lebeyyyyy..

On second thought..
Ker diorang memang bergurau kejam macam tu?

Heh?


Open table katanya...

Honestly all babysiters r d same.
Berhabis untuk d kids mereka memang redha pun..

But they r some who could not afford it, kot dah anak kat rumah ada 8,9 orang, mana ke nak dikorek duit lagi nak berinfak.
There some who r giving, tapi tak lupa pula pulak nak mengungkit dan cerita pada boss dengan harapan tahun depan dapat APC.
Hopefully I wont be in this group. Nauzubillah...

Worst, ada pulak yang tumpang nama, orang lain yg keluar duit, tapi dia pulak yang tersengih2 depan kamera, bila dipuji, hidung kembang semangkuk. langsung tak acknowledged sumbangan orang lain. Of course dia dapat APC dan cakap, "rezeki Allah bagi...".

Ohhh.. dia tau pulak Allah tu ada eh...

Whatever it is, none of my business.
It just that, when today we learnt that three of us will get extra money, tetiba dia bernafsu pula nak tumpang sekaki. It was based on our INDIVIDUAL SCORE, not much. But still..

Geli geleman tekak ku ini bila dengan manis dan bersari madu dia cakap, "kena open table ni...".

"Masa awak dapat APC ada buat open table tak?", saya tanya.
Dia jawab tapi sangat tak convincing.

I hope I've silenced d pengemis for once n all.
Where were them when I need donors for my programmessssssss?
Yes.. Please note the plural form.

Prfttttttttttttttt.

P/s one of my friends dah sejak azali sponsor jamuan makan for us sebab dia in-charge of a certain programme. Can u imagine, sponsor makan utk 50-70 orang 2,3 kali setahun since... errr forever.. kot dia ni yg minta open table, logik jugak, tapi  x pernah. dia x pernah pun berbunyi... i bet half of us yg membesar dengan sponsoran beliyau, dont even know her contribution.

Errr.., dia tak dapat APC pun..



Friday, August 15, 2014

perghhh drama sejenis

Sebenarnya d other friend yang bukak thread.
Mungkin sebab hari panas, badan pun penat terus saya x senang duduk.

Tajuknya bunga2 lesbo.
For me it is, but the other friend thought it is not. 

I told them I spent all my primary school life duduk di asrama. Saya memang allergic dengan hal2 macam ni. Tetiba saya terdetailed pulak..

Tersebut pula cerita berjuta tahun dulu, bila merajuk, orang pujuk dengan bunga. Et, kawan baik saya tu pun, x pernah pun kasi bunga kalau saya merajuk. Kawan2 masa kat U pun, seingat saya tak pernah lagi pun layan kot saya sentap.
Habis hebat pun diorang tanya, "laaaa itu pun nak merajuk je hhahahahaha".

Hahhaha.
Diorang ketawakan lagi ada.
Tak kuasa saya nak merajuk pun.
Tapi saya cerita x sebut nama.

"Aku rasa aku tau la siapa", abang bro chipped in. "Sebab aku pernah nampak dia lap air mata seorang tu yg baru berkahwin" dia tambah sambil ketawa2. "Aku nampak, terus blah la".

Thats it.
I bet, like me, Abang Bro pun x pernah buka mulut. Inilah kali pertama saya dengar cerita ni. It was a long time ago.

Kadang2 hati silap menduga.
Kadang2 mata pun salah meneka.
Tapi setiap dari kita jangan galak sangat buka aib orang (nasihat untuk diri sendiri), instead, berusahalah sehabis baik nak tarik kids yg ada kecenderungan ke arah tu.

Semoga ada kesudahan yang baik untuk kita semua.


Perghhhh drama hitam kelabu.

Tak sangka umur saya panjang, dapatlah saya tau siapa orangnya.
Orang mana ni?
Orang yang saya tulis dalam entry 3 tahun lalu.

http://perfectly-normal.blogspot.com/2011/04/macam-mana-kalau-tak-ada.html

Hari ini I saw 3 men were having a great chat on d faded pinkish sofa. Saya pun duduk menyempit. Dari Gaza sampai ke Selangor, last-last terbuka cerita lama.

Abang Bro cakap dia malu nak sebut, sebab saya ada kot.
Tapi saya paksa2 juga.

Dia cerita mengalahkan FINAS, penuh dengan tapisan. Sampai sudah saya blur.
Berkali2 saya tanya, kemudian the other friend bagi ayat buku.

Budak itu ialah hasil hubungan gelap di antara lelaki yang juga suami orang dan kekasihnya. Bila anak itu lahir, lelaki good-for-nothing tu ambil anak tu dan suruh isterinya yang bela, tak pula dia daftarkan kelahiran budak tu.

Ooooo..
Baru saya faham.
Terus saya rasa nak marah pulak.

Heh...

nanti teacher tu bising....

Sentap hati mokcik tau...

The thing is, I was not appointed as a form teacher this year. Saya speku sebab last year I complained to few people about my dissaticfation the way they handled certain important documents. Since I talked to those two particular person-in-charge myself, so this year, I was asked numerous times by numerous friends, why oh why I always hidup senang lenang when they r burdened with what-nots. If only they knew what I have been through...

Obviously these 2 particular people keep the fact to themselves, because by mid year, I was asked to take over somebody' place, by the higher ranking echelon. To be frank, I really love having a class to take care of. Thus, when I was much younger, I used to request to be a form teacher. I think a chance to nurture n instill values to bunch of kids is priceless.

To make a story short, now I have to handle d class I never teach. I don't even know their names!

I dont think they know me as well!
Unfortunately, it is PT3 season. In between class, extra class, talk yadayada, I went up to their class, telling them what I expect of them for Jamuan Hari Raya.

Nampak tak permainannya...
Menggunakan kuasa veto yang menakutkan itu..

Even, idea guru kelas lama diorang pun saya pangkah. Sentap kot cikgu tu hahaha.. tapi esoknya dia belanja saya makan nasi ayam masak merah, jelatah dan nescafe ais. Saya pun konpius juga, x pernah2... he gave me quite a large sum of money for d jamuan too. Sumpah saya konpius, adakah teruk saya cara pemangkahan saya itu sampai dia rasa takut dan.... hahahhahahhahahah

As for d kids, Eh..
Biasalah... mesti ada senarai tugas.
For me it is perfectly normal, unfortunately for them it is not!
It makes them jumpy. 

Gigih diorang cari guru kelas lama minta itu ini. Bila cikgu tu tak nak tolong, bolehkan budak2 ni cakap..

"Nanti teacher tu bising.." hahahahhahahahahahhaampehhh

Brekkie-muka stress kena paksa makan 





Sentap...

By the way, In my humble opinion d kids are much better than me organising d open house compared to  I did when I was their age.

Honestly, I came a wee bit late today.

Diorang dah set up semua pun. Semua pun beria2 nak buat itu ini.
One of d girls, Amyera prepares vermicelli tom yum.
Farhana n .... brought kueh raya. Riduan an d gang dah siap pun bancuh air dan beli ais.
Muqri was in charge of cocktail. It was  a hit. Memang sedap.
Yatimah and her friends brought fruits. Another group distributes d invite since yesterday.

Bunch of boys datang petang2 nak hias khemah.

Sebenarnya tak ada apa pun yang nak saya bising2kan sepatutnya..
Budak2 ni memang bagus.

Guru kelas lama diorang had done a great job, mudah betul kerja saya.


Wednesday, August 13, 2014

integrity is difficult ai tell u



especially when...

Hari ini saya tahu dan sedar saya buat salah.
Seseorang menegur, tapi seperti biasa, teguran itu bukan sampai ke telinga saya.
Dia menegur secara general, mungkin juga ada orang lain melakukan kesalahan yang sebijik dot  macam saya, jadi si penegur itu hanya bercakap kepada seorang saja.

Kami berkumpul, berbincang.
Saya beritahu memang saya bersalah  tapi.....

Nampak sangat saya tak mau mengaku bersalah. Siapa bertapi-tapi lagikkk.
Sipenyampai berita pun begitu juga.
Dia menyalahkan sipenegur itu yang terlalu poyo.
Ayat dia lain lah..

Namun begitu selepas berfikir 18kali, saya pusingkan filem itu dalam minda dari sudut manapun, saya tak nampak di mana kewajarannya saya berada di dalam pilem itu. 
Sadly to say, I shouldn't be there in the first place.

Dengan rendah hati, saya berjumpa si penegur dan meminta maaf.
"My fault, ttakder konar-konar dah" saya beritahu dia.
Mukanya serius saja. Kalau saya ni kambeng,  dah lama dia tendang masuk reban.

On second thought,
maybe mengkuarantin kami  di dalam reban  for a while is actually a wise move.

I do not know about u peeps.
To uphold integrity, in time like this is very very 

ermmmm






















almost impossible:(



Monday, August 11, 2014

Kalaulah saya ada nombor talipon Usop Haslam...

Kalau ini kali pertama mungkin saya boleh pejam mata dan bersangka baik.
Kalau dia tidak berbisik-bisik dan bermuka-muka mungkin juga saya mengandaikan saya yang terlupa.

It wasn't the first time, and the pretentious smiles just never fade.
Please do not be so naive. 
I can read body language quite well, oh come on...
All the whispering behind my back, 
Goshh... you must be some kind of stupid if you think I never aware of it.

Bila diberitahu tahu tentang sesuatu, saya pun bertanya siapa yang akan memikul tanggungjawab.
"Jangan risau, DIA kata DIA memang dah ada semuanya dah sudah buat pun", si pemberi mesej memberitahu dengan senang hati.
Saya tidak senang hati, sebab ini bukan kali pertama DIA berlakon sesuci embun pagi.

Malas saya mencampuri urusannya.

10 minit kemudian DIA datang. Bertanya jika saya boleh membantunya.
Great!!!! the test would start in 4 hours!.

"Kesian U, biarlah I yang photostat," DIA sambung. Wahhhh... lindungan kaabah sungguh!.

Seriously?
Setakat nak photostat, anak saudara saya Izlan yang umur 8 tahun tu boleh buat.

"Alaaa... sorilah.. kesiannya... biar I yang buat... beritahu je apa nak buat", dia tambah, saya tak pasti dia ni ada akal ke atau tidak.
Kalau kau terer  sangat, kau buat sendiri, jangan suruh orang lain. Kalau kau memang ada hati perut, kau tak minta tolong orang at d eleventh hour.  Kalau kau ada otak, awal-awal lagi kau tak payah berlakon macam kaulah yang paling baik hati, rajin, paling suci, paling... errrrr paling paling lah...

Ada beza antara capable n willing la wehhhh...

Kalau kau memang incapable of doing something,  tolong la jangan berlakon macam kau paling tterer n rajin di abad ini. Tolong jangan lebih sudu dari kuah, tapi sudahnya kau suruh orang lain yang  doing the dirty work.

Kau nak apa sebenarnya?
Pangkat?
Harta?
Nama?


Ambillah semua.
Tapau habis pun tak apa.
Tapi tolonglah berhenti berlakon.
Ke kau nak I promote u kat Usop Haslam?

Heh?






Saturday, August 09, 2014

Bihar!

Korang tak kenal Bihar eh?
Ok abaikan...

Ehh... tahun 98 korang  dah lahir belum?
Saya kat U masa tu. Masa sambutan Hari Kebangsaan, Pulau Pinang jadi tuan rumah. Wah... gigih kami menapak ke Padang kat site gate Minden.

Few days later, a certain senior minister was sacked.
Gigih kitaorang developed gambar, n tengok ramai2..

"Lerrr.. patutla muka dia masam je", was our comment.
Google was unheard of at that time. Nak surf internet, need to book @BiroCombits.
Leceh..

Masa tu rasa kasihan. Sangat-sangat.
Kejam betul si tukang pecat. Mengalahkan Mahafiraun.

9 tahun berlalu.
Malam ini saya menonton televisyen.
Ada orang lain pula yang kena pecat.

Kasihan.
Apa yang direbut sangat pangkat dan kedudukan dunia?
Besok2 kita pergi nanti kain putih 5,6 meter tu je yang kita bawa, kata Kak Pidah Aziz ke Kak Ijat, saya dah lupa yang mana satu. Statement rebut-rebutan juga.

Somehow, 
Bila tengok politician pecat memecat ni saya rasa kasihan betul. Kalau dah tertulis bukan rezeki awak nak jadi Perdana Menter, Ketua Menteri hatta Ketua Derjah sekalipun, google BIHAR.

Nanti akan keluar kat wiki pasal an ex CM yang mula memerintah dari tahun 1990 - 1997. Pada tahun 1996 dia hilang kelayakan. Tapi dia sangat komited nak melaksanakan tugas sebagai Chief Minister. Jadi dari tahun 1997 - 2005 isterinya yang dilantik jadi CM.

Tak ingat pula saya, dia yang lantik sendiri ke siapa yang lantik.
Korang gugel sendiri la.
Sengaja saya tak mahu letak nama CM yang bijaksana itu.

Jadi kepada ousted politician, fear not.
Keep ur options open

Good luck!

Thursday, August 07, 2014

Telekung Ungu

Kadang-kadang pelik eh hidup ni?

Few months ago, while strolling along Jalan TAR, I was enchanted with those colourful lycra telekung. I almost grab one, but the better of me had a doubt.

Telekung mesti putih, no other shades for me.

Fid offered me one but I turned down.
Yes. Fid memang baik hati.
It just that on that time, I could not see I am wearing nothing but white.

This year mommy got 2 pairs of colourful telekung for tadarus. Moss green and purple.

"Nak buat apa banyak2 pun, boleh tak mak kasi orang satu?", anak yang bertuah itu memang tak der sivik mengepau emaknya..

"Heh.... ini telekung untuk orang yang bertadarus saja tau." Mak saya jawab...

"Orang pun tadarus juga mak..", saya merayu, konsisten dari kecik..

"Ini tadarus kat masjid" mak saya menegaskan.

"Alaaa.. dia buat pagi2, mana nak perginya pun... tapi orang tadarus juga kat rumah..", saya tak mengaku salah.

"Hehhh... orang dah habis khatam, ni mak dah start kat rumah dah juz 6, yang dia tak habis2 lagi", mak saya cakap sambil ketawa2.

Sentap betul saya masa tu. Memangla masa tu tak habis lagi, tapi....
Lagi seminggu nak raya kot masa tu. Still got time whattt?
(Sampai sekarang pun tak habis lagi sebenarnya)

Saya tak ingat pun pasal telekung sampai petang tadi.
Mak saya fikir telekung tu panjang sangat, jadi dia pergi hantar kat tailor suruh potong dan jahitkan semula.

Lepas tu dia letak kat dalam bilik saya. Terus saya pakai.
Cantik betul rasanya...

The truth is, last year I bought many telekung sebab kalau ikut perancangan saya akan menunaikan fardhu haji. Yang orang hadiahkan pun banyak juga.
Bila impian saya tak tercapai, emosi saya sungguh tidak stabil, semua benda yang akan mengingatkan saya tentang itu telah saya lupuskan.

Sedar-sedar saya cuma ada 2 pasang telekung lusuh di 12A, kat no18 saya guna telekung mak saya dan sepasang telekung yang uzur kat tempat kerja.

Boleh je beli sendiri..
Tapi....
Tiap kali saya tengok telekung putih  kat kedai, tetiba saya rasa sedih tak tentu pasal.

Erm...
During fasting month I bumped into few pakciks n makciks carrying yellow bags,
"Tahniah... mesti pakcik seronok ni.. muka pun berseri2", gigih saya menegur diorang walaupun tak kenal.

Pakcik dan makcik  tu pun tersenyum sampai ke telinga.
Gigih juga dia bercerita.
Gigih saya mendengar.
Gigih juga mengharap, semoga




Saya juga akan dijemput

Sekian.

Monday, August 04, 2014

cinta pertama saya

Let me be honest, I saw someone I know wrote about, susahnya menghapuskan cinta pertama.

Apa yang susah sangatnya pun?
Saya rasa nak tanya.
Tapi...

Timing kena betul, else I'll be no different than tukang tenun tepi kain orang, if you know what I mean eh...

Chances came when I saw dia sensorang sedang menggerodek telefon bimbitnya.
Saya tak mau lah tuduh yang bukan-bukan, tapi sejak akhir-akhir dia dan telefon bimbitnya berpisah tiada. Eh?

"Waaa romantiknya sekarang, ni apa citer ni pasal Cinta Pertama ni?", saya tanya sambil gigih menghulurkan borang yang tak berapa perlu pun.

Dia pun ketawa-ketawa kaverline...

" Tu aku tujukan pada engkaulah.. ", dia jawab, heh?
Biar betul dia ni, muka pecah pintu macam saya, manalah adaorang nak bercinta.

" Hehh.. kita mana ada... cinta pertama kita pada Allah la", saya jawab skima jujur.

Hahhahah... kot ye pun janganlah petik nama saya pulak hahhaha..

For those who had difficulty forgetting their first love (saya speku kawan saya tu.. helehhh x mengaku plak..)
Just remember one thing,

He has a better plan for u.

 Hidup ni singkat sangat nak tertoleh2 ke belakang.
Sakit leher nanti.
Bahagia itu letaknya di hati.
If u want to be happy.
Be!




Cita-cita saya


Nak jadi Perdana Menteri.

Kalau tak dapat?

Ermmmm...

Jadi Menteri Besar pun ok...

Kalau tak dapat juga?

Weishhhhh... cita-cita kot... mestilah usaha sehabis daya. I keep all options open,
Worse come to worst, saya calonkan Izlan Fahmi jadi Menteri Besorr..

As long as d power is in my hand.

Hahahhahahhahahahhahahahhahanananannana


P/s mohtip?


Sunday, August 03, 2014

Fizi in memory:(

Seperti yang selalu saya tulis, walau bagaimana arah haluan d kids, saya akan tetap pandang mereka macam kali pertama saya berjumpa mereka.

Membesarla tinggi manapun, kayala macam Bill Gates pun ( kaya ke), saya akan tetap layan mereka macam dulu2. X kuasa saya nak kagum nganga2 mulut haihhh.

Jahatla, macam mana pun, for me they r still an adorable boy/girl like d day we met. Janganla kata lebih2, saya pula yang sentap nanti.

Tonight, I learnt one of d kids, met an accident.
To my horror gambarnya bersepah2 kat whatsapp dan facebook.
Lagi menyakitkan hati, ada caption, " inilah akibat berlumba".

Hello?
How d u know? Were u there?

For me, the news messenger is very insensitive.

Sampai hati korang eh...
Korang pun ada mak, ayah, keluarga dan kawan-kawan juga kan?
Sok satu hari kot korang meet a fatal accident,
How do ur loved ones feel seeing YOUR pic?

Sendrik mau ingat la bro!

P/S Al fatihah untuk arwah. I taught him when he was 13 & 14. 
Like all my students, he was adorable n sweet, always. 
For those who read this entry, please do not speak ill of him. He is not in d position to defend himself anymore.
It is not fair for him.


Friday, August 01, 2014

# 5: duit raya

It is a norm to give duit raya in colourful packets to kids.
But had a second thought when few kids meminta duit raya macam pengemis few days before a long raya break.

I would understand if they were from lowest class, but now I am teaching good classes this years, who supposed to have good manners.
I was flabbergasted with their uncivilised attitude.

Tentu sekali saya tazkirahkan mereka itu.
Hari Raya is not about duit raya or m3ngemis to have ones.
I sincerely hope at least, half of them would listen to my advice.

At home, another shocked came when one of my family members proudly tell me that her daughter bodek, "up la duit raya tahun ni".
The mother was PROUD and she thinks her daughter is errr brave???

Saya nak hempuk je both mother and daughter.
What values u instill to your children la weiii..

So I have an experiment.
This year I did not give away any duit raya.
You bet.
None of them bersalam and bermaafan whatsoever.

Except a few.
Oh great.
Just great!

Selamat maju jaya pengemis,


#4: shopping raya

On 2nd week of Ramadhan, I took Uda n mom to Ipoh for baju raya shopping. We just shopped at Angsana Mall n then drove back.

Uda bought 3 baju kurung. Mom bought 2 jubah. Saya mampu beli sepasang tu je. Tu pun saya rasa menggigil masa nak bayar.

On Saturday, 2 days before Raya, Saffa n I went to Jalan TAR,KL.
Jalan ok, tak jem n it was a great bargain too.
Tapi by Zohor, kitaorang balikla, sebab orang dah mulai ramai.

As usual we bought tudungs for her siblings n my mom.
7 XXXL t-shirts for Arif, t shirts for Saffa's brothers n ayah dia n 12 pcs Luminarc cookies jars which was on discounted price.
Setakat itu sajala kemampuan saya pun...

Yesterday, was Izzati's turn. Dah dia study kat Pendang harusla gigih nak ke Kelumpo. This time Baby yang drive.

For me, next year, kalau panjang umur I prefer to shop after Raya.
Memang tenang setenangnya. In term of price, since I m not good at bargaining, so masuk jela kat kedai yang jual fixed price tu.
Still worth it.

Lepas tu kitaorang pergi the curve pula.
Diorang beli knickknacks kat Daiso.
I bought 6 mugs, 3 sets of glasses, plates n bowl from ikea.
Dan satu fitted sheet warna burgundy untuk katil di #18.

Baby bought lots of things too.
So did the girls.

Nafsu!

#3: baju raya

Saya beli sepasang je, which I could not really afford, for me it was a wee bit expensive. It is a cotton silk which Uda said very comfy. Since we will berboria di hari raya, saya pejam mata dan bayar saja lahh..

Pada pagi Hari Raya, Baby telah terbakorrr baju saya.
Xder baju lain, saya pakai je walau pun kat hujung kain tu dah berlubang. Redha!.

Kebetulan, bila Nik balik, dia minta bawakan Nadia n Izzati shopping.
Might be Izzati dont have time for pre-raya shopping, so it is Nik's way to ensure she will have what she wants before heading back to Kedah.

Jalan sangat kosong, orang pun tak ramai. Sangat seronok membeli belah walaupun banyak kedai tutup.

We bought many shawls, scarves n tudungs from Muaz. Then we had lunch @Sogo.
Izzati n Ya bought T-shirts n blouses too.

After that we visited Hyper Shoes opposite Sogo sebab kat situ je ada kasut saiz Izzati.
Unfortunately takderla yang dia berkenaan.

Tapi..
Saya habis hati sebab saya boleh pakai satu dress tu.
Cantik tu, agak cantikla..
Yang penting dress tu panjang sampai ke hujung kaki. Fes taimmm okeh..

Saya beli dua.
A navy blue and moss green long dress.
Sebab dua tu je yang tinggal pun. Berbunga hati saya bila tengok baju tu meleret2 sampai ke lantai... haishhhh

" Ko tengok Long.. Mak Andak tak tanggal lagi baju tu", eh.. lupa.

Now I have 4 baju raya, 
Satu yang terbakorr tu, 2 helai dress dan satu baju renang.

Yesss!
Setelah bertahun saya nak beli swimming suit, finally Ogilvy buat sale.
Saya pun beli sepasang yang muslimah gitu..
Baju renang raya kekdahnya.

Gigih Nadia n Aisya pun nak cuba juga.
Heh?

#2: jalan raya

Untuk rekod projek jalan baru menghubungkan kampung saya dengan Slim River dah tertangguh banyak tahun. Malas saya nak semak dah berapa tahun.

Dulu pekerja tu menyewa rumah di depan #12A. Tu cerita 4,5 tahun dulu.
Lepas tu rumah tu dah disewa oleh pasangan India. Saya nampak kereta pekerja tu kat rumah di lorong lain pula. Tak tau lah pekerjanya masih sama atau tidak. Saya x cam muka mereka pun.

Sebagai pengguna rasa nak marah juga. Syukurlah sekarang ni Menteri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan gigih berfesbuk & twitter jadi boleh la kita elakkan dari buat dosa kering memaki orang heheh.

Bila jalan ni siap, memang sangat menjimatkan perjalanan.
Gigih saya berulang alik dari #18 ke #12A.

It just that on the day before Raya, we were greeted by a crowd of people.
Cerita akan disambung..
Photo: Alhamdullilah.. dpt lemang sebatang dr datuk kushairi! Jln baru, kereta pun baru.tima kasih kerajaan BN...eh!
Gambar x reti nak kopipes.

Sambungan cerita.
Baju Putih is Datuk ADUN. His team presented lemang to all lucky motorists.
I like!!!!