Tuesday, August 26, 2014

akak sangat cantik..

Perghhh..
From d start I know there is something wrong somewhere..

Cakapla macam mana pun, saya tau saya tak cantik.

"Tapi.. akak nampak cantik sangat dengan pakaian macam ni", perempuan berbaju oren tu cakap lagi.
 Sambil terkebil2.
Mustahil muka saya bertukar jadi Neelofa semalaman dan lemak2 yang tumbuh kekal pun tak kanla kot terus mencair serta merta lepas minum segelas teh hijau yang Abang Bro bancuh pagi tadi.

Dulu berkotak2 saya minum teh hijau, tak kurus pun..

"Betul kak.. saya nampak akak cantik betul bila pakai skirt ni", perempuan yang saya tak kenal tapi nampak macam skema tu sambung lagi.

Dah berjuta kali saya pakai skirt dark grey cap Scarlet yang saya beli sebab ada diskaun 50% tu dan light grey cotton blouse dabel XL, Padini, juga dibeli dengan diskaun 50%, cantik celah mana?

Honestly I was extremely curious, so I let her take my turn.
Ha'ah, kitaorang tengah beratur kat supermarket. I bought a basketful of junk food, and she was holding a pack of snack and a packet of apples.

On her way out she picked a bar of cekelat kadburi. 
"U really dont mind ke makan coklat tu", saya tanya, a bit confused.

Dia tak paham soalan saya. Mustahillah... anak2 sedara saya yang tadika pun langsung tak nak makan coklat tu sekarang.

Me: awak baru balik Malaysia ke?
Adik tu: x la... kenapa?
Me: then u must know that what happened few months back.
Adik tu: saya tak tau. Saya duk kat hospital 6 bulan.
Me: really? Harap dah sihat. Sakit apa ye
Adik tu: oksigen tak sampai ke otak..
Me: (nganga)... oooo

Now I understand why she thought I looked beautiful.
Sebab dah 6 bulan asyik tengok nurses in uniform je..

Heh?

 At least, ada juga orang cakap saya cantik hikhikhik...


No comments: