Tuesday, August 26, 2014

tak nak ke nanti orang kata "cantiknya...."

Sumpah saya terkebil2 masa tu. Nak saja saya check suhu badannya, manalah tahu kalau2 kawan saya tu demam panas yang terlampau.

Pada awalnya dia bertanya bagaimana saya nak belanjakan wang singgit dua yang saya dapat sebab lulus peperiksaan itu. Saya beritahu dia saya nak pergi holiday. 

Dia cadangkan saya membeli barang kemas.
Dah berkali2 dia suruh saya beli barang kemas sebab dia kata perempuan seusia saya mesti ada barang kemas nak dipakai ke kenduri atau sewaktu hari raya.

Tapi dia lupa kot, barang kemas sangat mahal. Saya tak mampu.
Dia kata nanti saya rasa kekurangan pula kalau berkumpul dengan rakan2 sebaya  sebab semua perempuan sebaya saya ada barang kemas.

"Beli sikit2 dulu", dia nasihat.. Saya dengar saja.

Kalau saya cakap pun dia bukan faham.
Perempuan lain tu, suami diorang yang belikan.
Diorang tak payah fikir nak bayar ansuran rumah, keter, nak spend untuk maintenance itu ini  bayar cukai tanah, cukai pintu, cukai gst, duit minyak keter, duit groceries n all d yadayada..

Eh... gst blum start lagi..
 silap.. tu saya malas cakap tu.

Bila dia buka thread lagi pasal barang kemas, saya faham dia serius.
Dia ni baik sebenarnya. Saya rasa dia jujur, ke dia malu sebab ada kawan yang sengkek?

Dia: Norizan beli la pattern yang cantik cantik tau..
Me: heeeeeeeeeeee, mahal kot...
Dia: Beli... nanti tak nak ke bila orang tegur, "eeee cantiknya"..

Jap..
Heh?
Saya nak tutup mulut tapi ternganga juga.
Kot Kak Sal yang cakap, mungkin saya ketawa berguling dah, tapi....
Hahhahahahhaha

Me: X mungkin berlakula...

Seriously, saya tak pernah terfikir pula pompuan nampak cantik bila pakai barang kemas.
Ke dia malu sebab ada kawan yang huduh?





No comments: