Thursday, August 07, 2014

Telekung Ungu

Kadang-kadang pelik eh hidup ni?

Few months ago, while strolling along Jalan TAR, I was enchanted with those colourful lycra telekung. I almost grab one, but the better of me had a doubt.

Telekung mesti putih, no other shades for me.

Fid offered me one but I turned down.
Yes. Fid memang baik hati.
It just that on that time, I could not see I am wearing nothing but white.

This year mommy got 2 pairs of colourful telekung for tadarus. Moss green and purple.

"Nak buat apa banyak2 pun, boleh tak mak kasi orang satu?", anak yang bertuah itu memang tak der sivik mengepau emaknya..

"Heh.... ini telekung untuk orang yang bertadarus saja tau." Mak saya jawab...

"Orang pun tadarus juga mak..", saya merayu, konsisten dari kecik..

"Ini tadarus kat masjid" mak saya menegaskan.

"Alaaa.. dia buat pagi2, mana nak perginya pun... tapi orang tadarus juga kat rumah..", saya tak mengaku salah.

"Hehhh... orang dah habis khatam, ni mak dah start kat rumah dah juz 6, yang dia tak habis2 lagi", mak saya cakap sambil ketawa2.

Sentap betul saya masa tu. Memangla masa tu tak habis lagi, tapi....
Lagi seminggu nak raya kot masa tu. Still got time whattt?
(Sampai sekarang pun tak habis lagi sebenarnya)

Saya tak ingat pun pasal telekung sampai petang tadi.
Mak saya fikir telekung tu panjang sangat, jadi dia pergi hantar kat tailor suruh potong dan jahitkan semula.

Lepas tu dia letak kat dalam bilik saya. Terus saya pakai.
Cantik betul rasanya...

The truth is, last year I bought many telekung sebab kalau ikut perancangan saya akan menunaikan fardhu haji. Yang orang hadiahkan pun banyak juga.
Bila impian saya tak tercapai, emosi saya sungguh tidak stabil, semua benda yang akan mengingatkan saya tentang itu telah saya lupuskan.

Sedar-sedar saya cuma ada 2 pasang telekung lusuh di 12A, kat no18 saya guna telekung mak saya dan sepasang telekung yang uzur kat tempat kerja.

Boleh je beli sendiri..
Tapi....
Tiap kali saya tengok telekung putih  kat kedai, tetiba saya rasa sedih tak tentu pasal.

Erm...
During fasting month I bumped into few pakciks n makciks carrying yellow bags,
"Tahniah... mesti pakcik seronok ni.. muka pun berseri2", gigih saya menegur diorang walaupun tak kenal.

Pakcik dan makcik  tu pun tersenyum sampai ke telinga.
Gigih juga dia bercerita.
Gigih saya mendengar.
Gigih juga mengharap, semoga




Saya juga akan dijemput

Sekian.

No comments: