Sunday, September 14, 2014

mak

My mom dah tak mau jalan jauh2. Not even to Indonesia.
When we planned d holiday trip, dia memang tak mau pergi.

Saya nak.
Tapi saya mesekin.

Tapi saya ada doblas orang adik beradik.
Jadi saya berhutang keliling pinggang.
Termasuk bil talipon pun saya mintak one of them bayar.

Mesekin macam mana pun, saya tetap bawa mak saya pergi groceries on Saturday.
Kat Teluk Intan.

Mak saya mesti beli ikan masin kat kedai biasa, lunch kat kedai biasa dan beli ayam 3 ekor, ikan, sayur 4,5 jenis, bawang cabai kat kedai yang biasa.

Syukurlah kali ini tak payah beli beras 30kilo.

My bros boleh je bawa my mom doing groceries, tapi nanti diorang nak balik cepat.
Mana boleh cenggitu.
Beli barang dapur ni ada keseniannya...

Sometimes we have list, tapi bila g kedai barang tu tak bagus kualiti, atau lebih mahal dari biasa jadi kita kena cari alternatif, yang sama harga dan kualiti pun lebih kurang.

Sesambil tu kena juga riki2 barang yang sama tengah on sale, jadi kita beli je buat stok.
Tu yang kat rumah ada 4,5 botol shampoo, sabun mandi satu tapawer, dynamo 2 botol x buka lagi, cencair pencuci pinggan 2,3 botol, berus gigi untuk stok 6 bulan.

Seni kot...

Oh ye...
Tepung pun 8,10 kilo kot ada.

Me: nak buat apa kita banyak2 mak?
Mom: kan dah nak raya?


Oooooooooooooo..
Jadi saya sambar telur 2 tray.
Dengan harapan nak menghabiskan jem nenas,
Gitu..

Harapan tanpa sempadan

No comments: