Tuesday, September 09, 2014

pencil case 2 hengget je pun...

I searched high n low.
Sedih tau.
Time consuming summore..

On my way back, I saw 3 boys who came for study group.
I knew them since they were 15.

I was d form teacher back then.
Now walaupun diorang dah tinggi macam pemain basketball NBA, saya tetap bercakap dengan mereka dengan gaya 3 tahun dulu.

Mereka pun layankan je bila saya mengadu bekas pensil saya hilang.
Am, one of d boys siap tanya  mana rupanya bekas pensil tu.
I told the it was a cheap black nylon rege 2 hengget je pun...

"Tapi isi kat dalam tu yang penting kan...", diorang cakap dengan simpati.
Not really. Dalam hidup saya tak ada apa benda pun yang kekal, jadi tentu saja saya x kisah sangat. Eh... yang betulnya nothing pricey pun..

Tapi 2 keychain tu hadiah dr d kids on their trip to melaka n Mecca. Its d thought yg saya terharu sangat tu.

3 markers harta gomen. 2 batang pen hitam, satu biru yang hilang penutup dan sebatang pen merah. Harga tak sampai 5 hengget. 2 pendrive, satu pen tutup oren tapi sebenarnya warna hijau, highlighter hijau, 2 stamp pad nama, satu corrective paper mate tutup oren, satu glue stick yang dah nak habis , satu getah pemadam yang jarang diguna dan sebatang pensil mekanik stabilo yang saya suka sangat dan satu pensil HB untuk kegunaan kot tiba2 gian nak melukis. Sekotak bullet tu pun harta gomen juga.


As I wrote up there, nothing fancy in my cap ayam pencil case.
Esok lusa mesti ada orang pulangkan...

Anyway.. (pass me d tissue please)..
An hour later, d 3 boys came to my house.

"Kitaorang dah jumpa", mereka jerit dengan gembira.
"Kat mana korang jumpa?" Saya pun jerit gembira juga..

"Tadi kitaorang cari dalam meja belakang dewan. Kami jumpa dalam meja", diorang jawab.

It was 5.00p.m when I bumped into them just now.
They seemed so engrossed with their studies.
The fact they are willing to sacrifice their precious time to look for bekas-pensil-cap-ayam ticenya sangat menyentuh hati..

Kawan saya Wa, dapat hadiah wallet Prada dari studentnya,
Another friend got Burbery handbag.
Students saya tak pernah kasi branded item because I m sure they could not afford it.
Kasi roses berbouquet memang tidak pernah berlaku pun.
But they r always willing to give me something money cant buy.

Love n Affection.



No comments: