Monday, October 27, 2014

cari gambar kerusi roda

Ini tazkirah untuk diri sendiri.
Kenkadang bila nak solat tu kemain berlengah2..
Nak wechat dulu la, nak update status kat fesbuk la , nak tweet la..

Kenkadang fefeling bizi.
Nak siapkan kerja, nak buat itu, nak buat ini..

Kenkadang takut nak g surau.. heh?
Ada orang gitu la, ada yang gini la..
(ok sorry bang!)

Kenkadang tak ada tempat solat.
Tak selesala, sempitla, orang ramai la..

Gitula..
Alasan..

Tadi saya g bilik air. Pintu terbuka, ada orang rupanya.
Dia guna kerusi roda. Kakinya baru dipotong.
Dia balut kaki dengan plastik.
Ambil wuduk sensorang.
Lepas tu terkial2 dia nak ke tepi katil. Dia solat.

Takder sapa pun tolong.
Semua dia buat sendiri.

Ni yang sempurna fizikal ni...
Dah solat ke belum?

Sekian

No comments: