Sunday, October 19, 2014

Edisi mengosongkan peti ais: strawberry cheese tart

Shell ni Baby yang buat. Lama dah...
Saya cuma sapu nutella saja..
Nutella yang saya tak habis makan tu..
Coklat disapu supaya tak lemau sangat bila dibubuh jem dan keju. Kali ni saya guna jem stroberi yang dah berzaman duduk dalam peti ais dan 1kg tatura cheese, yang juga dah lama saya beli. Lately saya jarang memasak sebab diorang dah lama tak holiday kat rumah Mak Andak diorang... Sedihhh...

Ni rupanya sebelum dimasak. Saffa yang putar cream cheese bersama setengah biji lemon. Sebab rasa terlampau masam, jadi tambahkan 10gm gula. Dia paipkan cream cheese, her first time hikss. As for d decoration, my good friend Ellie ajar create design guna toothpick. But there is no toothpick in 12A, jadi saya belasah guna chopstick. Huduh la jugek...

Bakar selama 10mins then bila sejuk, terus ditapau. Saffa bawa balik ke sekolahnya.

Bolehla peti ais tu bernafas sikit.
Next project is pineapple tart.

Tapi kena tunggu ada orang datang spend holiday for Diwali break. Kot x letihla nak makan sensorang..

Sekian.

No comments: