Tuesday, March 10, 2015

Gula batu rasa coklat part 3

Pagi ni, gigih saya berbisik2 pada kawan no 2.
Saya pendekkan cerita di sini saja.

Kalau hal ini tidak melibatkan Si Samuel Wilson itu, saya pun tak hingin  nak ambil pusing.
Samuel Wilson tapi bukan nama sebenarnya, sangat manis budaknya, tapi dia suka termenung.
Bukak beg termenung. Pegang pen termenung. Masa exam pun dia termenung.
Bila masa dah tamat, dia hantar kertas kosong..

Haishhh kau dah kenapa?
Saya minta dia buat, 4,5 minit lagi. Semua orang keluar rehat.

Me: Tadi sebelum ke sekolah ada ambil sarapan x?
Him: Tak. Takde makan apa2.
Me: Sudah... pergi makan dulu..
Him: tak apa.. saya boleh tahan lapar
Me: Jangan.. lambat lagi kita nak balik ni. Nanti awak jatuh sakit.
Him: Betul... saya boleh tahan..

Dia tak mahu keluar makan. Kebetulan ada girls bawa naik sekotak air, jadi saya minta dia beri pada Samuel. Saya bayar duit air tu, both of them cakap x payah. Tapi itu duit mak ayah mereka, takkan saya nak pau pula.

Kan saya kata budak2 ni manis orangnya.
Sesiapa saja yang kenal mereka, mesti rasa sayang.

Jadi, satu saja yang saya musykilkan dalam hati..
sewaktu mula mengejar cinta (baru) tak ada ke dalam hati,
waima sebesar zarah pun rasa kasih dan kasihan pada anak2?

Saya harap, yang saya nampak tu cuma delusional saja.
Saya harap, ada kesudahan yang baik untuk Samuel Wilson dan keluarganya.
Saya juga harap, Allah tak terbalikkan hati saya pulak.

Dan hati the other friend pun.
heh?



No comments: