Sunday, April 19, 2015

Mungkin ada sesuatu Allah Taala nak tunjuk...

Bukan saya cakap...
jiran belakang rumah.

Honestly, dengan lalang yang dah separas pinggang, saya memang stress. Dah 2,3 kali saya call Pakcik minta potong rumput, tapi mesin dia rosak. Ada orang lain..
tapi...

Semalam petang saya start weeding kat depan.
Pagi ni, lepas cuci kereta, saya terus weeding pulak.

Saya cuci kereta sewaktu orang tengah solat Subuh kat surau, boleh agakla betapa subuh gelapnya saya weeding d grass pagi ni.

Jiran saya tu sidai kain. Jadi kami bertegur sapa.

Me: Tahniah.. sekolah awak menang peringkat kebangsaan..
Her: Terima kasih Kak Ijan..
Me: KC ke pergi ambik anugerah?
Her: Tak... orang lain (xder sambungan)
Me: Kesian dia...
Her: Semoga dia muhasabahla. Mungkin ada sesuatu Allah Taala nak tunjuk?.

Okk... dan dia masuk ke dalam rumah.. pagi2 kan bizi..
saya tanya sebab Jiran lain ada kasi tau, on d day KC kena transferred, ada somebody asked her, " nanti anugerah tu tak dapatla g ambik ye?".
At that time KC dengan confidence cakap She will go.
Looks like Allah has a better plan.

"Boss Kak Ijan sekarang ok x?" tetiba jiran saya terjenguk semula.
"Sangat ok.. kerja terukla. Tapi dia x sakitkan hati kita", saya jawab dari hati.
" Mana2 pun kita memang kena kerja teruk juga, tapi bila sakitkan hati tu yang tak tahan kan?" jiran saya tanya n kami sama-sama ketawa kecil.

Nak memanjangkan cerita, memang tak pernah terjadi.

"Kak Ijan ni dah makan ke belum?" dia tanya.. automatically hal KC habis tak bersambung.

Saya masuk ke dalam rumah, cuci kain, bake fruitcake n habiskan mengaji sehingga juz 8, setelah laaaaamaaaa.... saya tak bukak quran.


Patutnya, saya pun muhasabah diri juga.
Kenapa saya masih x khatam sejak dari lepas Raya puasa hari tu. Ni dah nak masuk bulan puasa semulA.


Sekian.

No comments: