Wednesday, May 27, 2015

Adik Ipar saya

Hari itu adik saya balik rumah seorang, dia cuma nak pinjam kereta Acho for two weeks sebab kereta dia nak hantar masuk workshop.

Dah lama kami tak berbual macam dulu-dulu. Sekarang dia ada dua orang anak yang tengah lasak, haruslah suami isteri itu fokus kepada anak-anak.

Sudah lama adik saya ini tidak bermulut laser, depan anak-anak mestilah orang dewasa (termasuk saya) berlakon sesuci embun pagi.

Dari satu jenaka ke satu jenaka, banyak pula stok cerita lawak keluarga sampailah akhirnya ke stok tak berapa kelakar dah.

Me: Bila kot roadtax ni mati, Andak nak tengok jap... Riena yang tanya
Yus: Haishhhhh... ko tepon la Riena, engko punnnnnnn

Riena is his wife, my one and only adik ipar.
Dia yang tolong belikan kereta n dapat diskaun banyak giler. Sewaktu dalam pantang, dia bawak anak dia ke showroom n booking keter.

Now dia juga yang beria nak ingatkan tukar nama kat geran dan booking kat Puspakom summore.
Tedious betul eh?

Lama dahulu ada orang pesan kat saya, kalau nak hidup bahagia, layanlah ipar duai macam darah daging sendiri.
Syukur alhamdulillah, bab layanan saya memang jujur dan tak pilih kasih. Among family members, saya memang dituduh malas nak pick up call n return call. Riena is a family member, jadi saya kadang2 tak return calk juga.

Saya fikir kalau orang lain mesti saya dah kena pangkah, tapi adik ipar saya ini, tenang saja menerima suratan takdir.

Semalam dia dah mengkonfemkan tarikh appointment dan dokumen yang perlu dibawa. Kalau saya buat sendiri, rasanya entah bila...

Orang kata rezeki tu datang dalam macam2 bentuk.
Ada wajah yang cantik, suara yang sedap pun rezeki, boleh jadi retis.
Ada harta yang mencurah banyaknya, dah sah2la rezeki.
Ada adik ipar yang baik, pada saya tu memang rezeki dari Allah.
For that I am so grateful.


P/s abang-abang ipar saya yang 3 orang tu pun baik juga..

No comments: