Sunday, May 31, 2015

Hahahhahahahha

Saya lupa apa rasanya keluar bershopping dengan kawan baru. Dulu2 saya bershopping dengan kawan sehostel, yang siang malam saya tengok mukanya.
Bila masuk U, either saya keluar dengan housemates atau coursemate, pun siang malam saya tengok muka mereka.
Bila bekerja, saya keluar dengan Zana, Kak Ma dan Nora. Diorang ni pun siang malam juga saya tengok muka, considering kadang2 kami keluar dari pagi sampai malam.
Yang paling selalu, saya keluar dengan et, kawan sejak kecil, belum sempat dia pegang pun saya dah boleh agak baju yang mana dia akan sambar.

Shopping dengan family members tak kira la kan...

Sebenarnya shopping tak ada dalam agenda pun. Cuma pagi tu Sunita tunjuk shawl yang jiran dia beli sebab kasihan pada penjual online tu. Dia tak berapa minat pun, saya terus ambik sebab murah sangat2.

Teruslah kami bercerita hal harga tudung, shawl semua tu. Alang2 dah bercerita kenalah ada field trip kan. Jadi, dengan muka tak bersalahnya saya bisik kat kem komandan kami nak pergi Pasar Kemboja.

Niat nak tengok tudung je..
tapi...
 6 pasang telekung, sebab hari tu ada orang kasi sejadah, hahhaha beria.. One for my mom, 1 for Baby yang baru naik pangkat and one for my sis in law yang beria uruskan hal kereta. 2 untuk Liza yang pinjamkan baju dan mak mentuanya, sebab saya peratikan kalau Liza beli apa2 dia mesti belikan mak mentua dia sekali, Baik Liza ni..
 Seluar ni juga.. hahha
 It looks gorgeous, saya beli satu untuk kem komandan, sebenarnya nak beli untuk kawan2 tapi x muat kereta dowh..
Baru halfway bershopping Sunita dan terduduk hahahha. N we spent quite sometimes memilih kain cotton kat kedai ni. 

Lepas tu tak larat dah nak jalan. I bought 2 kilos of Mangga Datok which is so big and juicy, sepasang baju sukan, 2 helai blouse one for me and one for Uda and dua helai tudung.

Sebab beli banyak2, kadang2 Sunita yang bayar, kenkadang saya. Payah nak keluarkan wallet bila tangan penuh menjinjit plastik bag. 

Balik hotel baru kitaorang kira.
Terkejut saya, Sunita cakap  helai tudung tu dia hadiahkan sempena Hari Guru.

Hari Guru bukan 16 Mei ke?
hahahahhahahah..
Ai loikee!


No comments: