Monday, May 25, 2015

Ironic

1. Hadiah Hari Guru
Ada kawan tu kata, dia nak kasi hadiah hari guru pada kami (ada orang lain juga)
"Tapi aku segan la Nanti orang tengok.. boleh tak ambil sendiri dalam kereta?", dia tanya. 
Pulak... kenapa nak segan? Lainlah kalau dia bagi kepada saya seorang dengan ucapan untuk BFFku yang terbestest di Malaysia Barat, kot gitu harusla malu2 kan.. Ni untuk ramai orang... hmm 
Saya terfikir, betulke dia ikhlas nak bagi saya atau sebab kebetulan saya terdengar perbualan mereka jadi dia petik saja nama saya dan suruh ambil sendiri?
3 hari kemudian,  Amir, a 15-year-old boy datang dan kasi hadiah dari kawan saya itu padahal beliau berdiri tak sampai 100m dari saya. Amir tersenyum2, segan pula saya, terus saya memecut laju. 
Walaupun tiada ucapan  untuk BFFku yang terbestest di Malaysia Barat saya suka hadiah tu. Cuma bila teringatkan senyuman Amir, terus saya simpan hadiah tu dalam kereta saja. Saya akan gunakan bila travelling jadi Amir takkan tahu. Hahha

Saya pun segan juga kalau orang tau.

2. Tiada Cinta
Satu hari seorang pelajar yang tak pernah ponteng tiba-tiba tidak hadir selama 2 hari tanpa khabar berita harian, 

Me: Budak Maikel (bukan nama sebenar) ni x datang 2 hari kenapa? Ce tanya..
X: Dia demam
Me: Ooook. Demam cinta? ( being sarcastic)
X: x tau tak pernah cinta.

Yeah right. 
Tak pernah cinta, tapi anak ada 10 (bukan bilangan sebenar), agak2la nak kaberline anak buah kesayangan pun...

How ironic.
Sekian.

No comments: