Saturday, August 15, 2015

Ada ke orang membela hantu?

Mungkin ada,
dalam sinetron pukul 4 petang Tv3.


Tapi bukankah dalam drama tv tu dah digambarkan pembela hantu tu selalunya kaya dan ada aura begitu begini?


The thing is,
Seseorang menyampaikan cerita hari ini, yang dia pun baru tahu, sedangkan kejadian tu berlaku 3,4,5 tahun yang lalu.

Seseorang yang saya kenali dituduh membela hantu.
hahhahahhahahahahhahahhahahahhahah
sinetron betul tuduhan tu..


"Ada ke orang percaya?", saya tanya,
"Dia dipulaukan la... orang tak mahu bercakap dengan dia. Umpat di belakang. Bila dia berpindah tempat kerja, mereka akan sebarkan hal yang sama kepada kepada rakan sekerja barunya", si penyampai cerita beritahu.
Jadi keburukannya yang dijaja secara berjemaah mendapat liputan meluas.


"Rakan sekerja baru tu percaya tak?", saya tanya. Curious. 
"Tak... mereka layan dia dengan baik".


Syukurlah. Tak ramai sangat orang bodoh dalam dunia ini.
Tapi dia tetap juga bertukar kerana ada orang menghantar 'surat layang' memburukkan dia kepada HQ.


Dia pun bertukar. Lama dah...
Takdirnya, dia bertemu dengan sipembawa cerita dalam satu majlis. Mungkin sekarang hidupnya lebih tenang. Dulu dia fikir semua orang tahu cerita itu.

"BUT I DO NOT KNOW!", saya tegaskan,

"Dah HQ tau, dia ingat semua orang taula.. padahal kita tak tau kan.." si pembawa cerita cakap. Mungkin, sebab itu sekarang dia jadi dia berani membuka mulut.

Dia menangis.

Saya yang dengar secara third hand pun menangis juga.

Tiba2 saya teringatkan drama yang Shiela Rusly berlakon pagi2 masa bulan puasa dulu, pasal dia tuduhkan menantu dia bomohkan anak dia.
Menantu dia tu Siti Saleha yang sah2 muka kokesyen. Shiela Rusly pula digambarkan kuat agama yang sikit2 sebut nama Allah. How ironic.

Saya fikir itu imaginasi Shiela Rusly dan penulis skrip saja. Rupanya memang ada orang dalam masyarakat yang fefeling mereka ada 6th sense.
Boleh nampak hantu, kelodak hati orang bagai..

Perghhhhh...
Lu patut jadi doktor beb. Boleh save Health Ministry dari beli all those scan machines yang mahal2 tu.

Paling epik bila beliau dinasihatkan untuk memaafkan kesalahan sipenjaja dan kuncunya2 oleh someone yang katanya tinggi ilmu agama.

Knowing mangsa tu, I am sure dia maafkan, tak payah diajar pun. Muslim kot...
tapi engkau yang ilmu agama setingi Kinabalu tu tak mampu ke tegah jangan biarkan penganiyaan berlaku depan mata.
Is that d best you could do to your fellow muslims?


All those yang percaya dan jadi tukang sampai. Worry not.
Allah dah janji doa orang yang teraniaya itu tak ada hijab.

Ini ingatan untuk diri saya sendiri, dan anyone who happens read this entry.

Kenapa orang yang jahat dimata rakan sekerja itu, selalunya prestasi kerja mereka sangat bagus?.
 Orang ini disenangi oleh pelanggan.
Kalau top management berprestasi tinggi, dia disukai.
kalau top management ala2 cap-ayam, this poor soul will be looked down upon.


Dalam jangka masa panjang, orang yang jahat dimata rakan sekerja itu mendapat banyak anugerah dan pengiktirafan dari pihak luar yang menghargai usaha dan prestasi cemerlang yang mereka tunjukkan.


Selalunya golongan ini akan bergerak 'solo' (dah korang pulaukan dia kotttt),
 dia tak akan membalas atau menjaja cerita dianiaya.
Dia akan fokus kepada matlamat. Jadi pemangsa akan merasa diri mereka superior dan terus terbuai dalam imaginasi 6th sense-la sangat yang mereka ciptakan.

Sooner or later the truth will prevail.

Therefore, kalau seseorang menjaja cerita buruk pasal rakan sekerja, mohon siasat juga prestasi 'sipenjaja' itu. Bandingkan pula dengan prestasi kerja orang yang diburukkan.

Jangan menambah saham neraka.

Ingatlah... takutlah dengan doa orang yang dianiaya.


No comments: