Wednesday, September 16, 2015

Selamat jalan Morais.

Saya nak paste gambar, tapi dengan henpon baru ni saya x reti.
Bila saya tengok tv, d day Morais dilaporkan hilang, menengokkan kening dia yang cantik dan senyuman dia, saya fikir ini kes macam Hizairi Othman dulu.
No elaboration.
Petang ni saya dengar radio, mayat mangsa dijumpai...simen konkrit... Subang Jaya. I was  . Jadi dengar tak dengar.
Tonight I read, kehilangannya ada hubungan dengan siasatan kes kehilangan ubat RM6 juta. Suspek ditahan tahun 2013, mendiang prosecuted d case.
My heart goes to d family. Secara peribadi saya rasa nak tendang je semua orang yang terlibat dalam skandal ubat RM6 juta ni. Dahla makan rasuah, lepas tu orang yang tak bersalah ko bunuh pulak.
Apa kau fikir ni Mexico ke?
Saya harap ada pembelaan untuk mangsa dan semua DPP yang lain.
Saya juga harap, integriti disemai dalam diri semua orang
Kalau dah sejak kecik mak bapak ajar 'rasa' buah kat supermarket, sampai besarlah anak tu fikir, tak salah ambik barang orang waima duit RM6 juta sekalipun.
Kalau cikgu dengan bangganya bocorkan soalan ujian, Jangan terkejut, bila budak ni besar dia 'tolong' bocorkan soalan UPSR,PT3 dan SPM pulak.
Peduli apa kalau kerajaan kena keluar duit nak buat kertas ulangan.
Peduli apa kalau budak2 stress, cikgu stress, parent stress.
Bila ada cikgu yg laporkan kebocoran dengan bukti bertulis, cikgu tu kena pulau, d kids kena soal siasat. Worst kena tazkirah di depan public, "jangan menganiaya rakan sekerja'.
Yang tukang bocor berjalan dengan megah sebab gred naik tinggi menjulang. Terus bangga dan gigih nak ulang perbuatannya. Ramai pulak yang membacking perbuatannya.
Didnt surprise me, if these things never stop, in 10 years time, Malaysia akan jadi d next Mexico.
Selamat jalan Anthony Kevin Morais.
Semoga pemergian tuan terbela.

No comments: