Friday, November 13, 2015

Bukan IMPIAN

Walaupun dinafikan dengan keras oleh anak2 saudara, saya tetap bertegas meyakinkan diri yang saya ini berbakat besar dalam bidang nyanyian.

Saya menyanyi di rumah, di sekolah dan di atas jalan raya.
Saya menyanyi bila sedih, bila gumbira dan juga bila xder perasaan.

For d past 20 years n more kalau sedih saya pilih lagu ini..
Andai ini kesudahannnnn
Impianku tiaaaada laaagi..i

Tapi hari ini selepas acara, soundman tayangkan lagu2 rock kapak..

Dan2 lagu pebrettt pun ada..

Tapi...
" kita ingat liriknya IMPIANKU tiaaaada lagi ", saya hampir menarik tangan kawan saya sebab mahu dia berkongsi rasa terkejut.

"laaaa aku tau la.. Dulu aku berlakon cerita ikut kisah lagu ni la dalam kelas. Aku jadi hero," dia cakap dengan ceria..

Saya harap dia beritahu saya awal sikit. Takderla saya asik nyanyi salah lirik je.

Lirik yang sebenar ialah
Ooooo kasihhhhhh...
Andai ini kesudaaahaaaan
IKHTIARKUU tiaaadaaa laaagi
Walau kita saling sayang terpaksa ku undur diri

No comments: