Thursday, November 05, 2015

Impianku tiada lagi...

Tajuk entry ala2 slot Akasia pukul 7 kat Tv3. The thing is,d song keep playing in my head.

Tapi saya ingat 2 baris je,
Andai ini kesudahannnnnnnnnnn
Impianku tiaaaada lagi..

Sorry, tetiba makcik 😔 bernostalgia chuolls..

It started off with d other friend asked me to write 📝 a script. Dah 2 minggu dia sebut idea dia. Saya betul2 sibuk minggu ni, tapi dulu Jie pun sibuk jugak.
 Sesibuk2 Jie dia selalu ada masa nak bantu saya, takkanlah saya yang kerja babysitter ni nak tolong kawan pun tak boleh?
(Yang tu soklan untuk diri sendiri).

Jadi hari ni saya mula mengarang. Skrip pendek je pun, sejam dua siapla. Yang leceh nak kena print.

Saya pergi ke bilik Yan dan minta dia tolong. Nak connect dengan printer yang entah kat mana tu saya tak reti. It took Yan some ⌚ to detect d printer.

Long enough for me nak kerebek segala barang dalam bilik dia yang bersaiz bilik air master bedroom 12A.

Ada 2 frame gambar bunga matahari yang cantik. 2 frame gambar air terjun yang kalau korang tengok misti korang ingat download dari gugel. Cantik gilerr..
Yan memang talented photographer. Semua tu gambar yang dia ambil sendiri

Ada replika Petronas Twin Tower kat atas server yang sebesar petiais 4 pintu. Server tu yang besar. Replika tu kecik je, bersawang pulak tu.

Meja kerja Yan kemas je. Ada setong perkakasan bekerja dia. Tu pun saya kerebek.

Ada testpan ke test pen. Saya tak tau spellingnya... Saya pegang.. Dan tiba2 saya teringatkan Jie.

Yang sanggup turun dari Subang Jaya ke Kuantan menghantar wallet saya yang tertinggal (my sis handed it to him) . Ada x korang kawan yang macam tu?

"Yan, dulu kawan akak ada pen, besar testpen ni la, tapi akak hilangkan, sampai sekarang akak cuba cari ganti tapi tak jumpa", mohtip saya tiba banyak cakap..

Yan yang tak banyak cakap tu pun tanyala pen cemana, warna apa semua..

Mana saya ingat sangat. It was circa 2006. When Jie arrived in Kuantan, I asked him to take me to d bank. I borrowed his despite dia cakap dia x mo kasi sebab pen tu dia sayang n a gift from his fren.

Saya tuduh dia kedekut, he gave in n I accidentally left in. Bila saya pergi balik pen tu dah hilang.

Saya janji nak ganti, tapi Jie kata pen tu tak ada jual di Malaysia. Saya dah cari bila saya ke obersea, tapi x jumpa jugak.

"Cuba akak cerita betul2 cemana ghope pen tu", Yan tanya lagi, lebih serius.

"Dia special sebab ada lampu dan boleh tulis dalam gelap", yang tu je spefikasi yang Jie selalu ulang n saya ingat..

The good thing is, even though my blunder costs him something he loves dearly, tapi TAK PERNAH sekali pun Jie mengungkit.
Memang baik betul Jie ni.

Mati hidup semula saya takkan jumpa kawan yang macam ni lagi.

Penat pulak saya cakap, printer masih undetected
Jadi I went out n continued marking.

Tiba2 Yan pulak meluru keluar,
"kakkkk saya dah jumpa..", dia kata..
Berlari jugak makcik ke biliknya..

Jumpa apa?..
"Gini ke rupa pen tu kak?", he asked. I studied d pics. Yess..!

Rupanya Yan googled pen can write in the dark. Keluarlah..
Bukan mahal pun USD18.90 je...

"ce ko order kan Yan", saya mengarah afterall affordable tu.
"tapi ce akak baca ni, order outside us minimum USD250", Yan jawab..

Bersungguh Yan ni.
Korang ada x kawan mcm yan?

Back to d pen.
Huh.
Mau makan pasir sebulan kot...
Bertahun2 saya simpan cita2 nak gantikan pen yang hilang tu.
Hari ni I m officially memadamkan mimpi yang x sudah tu..

Sesuai kot lagu tema yg dipilih..
Andai ini kesudahannnnnnnnnnn
Impianku tiada laaaaagi..


No comments: