Tuesday, November 17, 2015

Musim apraisal.

Seorang kawan kirimkan mesej sendu diAidilfitri di facebook. Saya gigih mengomen padahal tak tau hujung pangkal.
Hari ini kami berjumpa.

Dia kata, dia kata dia x kisah kalau orang lain dapat markah tinggi pun, tapi janganlah orang yang lebih sedikit tanggungjawab, lebih mudah tugas, kurang sumbangan dapat markah yang lebih tinggi daripada beliau.

Saya tak tau siapa yang dapat lebih tinggi markah daripadanya. Tak penting.

Setiap tahun saya akan tulis betapa jijiknya saya jika orang yang beri markah tak buat homework. Kalau kita sendiri kurang rajin turun padang sinsing lengan, mana la nak tau rumput yang mana tinggi atau rendah.

Hahaha..
To be frank, not that I care.

Bila saya semak, markah saya pun lebih kurang kawan tu juga.
Kalau nak tunggu saya membodek, mengipas sana sini untuk dapat brownies points, mati hidup semula, saya takkan buat.

Besides, di hujung nanti kan ada pengiraan yang lebih adil..
Hahaha...

No comments: