Saturday, January 09, 2016

5/2016

Saya datang lambat.
In fact saya takder mood betul nak buat class deco bila d kids sendiri tak tunjuk effort.

We have discussed about it at length, but still bila saya checked message semalam tak.ada pun senarai barang nak dibeli.
Saya tak terkejut sangat bila pagi ni barang2 yang disuruh bawa pun tak dibawa.

Most of my colleagues, mereka yang sediakan barang2. I have nothing against it, but I was raised in d family who valued responsibilities towards family members.
Bila kereta rosak, saya tinggalkan je dan balik jalan kaki sebab saya tau Acho akan fix d problem. He knows more about car than I do.

When Acho needs me, I went extra miles too, tapi takkan la saya nak tulis pulak..

Responsibilities must b nurtured from young. Kalau semua benda spoon-fed, macam mana bila dah besar nanti?

Kalau buat kerja asyik mengelat, genggam tak tiris tapi bercakap kemain hebat, saya takut anak murid saya yang lima belas orang tu membesar jadi lelaki tak guna seperti yang saya tulis dalam entri awal tahun baru.

Saya hangin betul.

"teacher, marilah kita cat kelas", cadang a girl.
" Satu tong cat RM36, kita perlukan dua tong. Jumlahnya RM72. Kena beli berus lagi paling kurang RM20, jadi semuanya RM92. Duit kelas ada berapa?", saya tanya...

"RM42..", bendahari jawab.

"Tak apa, saya boleh bawa cat dari rumah. Ayah saya ada cat", chipped in a boy. Ayahnya tukang buat rumah.

"Tak adil begitu. Ayah kamu pun nak guna juga. Dia beli mahal.  Inikan kelas kita, tanggungjawab kita. Janganlah bebankan ibu bapa pulak", saya ingatkan mereka.

I just want them to know money never grows on tree.
When we were small, nak beli papan carrom pun semua orang kena keluar duit, termasuk Arif yang Darjah Satu. Dia kena charged singgit kot masa tu. Terus semua orang jaga papan carrom tu beria sebab tau susahnya nak keluar duit.

I meant to teach d kids d value of money.
Jangan nanti bila dah besar, whenever in needs of something, mereka meminta2 ehsan orang dan bila dapat mereka fefeling Lindungan Kaabah, rezeki Allah katanya.
Bukankah tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima?


Tapi saya masih juga belanja mereka kek beledu merah yang sedap ini..

Bab makan mokcik okey...
Bab nak buat perangai macam semua benda turun dari langit,
yang tu mokcik pangkah awal2.

P/s to be frank, saya mengharapkan mereka jadi seperti batch 3 Annur 2012. The only time mokcik betul2 rasa jadi cekgu. Sobss

No comments: