Sunday, May 08, 2016

Ini sejenis tazkirah

Yang ditujukan kepada diri sendiri.

Ok... Long ago, my mom cakap anak2 Makcik Peah took her out for Mothers' Day.
"Amboi kemain urban anak Cik Peah", saya jawab, jadi after it I made it a point to take my mom out on Mothers' Day or at least acknowledge d day by giving her something I could afford.

Our mom memang x cakap. Tapi bila tengok anak orang lain buat, terus la dia terasa sesuatu kot...

Hari kenduri tu, d first makcik arrived merungut sebab anak dia x balik. "Sampai hati.." dia cakap. Saya x biasa sangat dengan dia,  anak dia pun saya tak kenal jadi saya dengar je...

D second makcik pun cakap hal yang sama.
"Lama sangat tak balik..", makcik tu cakap sambil senyum sedih.
Anak dia kawan saya. Tudungnya lagi labuh daripada saya n saya speku gajinya pun dua kali ganda lebih banyak, logikla kalau kerjanya banyak...

"Kerja.. Mana pernah habis..." makcik tu cakap bila saya terangkan.
Arwah ayah saya cakap, bila nak kata sesuatu, pandang muka orang tu dulu.
Saya pandang wajah tua makcik tu yang sejak dulu tak pernah bercakap kasar dan mengutuk orang. At least saya tak pernah dengar. Mak saya pun kalau bab duit, sangat percayakan makcik ni.

Mukanya suram seperti menyimpan perasaan. Saya terus diam n mumbled something like, "Nanti dia baliklah tu cik.."

D truth is, macam orang lain saya pun bila kerja x ingat orang lain.
Kenkadang kita lupa perasaan emak kita yang sangat harap nak dengar suara dan sekadar nak makan bersama.

Kerja macam mana pun tak mungkin habis. Why not, luangkan masa yang tetap untuk telefon mak n dengar dia bercerita.
Kalau jauh sangat, luangkan masa setahun sekali untuk holiday dengan mak. Jangan petik kata Xder duit, Xder kereta ke apa.
Masa kecik mak.sanggup turun naik bas bawa kita ke klinik bila sakit n buat I.c hahhaha..

Kalau dekat, bawak lah mak g shopping. Pompuan kan suka shopping.
Bawalah dia ronda2 keliling kampung, sebab dia dah tak.kuat lagi nak pusing kampung n tengok rumah kawan2nya yang sama2 dah uzur.

Sekian.saja tazkirah
 X mo saya petik ayat Quran n hadis bagai.
Most yang buat perangai lupakan perasaan mak ni.adalah orang yang tinggi ilmu agamanya.

Mungkin dia dah printscreen teket syurga kot.
Jadi apa ada hal kalau dalam Islam dah ajar, syurga terletak di telapak kaki ibu.
Yang tu untuk orang jahil saja.
Yang tudung pendek n tak reti nak.quote ayat Quran bila bercakap di depan khalayak.




K
 Bye

No comments: