Monday, August 22, 2016

poligami: Takutkan isteri itu syirik

Poligami ialah perkataan taboo dalam masyarakat. Kalau bukan sebab anak saudara saya yang minta bantuan semakkan assignment dia, tidaklah saya sudi menyebutnya.
Apa lagi nak minta tolong orang carikan ayat Quran tentang poligami.
Haishhhh... Saya buat juga kerana kasih sayang tak bertepi.
Lagipun saya pasti bab bab cenggini saya boleh harapkan Theotherfriend. Dia lulus 8 senawi..

"Apa pendapat korang pasal poligami?",  saya tanya pada dua orang kawan yang sedang bersantai di faded pinkish sofa.

Yang sorang diam tak angkat muka, yang lagi sorang menjawab dengan penuh diplomasi.

"Baguslahkan membantu para wanita yang teraniaya atau tidak berkahwin lagi..."  panjang lagi dia cakap.. Dah saya yang tanya pendapat, haruslah saya dengar dengan penuh diplomasi juga.

"Aku pernah baca kat laman web Indonesian, dia kata kenapa nak halang poligami sedangkan Allah dah kata nanti nisbah lelaki dengan perempuan jauhhhhh" dia.sebut nombor tapi saya tak ingat. Banyak lagi point bernas yang dia bagi tapi lepas dia cakap yang satu ini.... Saya boleh terlupa semua...

dia kata. Ramai orang lelaki tak mau berpoligami sebab takut kan isteri,"  hhehehehhe
"Tu dah jatuh syirik, sebab kita tak boleh takut selain daripada Allah. Kat laman tu cakap", dia tambah


Saya bertenang mendengar.  But still, tetiba kepala saya.spinning dan.terus saya berlunjur. Susah juga nak simpan dalam hati ni..

2 jam kemudian baru saya berpeluang ceritakan pada Yong.
"Yong, Abang Bro kata dia baca kat Laman.web Indonesian,  lelaki takut nak kahwin lagi sebab takut bini. Takut bini tu syirik Yong sebab takutkan.sesuatu.selain Allah" saya memang mulut terlapang..

Jilake.
Yong kata...
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

No comments: