Thursday, September 29, 2016

Drama all d way part 4

Once arrived, Jiha n I had lunch. I have Grilled fish, dip n shoot. Jiha had sambal chicken n fried mixed vege.

Bukti?  Kuasa nak snap gambo bagai. I was still in denial  kena tinggal sebab lewat 2 minit je pun.

We circle around d place. Dalam banyak2 hal saya terpandang a place where a friend and I pernah duduk berdua.

We r not close.
I mean, we know one another for years but still saya x fikir dia betul2 kenal saya as norizan adnan n on my part, saya pun xlah tahu banyak tentang diri beliau.
We r not that interested to discover about one another, mungkin itu istilah yang tepat.

Saya bosan. Saya tak ada hati nak terus duduk di situ.
Saya duduk ditepinya. Bercakap hal2 dunia. Ada ramai orang pun.
Macam2 cerita..
 Tiba2 tinggal kami berdua. Bersama barang2 untuk dijaga. Ini penganiayaan.
We cannot go anywhere.

So, we talked.  About things. About life.
Serious things.
Then hari hujan. Lagilah x boleh kemana.

We talked.
Until two Men happened to pass by. They knew each other, n they had a chat.

Later,  orang ramai datang semula.
Saya cakap sesuatu. Melawan diorang ni..
Saya kirim SMS (masa tu Whatsapps was not  invented) kepada kawan tu... Padahal jarak tak sampai 2 meter pun.


"tlg tengok henfon", gitu kot saya cakap..
"tak nak..", dia jawab. Muka scared. Dia ingat saya bermesej semata2 nak cakap I love you ke?
Mabukkkk, saya merungut dalam hati..

" tengokla..." saya tinggi sikit suara,  tapi depan orang muka menten manisssss.  Mokcik drama lebih...
Dia geleng lagi.
Drama lebih dia ni...

Jadi saya pergi ke sebelah dia dan bisik..
"organiser dah call banyak kali suruh return XXXXXX. Kita dah kasi tau tapi derang ni melawan pulak... Tolonglah cakapkan", tu je kot yg saya nak beritahu...
Depan org takkan saya nak cakap kuat2 kott.. Agak2la kan, dats y I wrote text.

Kalau dah saya cakap orang x nak dengar,  memang kerja dialah pulak bertegas.

So dia cakap. Derang melawan jugak. N dia paksa. Hahaha.. Things settled.
Tu je kot..

I guessed dat was d beginning of d texts when we could not speak things in front of others, sharing secrets, swapping stories n such. It is wonderful having someone we can share with our deepest secRet.

It is also a sad reminder that, all d good things finally came to d end.
Kang, kalau tulis panjang2 nanti korang tau siapa pulak orangnya..

But then...  Seeing dat place where we started build our trust(?), a pang of guilt took over me.
Dah 16 days we did not talk. ( saya bukak henfon n kira, data ni valid ye).

Normally, kalau one of us jatuh sakit, we will do everything in our power to help out. Tapi hari tu saya tertinggal henfon kot.. X dapatla tolong...

Tapi...
Ok.. Saya tidak sehelpful dulu.
Dia pun tak caring macam kami sama2 terperangkap dalam hujan tu.

We both changed.
Satu hari akan tiba masanya kami takkan bercakap sehingga ke hujung hayat kami berdua...

Cuma saya harap waktu itu,  biarlah saya menutup mata buat selamanya..
Selagi ada hayat, I want to be a good friend to everyone.
Jadi saya snapped gambo.

Saya sent.
"Kita dah sampai KL" saya tulis.

"Selamat..." came his reply.
Dia tau saya tipu. He knows d place like d back of his hand.

I know. Drama betul


Tapi dia tak tau, saya doakan dia setiap kali saya teringatkan dia, bila dia jatuh sakit.
Which is like...


All d time😢






Drama all d way part 3

Once I arrived,  I saw d tricky man.
The Tricky Man x kenal saya pun, harus saya berdrama juga.
Still, I asked d receptionists to inform the caller that I was there.

The caller asked to leave d documents

The tricky man approached.
Biasala... Haruslah dia tunjuk powerful sket. Mokcik senyum dan cakap sehabis politically correct kan.
Nak hidup aman sentosa kena PR lebih la kott.

Ni satu lagi skills. People in his position suka tunjuk dia busy n all.
My fault sebab awal2 refused to go to d caller's room sebab,  " Puan ni kata dia on d way to an event", gitu la ayat receptionist tu. Of course la..

Lesson no 1, nak hidup aman sentosa, harus jangan lebih bizi dari orang.
So d tricky man picked up his handphone, he spoke animatedly for quite sometimes.

Mokcik tunggu.
Tunggu..
N tunggu...

"I juz want to say thanks,  for d effort n time on your part to help us", mokcik memang ekhlas.

Then I dashed off.
Grammar terabur sikit x apa.
Janji mesej sampai...

Then I realised..
"Jiha... I lapar kot..". Jiha tu my student. Mokcik jadi supir. She got Bronze in Aprm.

Jiha x lapar. Dia sempat breakfast.  Saya x sempat.

Untunglah jadi student... Tak payah kena marah, takder kena kejar sana sini

N to top it all..
Xderla kena tinggal sebab lewat 2 minit je kottttt

Wednesday, September 28, 2016

Drama all d way

Bila saya nak cepat, masa ni lah d Kids had 101 questions. Despite told them many times I had to leave at 9.00a.m, only at 9.15a.m started walking towards.

Dengan hati yang berat, sebab tetiba d Kids rajin bertanya.
Keajaiban dunia okeh..

It is 20km away. Speedingla apa lagi kan...
I arrived at 9.32a.m.
Lewat dua minit. Tapi sorang pun.xder..

I asked d guard n she said a bus left earlier.  Eh..
Mokcik n Jeha Agak2 seteresss..
We checked d message...  Takut silap tarikh..

Ok.je...
Tapi mana semua orang
Lambat 2minit je kot...

#seteresss..


Drama all d way part 2

I tried to call... Errr who?
Dulu kitaorang ada whatsapps group, tapi when d project finish, d group was deleted.
Caisss..

I tried to call d coordinator
 X balas pulak..

Then d phone rang.
Duh


Bala.
He asked for something tricky. A meet up with someone very Errr... Tricky to handle.
Saya takut saya hilang sabar.
Saya takut saya patah hati.

A real bala, ai tell yu..

A split second saya teringat, if Fauzi Ishak were in my shoes, he will Puť on his charm n brave d challenge.

Jadi saya kirim message pada co-ordinator saya akan pergi sendiri sebab nak stopped n meet up someone on my way.

Habis tu...
Takkan saya nak cakap, saya datang lambat dua minit, pas tu saya kena tinggal...

Heh?

On second thought,  I m not sure about Fauzi Ishak too. Haha

Tuesday, September 27, 2016

Less than perfect part 4

I told d boss on Friday about a request from someone.

" tak boleh jawablah... Kita tunggu orang baru bagi keputusan", dia kata.

" bila orang baru datang?", saya tanya, muka noob.

" Isnin", dia jawab.

Hari Isnin saya buat follow-up. I hate to b pushy. Tapi we r running out of time.

He said something... Cloudy mind.  Hahhahahha
I maintained my poker face.

I m sure he heard that d current PIC n I was not in a good term.
I m sure he heard a lot of things judging from betapa gigihnya geng lindungan Kaabah berkokok ke sana sini.

He looked straight into my eyes while talking. Menanti saya menambah something Juicy or voice out my grudges about d PIC giteww.

Sadly, I dont have any.
Hahaha...
Kalau PIC tu nak duduk bertunggu tangga sampai kehujung nyawa pun, tidaklah menjadi permasalahan kepada saya.
Mohtip sangat saya nak Buang masa jadi nasi tambah.. Hehe


Less than perfect part 3

Since I know her predicament,  saya tak tanya banyak.
Since I m also in d same Hot water, mokcik sangat memahami.

Sebagai jambatan katanya, mokcik pun hubungi pehak lagi satu.
"Kejap...saya cakap dengan boss", dia kata..

Bossnya talipon mokcik.
Mokcik hampir jatuh kerusi.

D boss understands my predicament too.
Mutual understanding katanya..
I like him tremendously.
Terserlah keikhlasannya.

ThIs is not d first time he called me.
Satu hari saya jatuh sakit. Masa tu saya tersedar,  saya terlepas pandang satu perkara.
Saya talipon pehak lagi satu mintak tolong.

" Saya outstation,  Xper saya akan minta boss saya tolong ", dia kata.

Gilerr.. Ok.
 Saya menangisla jugak sensorang kan.. Masakkkk..
Takkan boss dia nak tolong kot.

Then d boss called.
OhEmGie!
He did call! He helped me out.

Nope. We never met. Mokcik marhaein, x mungkin dia kenal.

Nanti satu hari, bila saya kaya dan berkuasa, saya nak jadi boss like Her n Him.
They dont judge.
They Just help.😍

Orang kata PRU nxt year.
Undilah mokcik!
😂


Less than perfect part 2

I think it is ok if you say No to something.  Especially when u have a valid reason to do so. Just say NO.  No big deal.
Juz delegates, it will save a lot of headache.

Tapi bila kata boleh then... Incomplete..
 Eh... Ok..
So I think it is not good.

" Xper biarlah saya tolong", katanya selalu.
Which is good.
Cuma bahagian dia, dia tak siapkan, nak menolong celah mana?😨


Really not good.

Maybe, I have come to d point of no return.
So I dumped everything.

Saya harap dia survived.
I hope dia learn a lesson, or two.

Kali ini I put my candy-coated smile.
😂





Less than perfect part 1

I was quite annoyed with few things lately. For a start, the need to re-do a paperwork when d first paperwork was copied from d same source. Y d source chose to give d incorrect ones in d first place is none of my business. To re-do at this point of time in my humble opinion is not an option.

I said NO because my schedule is very tight.
Could u suggest other date?, came a question.
Again, I said NO because my schedule is tight n asked that particular person to discuss directly with the PIC.

Saya tak ada keperluan nak beritahu the things yang saya bizikan itu.
Tak perlu.

I pitied anyone who think they can get away with their lackaidasical attitude...
Anyone who think everyone is at their beck n call.

Too bad they never meet someone like norizan adnan, yang mengejar Criminals in her free time.
I IS bizi.

Sorry. Cuba lagi

Saturday, September 24, 2016

Canny Ong

Korang ingat lagi kes ni, 13 tahun yang lalu. Kat Bsc kalau tak silap. Dulu2 saya harap juga kalau dia ni mentally unstable, jadi taklah malu sangat nak tengok org berkopiah keluar masuk court kes rogol, abducted n bunuh.
Tapi sampai sudah takde pulak cerita gitu...
Haishhhh

Pembunuhnya dihukum mati semalam. Saya nak link berita tapi data dah nak habis. Slow sangatt...

Cuma ai kenot brain y some people masih agungkan pembunuh, yang katanya rajin ke masjid.
Dah sah2 semen dia dikesan pada vagina simati kot.

Agak2la kalau nak kata beliau teraniaya pun...
I m so sorry to d murderer's family. It was not ur fault anyway. It is his own doing,  mokcik harap anak2 beliau tak dianiaya pulak.

As for d murderer, mungkin di hujung hayatnya Allah beri Hidayah ke macam mana  ke tapi tu antara dia dengan Allah.
Dosa ngan d late Canny Ong n family?

Shame on him kerana rosakkan imej kaki masjid.

Azam

There r still few items in d cabinet which I have to finish off ASAP.  There will b 2 major events yang mokcik kena tolong ThIs October, so chances r I wont hv much time to bake. Hari jugak kena start memasak, or else memang takkan ada masa dah.

Major tu ikut mokcik punya kayu ukur la ye. Mokcik memang suka gembargemburkan citer... For others celah gigi je kot..

Back to storymorningglory.. So today I must bake fruitcake for mommy n habiskan pineaple paste dalam icebox itu.

Tapi now is 3.30p.m belum start lagi.
Dari pagi saya cuci semula dan kemaskan barang2 camping hari tu. I didn't realise it will take much of my time.

Camping?
Thats another story though

Friday, September 23, 2016

Hahhahhahahahahhahahahha

Saya tak ramai kawan. Saya suka kawan yang kelakar sahaja. Yang sentimental, kaki sentap,  saya tak berapa nak hadam.

Kecuali TheOtherFriend.
But he can be funny at times, jadi saya masih bertabah.

I dont tell much to my friends,  semua benda saya mengadu dengan mak saya,  jadi, mak saya lah kawan baik saya sebenarnya. Atau saya mengadu pada my brothers. Sapa2 yang nak buat pasal tu mesti fikir banyak kali hahhahahha..

Months ago ada parent telefon nak pinjam duit. Dia dapat nombor telefon saya dari whatsapp group anaknya. Saya kenal dia. Dia kenal saya. Anak2nya pun ok.

Yang ni saya tak beritahu mak atau my brothers. Karang kalau jadi apa2, ada pulak rumah kena bakar nanti..

TheOtherFriend kata kalau nak beri jangan harap akan dapat semula duit tu.
Tapi dia janji nak bayar... Saya beritahu...
Jangan harap sangat,  TheOtherFriend ingatkan.

He was right. Pada hari yang dijanjikan dia tak bayar pun. Beberapa hari selepas itu saya kirimkan pesanan ringkas,
" I hate to remind u today is September 9th".
Saya benci betul orang menipu. Rasa nak bagi penampar laju je.

Saya fikir dia faham. Afterall dia dah pesan banyak kali jangan sampai anaknya tahu. Nanti anaknya malu.
Bila sebut pasal d Kids memang saya agak sensitif sikit. I want them to know saya sentiasa adil dan tak pandang siapa pun parents mereka.

Saya tak fikir saya akan dapat balik duit tu. Tapi saya yakin,  Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.
Duit boleh dicari...

Cuma saya still beritahu TheOtherFriend.
Kena la update ye tak


memang pilihan hati pun, dia kata.
Kenapa pilihan hati? Macam ayat novel je, saya tanya..
Bukan ayat novel, tapi lagu Indonesia, he replied.
tak pernah dengar. Cuba send lagu tu,  saya jawab. Biasalah...

He sent.. It was a funny...

"Tapi itu lagu orang tak nak kahwin...", saya tanya..
Hahahhahhahahahhahahhshshshhs..

Takder koneksyen langsung..
Hahhahahahhahahhahahahhahaha

Tadi saya nak tunjukkan lagu tu pada kawan. Eh... Baru perasan henfon saya dah reformat n I lost some datas.
Rugi!!



Thursday, September 22, 2016

Congratssssss Kak Sal

Semalam saya letak selonggok kain Cotton di atas meja Kak Sal.
We ordered from an online Shop, for d second time. Batched pertama, kitaorang lupa yang mana satu kain kitaorang pun, dan si Zailin Tiba2 cakap dia nakkkk satu, Fid ambik lagi satu, jadi kami terpaksa order lagi sekali.
Terpaksa okeh.


Konsisten.
Kali ini pun kami tak ingat yang mana satu kitaorang punya. That was d reason why I placed on her table so that she can choose first. Cuma kali ini Kak Siti datang mencelah dan ambil dua pasang.
Hikssss..

Saya tunggu, rupanya Kak Sal tak hadir sebab ada konvokesyen.

"Kenapa akak tak kasi tau kita akak pergi konvo semalam?, kot x boleh kita pergi tengok..", saya cakap hari ni..

"Eh.. Tak payah...", Kak Sal cakap. Dia dah pulangkan jubah konvo dia pun.
Melopong saya dibuatnya...

Honestly,  saya sangat bangga dengan Kak Sal. Bukan senang dia nak sambung belajar dengan komitmen sekarang. Dia study pun relaks je. Kakak saya,  Anjang bila sambung belajar habis kitaorang semua kena kerahan tenaga buat assignment dia.

Anak saudara saya tu ( engkaulah... Siapa lagi..) tak cukup ayahnya kena tolong siapkan project elektrik dia, mak andak kena prepare untuk presentation,  makngah dia pun tak pasal2 kena tolong projek jahitan.

Tapi saya tak pernah tengok Kak Sal suruh sapa2 pun tolong dia. Memang tabah Kak sal ni.

Congrats Kak!

Nasihat

Hari itu , seminggu lalu ada orang kirim mesej panjang, beri nasihat. 
Hujung2 dia kata ikut sunnah.
Lindungan kaabah sungguh. Dah cakap macam2 tanpa tahu duduk perkara, suruh orang ikut sunnah.
Islam memang ajar suruh buat macam tu mungkin?

Saya ucapkan terima kasih dan minta dia menulis surat rasmi kerana saya memandang serius dakwaan beliau.
Dia balas lagi. Dia kata dia faham sangat selok belok dunia perguruan sebab dia juga guru. Jadi dia tulis lagi. Kali ini ada ugutan.

Saya copypasted  mesej saya terdahulu.
Saya ucapkan terima kasih dan minta dia menulis surat rasmi kerana saya memandang serius dakwaan beliau.

Jadi dia menelefon sana sini. Mengadu lagi. 
Dia kata saya SOMBONG. hehehhehe

Konpius makcik.
Suruh tulis surat rasmi, suruh panjangkan aduan supaya dapat keadilan yang sewajarnya pun dikira sombongkah?
Sampai hari ini, saya masih berharap ada surat rasmi. Dah cakap macam2 tu, 


It is not d first time  saya jumpa ibubapa yang very unreasonable.  Bertahun dulu, saya hantar sekumpulan pelajar yang berjalan kaki ke rumah pada waktu Maghrib. Rumah mereka 7,8 km jauhnya dan melalui kebun kelapa sawit yang sunyi. Budak-budak itu telah berjalan selama 10-15 minit sebelum mereka melintas di depan rumah saya.

Esoknya one of them kata, ayahnya marah kerana saya tidak berhenti sewaktu berselisih dengan ayahnya. Ayahnya berkerja sebagai Pemandu. Yang dia datang lambat tu kenapa? (saya tanya dalam hati saja tau...)
Jadi saya sengih-sengih saja dan cakap saya tak kenal ayahnya. Budak2 itu ucapkan terima kasih. Itupun dah cukup. Bila dia habis sekolah, dia cari saya dan add dalam fesbuk. 
Secara tak langsung saya nak cakap, walaupun ibubapa cenggitu, saya n d kids bagai air dicincang takkan putus kekdahnya. 

Tapi ayahnya tak menghubungi saya secara langsung. Jadi saya bertabah. Yang ini sangat menjengkelkan. 

Saya fikir yang rugi dalam hal ini ialah anak beliau. 
Tentu saja saya tidak mahu pisang berbuah kali.
While for others I will go at great length to ensure d kids will excel, untuk anak beliau saya akan pastikan beliau mendapat peluang yang WAJIB saja. Seperti yang tertulis dalam peraturan. 

Yang lain-lain, saya fikir saya tidak redha dan tidak ikhlas bersedekah tenaga, masa dan wang ringgit. 
Saya tidak merajuk atau patah semangat. Cita-cita nak jadi Guru Terbaik Asia Tenggara tu tetap membara (?)
Cuma saya tidak sudi membuang masa dengan orang yang fikir semua benda di dunia ini turun dari langit. 

Saya percaya semua perbuatan di dunia ini akan dikira semula di sana. Daripada saya membazir masa dan tenaga tapi amalan dirosakkan dengan hati yang tidak ikhlas dan redha, baiklah saya enjoicee. 

Kepada sesiapa yang terbaca entry ini, instead of sebok nak bagi nasihat segala, lebih baik tanya 
How may I help?
sebab pada zaman dunia tanpa sempadan ni, nasihat tu sangattttla redundant, zaman sekarang kalau nak tau sesuatu orang google je. Nesihatkan diri sendiri lagi bagus kot..


Sekian.
 

Wednesday, September 21, 2016

Ticer janji jangan marah...

Saya tak tau bila bermulanya..
Cuma saya perasan sejak minggu ini, setiap kali d Kids nak tanya, mesti mula dengan ayat di atas..

"Janji?" mereka akan tanya lagi bila saya ternganga lama sikit.
Mokcik terkejut chuols..  Drama budak2 ni..

"Awak dah kenapa? mestilah BOLEH!" either memang soklan derang tak memanaskan hati atau mokcik yang tetiba dah melting, x tau la...

Semalam, a boy cakap jangan marah, suruh janji jangan marah. Kalau setakat nak tanya markah trial.exam, nak marah apanya...

Then, a girl said d same thing...
Yang ni drama lebih... Saya pun cuak juga..

" Resit tu saya dah basuh dalam washing machine", dia cakap muka bersalah.

Hahhahahha...
"tu perangai Teacher la suka masukkan dokumen penting dalam mesin basuh",  saya cakap sambil ketawa. " Yang diikut perangai buruk Teacher tu kenapa?", saya tanya.
"Minta maaf... Saya tak.sengaja",  dia cakap lagi.


Tak... Saya tak marah.
Ada banyak cara nak dapatkan salinan resit.
Tapi


Bab berdrama tu memang ai kenot brain okeh...m

Post-raya

I left d House for camping on 2nd Raya.
Told mommy, I will Puť back d plates n glasses in d cabinet.

Bab masak memasak mokcik memang kurang berketrampilan. Bab simpan barang2 yg dah digunakan, ok la..

Tapi baru hari ni sempat buat.
Hari2 balik lewat...



Scary..

Tuesday, September 20, 2016

Musim payback katanya..

When PT3 was introduced 2 years ago, saya selalu keluar. To be honest saya sedih.
Selalu sangat.

Saya penat. Saya broke (?)
Tapi kalau berehat sekejap, penat akan hilang. Kalau saya berjimat, mungkin juga saya akan mampu membeli beg Birkin yang saya impikan siang dan malam itu.

To top it all, I felt so guilty.
Dont get me wrong. 
PT3 is really good. At least d kids improved leap and bound, but as a.Ketua Derjah,  going out too much, troubled me. Physically and emotionally.
Mokcik memang berjiwa jell-o sikit

At one point saya menangis sepanjang perjalanan.
Mohtip betul sikit2 nak menangis.
Budak2 ni menangis juga hahahahha sebab bila saya tak ada saya tinggalkan homework. Bila tak buat saya marah2.
Not fair. Saya fikir sagat tidak adil.

Jadi tahun ini saya tak perlu fikir tentang PT3 lagi. No elaboration.
Jadual saya agak lapang.

Jadi saya tanya kawan kalau dia sudi bagi saya peluang buat program Teknik Menjawab.
Dia kata boleh..




Hmm...
Tapi... saya buat taklah sebaik mana..
Cuma saya ingatkan mereka... janji saya pada mereka dulu..
Setiap kali saya nak keluar.

"Satu hari teacher akan ganti semula tau..."
Satu hampir pasti, mereka berdoa supaya teacher derang lupa..

hahhahahahah..
too bad kids..
too bad..


Oh yes..
I was given RM35 for the slot.
Yippeee!!!

Monday, September 19, 2016

Beli Jiwa

Dulu saya selalu cakap, belajarlah rajin2 untuk masa depan diri mereka sendiri.
Nampaknya mereka tak peduli pun...

Jadi, saya tukar strategi.
Belajar rajin2 sebab saya nak jadi guru terbaik Asia Tenggara tahun depan. Jangan berani hancurkan impian saya, katanya.

Some of them, their favourite pastime is playing truant. Saya faham kalau ada kecemasan, jatuh sakit atau kematian tapi alasannya mengantuk, tak boleh bangun pagi, ada kenduri arwah, ikut mak pergi pekan..
Eh...

"Buangkan saja kertas jawapan mereka tu. They dont even care", saya cakap.
If they care, they would come.
Mokcik is sentap. Tergamak derang ponteng selepas cuti panjang....

Honestly compared to last year,  they improved ten-fold.  gigih budak2 ni. They exceeded my expectation,  jadi I praised them for dat n kasi satu lagi target yang baru.

Saya sangat konfiden dengan batch ni, satu-satunya halangan ialah their lack of self-confidence.
Mokcik mmg over konfiden sket...

"Waaaa🚚 Gardenia datanglah.." saja mokcik bagi iklan sikit. "Awak suka tak kalau saya belanja roti?", saya tanya...

"Sukakan", mereka jawab. Sangat jujur.
" Biar saya pergi belikan", someone volunteered.

" Nope. Mulai hari ini, hanya top Scorer saja boleh keluar kelas. Yang dapat markah kurang baik, duduk diam2 dan focus".

Nampak tak permainannya?


Back pain, headache

Konpius betul. Someone said silly things.
Jangan merepek! Saya beritahu dengan tegas. Things wud b ok in kalau dia x berdrama bagai dan sorokkan fakta. Whats wrong telling with telling people the truth?

No elaboration.
If u did not care to help in d first place,  then please shut ur mouth up. I hv  zero tolerance dengan Lindungan Kaabah. So to speak.

Besides, d back pain is killing me. So, d Lindungan Kaabah lot wud say, " tu la kifarah". Hahhahahha... Nay... Abaikan...

Today,  I have difficulty moving from one place to another.  Dam#. Sangat tak sesuai dengan kerjaya. Fortunately, someone called a midwife for massage session.  Lin happened to read d announcement n told me. Melompat saya menadahkan badan.

Sakit kot... Tapi I felt much better.
Cuma yang sentap tu, makcik tu tanya..

" ehhh... Hang dah gemukkk ye".
Jujur makcik ni. I IS sentap...

Monday, September 12, 2016

Panggilan Baitullah@tv3

From d beginning,  dah boleh agak kot kesudahan cerita ni sebab sangat mirip dengan sirah nabi cuma twist sikit sana sini la kan..

Tapi still saya tengok juga. Kat hujung saya yang takut sendiri,  sebab humble brag ni memangla merugikan hidup dunia akhirat.

D story revolves around Tn Haji yang kaya, kacak, generous n very sofť spoken. Dia nak g haji kali ke-12. Bila g haji dia ambik pakej paling mahal, sesuailah dengan level jutawan dia, dia kata. Then dia korban 12 ekor,  to mark his soon to be twelfth Haj. Sempat juga tu dia suruh take lembu tu buat korban macam dia.
Humble brag namanya tu.

Si wifey pulak tak rasa dia ada dosa sebab dia sembahyang cukup 5 waktu, tak ngata org, layan suami dgn baik, x melawan cakap suami dan selalu berzikir.
Tu namanya Lindungan Kaabah. Maksum tak ada dosa, dia rasa.

Dan dia started doubt his good denda bila dapat mimpi pelik, tapi only.Haji a man called Muhammad Had yang diterima Allah.
Sound familiar?

Tapi kudos to eizlan n fahrin. Convincing!

Saya pun tengokla, sambil buatkan fruitcake, sebab Jumaat lepas dia nak beli  tapi saya tak kasi sbb it was too sweet for her. Sebab nak raya, saya pun buatla tat nanas sekali.




Yalah...  Rupa memang kurang, rasa pun ke laut dalam.. Bertabahlah


Mokcik memang kenot sleep lately.
Nite all.

Sunday, September 11, 2016

Wuquf Emas

Orang kata,  apa saja habit yang kita sorok selama ini, akan terdedah satu persatu sewaktu wuquf.

Syukurlah saya tak dijemput tahun ni,  or else saya akan sentiasa nak Update tentang paralimpik Rio.

Macam rakyat Malaysia yang lain, mokcik pun menetessskan ayo mata bila tengok Rizuan and Ziyad menang emas Paralimpik.. Bila dengar lagu Negaraku,  jangan nak sorok ye, korang pun bergenang Ayer Mata juga..

He even broke d Games record. Mohtip sangat mokcik menitis air mata juga.
Malaysian r so proud of u guys.

Dengar lagu Gemuruh pun mokcik sebak chuolss...
Terlupa kejap nak perbanyakkan amalan hari ni...

Selamat berwukuf untuk jemaah di Padang Arafah.
Selamat berjuang paralympian di Rio.
selamat Hari Raya Korban kepada semua.

Macam2 yang kita korbankan..
Berkorban tinggalkan habit kurang manis juga satu pengorbanan yang sukar.
Semoga istiqamah

Saturday, September 10, 2016

Bong to the Ngok

Saya dah tulis panjang lebar berapi2.  Glad I did not post d entry.  Saya marahhh giler,  tu yang tajuk entri tak berapa nak suci tu.

"Aku tak nak dengar cakap orang sebab tu aku tanya", dia cakap.

" Kau _ODOH ", saya ulang banyak kali. Takder kaver dah...

Saya tak redha betul terbabit dalam skandal gred E macam ni. "Kot ye pun, Puť two n two together la.. Adakah my life changed?"  saya tanya balik.

Lainlah kalau tiba2 saya bersalin kulit, pakai niqab bagai, upload status penuh keinsafan padahal selama ni sayalah yang paling gedik tahap dewa,  n kongsi parking dengan yang tercinta, atau..
  Ok... Dont let me start.

"So bukan engkau?" dia tanya lagi.
"Noooooo! What makes u think it was me?" saya tanya ketap bibir.
" Sebab katanya yang terlibat dah dipanggil oleh upper echelon n ada saksi nampak ko kat bilik upper echelon". Dia cakap...

Jap... Sejak azali saya tak suka formality. Whenever I hv d need to submit anything, i waited when they leave d room, I puť on d table n.d next time we bumped into one another saya akan inform, "kita left d documents tadi, sebab u r not around. Thanx tau", giteww...

If they happened to b in d room, saya cakap sambil pegang pintu. People thot I m in hurry, d truth is I m shuckkss at small talk. So cakap yg penting je, tak sampai seminit habis.

Jadi celah mana saksi kejadian boleh petik nama saya tu?
D longest I stayed was when I entertained guests. There were 4 of us masa tu.

"Ko marah sangat ni..." dia tanya...
" ye la... Mohtip sgt, csi la betul2. Kita pun nak tau jugak", saya cakap sambil ketawa.
" Besides, kita muka pecah pintu kot, Xder maknanya... " saya sambung.

Skill manja2,  ni saya tak berapa khatam.
So,  I did what I.do best. Csi. All d evidence menjurus kepada d ones yang saya tulis dalam my previous entries.

Saya dah janji dengan diri sendiri takkan sebut lagi. Saya nampak keikhlasan Encik X nak mengambil hati hahhahahhaha, dan saya rasa dia pun tahu saya gigih beli jiwa semenjak dua menjak ni.
BFF (S)till Jannah katanya..👫

Cuma ye la...
As I puť up there all d evidences never lie. Hahhaha.. No trace of tampered evidence lagi heh...
Sorry bang. Kali ni bukan kita yang cakap.

Lepas CSI, I found out ada byk sgt Spin citer. Jadi,  saya dah inform d team (?), OKT deleted sebab sumber asal x pasti, ke macam mana kekdahnya..
I m glad.
Bolehlah berhashtag BFF till Jannah giteww. 👫

Tak perlulah saya panggil orang BDOh. Huduh budi bahasa...

Tapi either OKT tahu what I was up to behind his back atau mmg dia ikhlas nak relive our #rahsiakitaberdua. He did call two days later.

Ekceli...THERE IS A scandal.
It was an open secRet among his circle for quite sometimes.
Cuma he bumped into something more errrr... Juicy!.
Recently.
Rahsia berdua👫, dia ingatkan...😯

To b frank, saya tak nampak celah mana yang skandalnya. Dari segi hukum agama, both r eligible to get married, but I do not think they want too...
Dari segi luaran, they r a jolly good Couple,  if they r really an item. They might not, if u know what I mean.
 To top it all, they are at d age mature enough to decide what is best for them. Saya mmg anti dengan lelaki gedik dan pompuan gedik, but both if them r far from gedik... Baik je dgn semua orang, mesra dan berbudi bahasa.

Saya benci lelaki muka tak siap, yuran pibg anak pun tak mampu bayar, bayar loan rumah pun guna duit isteri,  tapi ada hati nak kahwin lagi,  tetapi lelaki ini agak well off. Hahhahaha 😷

Ok. Mokcik agak biased di situ.

But still,  I think it will pass.
Some people fall in love easily. Sepantas kilat juga they fall out of love. 💜😚
Some people tak cinta pun, tup tup ada anak 2, ni Mr Z,  yang saya jumpa dalam long haul flight from CDG 2 years ago.😂
Ada orang kata kawannnnn je, tapi awekk tag gambar kat fesbuk, baikkkkk punya. 😉
Ada orang kata tak kawannnnn pun, tapi kantoi berwhatsapp dengan isteri orang.😜

So kat dunia ni ada macam2..
Nak sorok,  konar baring pun x guna.

Tapi benda tak ada, janganlah ko main petik2 je nama mokcik...

bong to d Ngok la kau ni....😠😡😤











Tuesday, September 06, 2016

Laaa.. baru je teringatkan awak semalam...

"Rindula teww", saya jawab spontan. Cettt dat was d comment I reserved with d kids. My bad. I shouldn't say that. 

"Kita tidak sihat sangat.." ni ayat biasa bila saya bengkok.
Haa... jangan nak mengejek pulak", saya kasi amaran awal. Mood saya agak swing di situ.

"Tu lah... semalam teringatkan awak.. Dah lama awak tak sakit rasanya..." dia cakap muka serius.

Bongokkkksss, saya cakap dalam hati.
Tapi komen manja  tu saya reserved untuk my closest friends saja.

heh..

Saturday, September 03, 2016

Create 3R

D truth is, d Kids r eager to join any activities. Tak perlu nak beli jiwa sangat pun, janji ada sijil melompat dia datang.

As for me, as long as transport for d Kids is provided, ok je la..

Thanks to Kak Zimah and Jabatan Belia n Sukan Muallim people. We had a great time!

D night before they had Malam Cinta Rasul and second night Battle of the Band. Ko pilih je mana yang dekat kat hati. Mokcik malam2 memang curfew.

Early on Saturday morning, ada Aerobicthon. 2 hours okeh n d first prize is RM400. Next year Fid n I nak masuk!

Then, Perasmian oleh Datuk Rusnah. She announced about d Ladies Lane. Sounds good n promising.  Ada lagi dia cakap, tapi yang tu je yang saya ingat.

Then ada pertandingan mewarna. hadiah beskal. We had 3R. Hadiah kurang coz I think most of d allocation went for transportation. I think it is much better considering many Kids can take part.
Then pertandingan berbalas pantun.

Nothing wrong with the organiser or participants.  It is just d child in me who sees pantun as a quirky, wit way to express illicit things. Nowadays d participants tried so Hard, menyanyi2 off pitch to introduce themselves.  Duh! Serious turn off!
D intonation a major turn off too. Do you think our forefathers berpantun macam tu in their days?
Juz b real. Be natural. Top of all be witty. Kalau nak menyanyi2 tu Syair namanya.
Nak serius sangat, tu Teromba.
Nak meleweh2 memanjangkan cerita tu Gurindam.
Sekian. Mokcik is kuciwa.

Towards d end of our program, d bus arrived.  Ye lah.. Janji pukul 5.30. Juz a reminder for myself, always keep d driver's number. So saya hantar Cyrus, to negotiate.

D presentation was brilliant. I really admired d panel conducted d slot. Mind u they r students tu.

Yang bezanya mereka pernah menang Anugerah Inovasi kat International level. Saya baca dalam paper je... Memang best!

For prize giving, I was asked to b d mc. Kecik tapak tangan,  nyiru mokcik tadahkan. Despite bakat memang kelaut dalam, mokcik tetap tabah.

Then everyone went home. Selepas kemas..
I really had a good time.

Well.. Kalau ada satu yang mokcik x puashati, hanyalah...

Sampah x disisihkan ikut 3R bin.
Maybe someday...