Thursday, September 22, 2016

Nasihat

Hari itu , seminggu lalu ada orang kirim mesej panjang, beri nasihat. 
Hujung2 dia kata ikut sunnah.
Lindungan kaabah sungguh. Dah cakap macam2 tanpa tahu duduk perkara, suruh orang ikut sunnah.
Islam memang ajar suruh buat macam tu mungkin?

Saya ucapkan terima kasih dan minta dia menulis surat rasmi kerana saya memandang serius dakwaan beliau.
Dia balas lagi. Dia kata dia faham sangat selok belok dunia perguruan sebab dia juga guru. Jadi dia tulis lagi. Kali ini ada ugutan.

Saya copypasted  mesej saya terdahulu.
Saya ucapkan terima kasih dan minta dia menulis surat rasmi kerana saya memandang serius dakwaan beliau.

Jadi dia menelefon sana sini. Mengadu lagi. 
Dia kata saya SOMBONG. hehehhehe

Konpius makcik.
Suruh tulis surat rasmi, suruh panjangkan aduan supaya dapat keadilan yang sewajarnya pun dikira sombongkah?
Sampai hari ini, saya masih berharap ada surat rasmi. Dah cakap macam2 tu, 


It is not d first time  saya jumpa ibubapa yang very unreasonable.  Bertahun dulu, saya hantar sekumpulan pelajar yang berjalan kaki ke rumah pada waktu Maghrib. Rumah mereka 7,8 km jauhnya dan melalui kebun kelapa sawit yang sunyi. Budak-budak itu telah berjalan selama 10-15 minit sebelum mereka melintas di depan rumah saya.

Esoknya one of them kata, ayahnya marah kerana saya tidak berhenti sewaktu berselisih dengan ayahnya. Ayahnya berkerja sebagai Pemandu. Yang dia datang lambat tu kenapa? (saya tanya dalam hati saja tau...)
Jadi saya sengih-sengih saja dan cakap saya tak kenal ayahnya. Budak2 itu ucapkan terima kasih. Itupun dah cukup. Bila dia habis sekolah, dia cari saya dan add dalam fesbuk. 
Secara tak langsung saya nak cakap, walaupun ibubapa cenggitu, saya n d kids bagai air dicincang takkan putus kekdahnya. 

Tapi ayahnya tak menghubungi saya secara langsung. Jadi saya bertabah. Yang ini sangat menjengkelkan. 

Saya fikir yang rugi dalam hal ini ialah anak beliau. 
Tentu saja saya tidak mahu pisang berbuah kali.
While for others I will go at great length to ensure d kids will excel, untuk anak beliau saya akan pastikan beliau mendapat peluang yang WAJIB saja. Seperti yang tertulis dalam peraturan. 

Yang lain-lain, saya fikir saya tidak redha dan tidak ikhlas bersedekah tenaga, masa dan wang ringgit. 
Saya tidak merajuk atau patah semangat. Cita-cita nak jadi Guru Terbaik Asia Tenggara tu tetap membara (?)
Cuma saya tidak sudi membuang masa dengan orang yang fikir semua benda di dunia ini turun dari langit. 

Saya percaya semua perbuatan di dunia ini akan dikira semula di sana. Daripada saya membazir masa dan tenaga tapi amalan dirosakkan dengan hati yang tidak ikhlas dan redha, baiklah saya enjoicee. 

Kepada sesiapa yang terbaca entry ini, instead of sebok nak bagi nasihat segala, lebih baik tanya 
How may I help?
sebab pada zaman dunia tanpa sempadan ni, nasihat tu sangattttla redundant, zaman sekarang kalau nak tau sesuatu orang google je. Nesihatkan diri sendiri lagi bagus kot..


Sekian.
 

No comments: