Tuesday, October 11, 2016

Untunglah ada driver..

Saya kenal Pakngah sewaktu saya undergrad lagi through chatroom.

Pakngah baik orangnya.
Norizan Adnan pun baik juga.
Jadi persahabatan kami baik2 sahaja dan dah nak mencecah 20 tahun pun.
Hampir 20 tahun. Tapi belum cukup lagi.

Tapi bukan itu yang saya nak cerita.
Hari ini Pakngah tulis kat efbi impiannya tercapai...

Gigih saya menelek.. Dapat datukship kah?
Kan....

Rupanya pakngah dapat personal driver..

Sejak tahun 2014, itulah impian saya juga.
Tak sangka kami berkongsi impian katanya...
Kan...

Oleh kerana impian saya masih lagi terapung di langit ke tujuh, maka dengan muka tembok, haruslah saya menumpang kereta Pakngah.
Kan...

Saya teringin nak duduk di kerusi belakang sambil errrr.... Makan keropok udang.

Cuma masalahnya,  ada ke orang makan keropok udang dalam kereta  mewah?

On a different note, tahniah pakngah. Selamat menikmati kenikmatan duduk di kerusi belakang.
Kepada yang terbaca entri ini, doakan mokcik dapat kerjaya yang ada personal driver juga atau...

Sesiapa yang ada nombor talipon Abe Jojo, boleh pm tepi..
Kan....
😂😂😂

No comments: