Monday, November 07, 2016

Menanti..

Hari ini, hari pertama SPM.
Sebak.
Pelajar yang sudah berbulan missing in action datang menjelma.

Hati saya bagai dihiris.
Yang datang hari2-hari belum tentu 'lepas', ditambah pula yang baru menjenguk muka.

Tapi mereka berdua saya kenal sejak 5 tahun lalu.
Seorang trauma sebab involved in a fatal accident. Dia selamat,  unscatched.
Seorang lagi Maknya hantar ke sekolah tahfiz.

Erm... Mokcik takder komen.
Except bisik kat mereka suruh datang ke rumah after paper petang ni.
Mokcik nak kasi crash course.

Mereka kata ok.
Jumpa petang Nanti!, mokcik cakap dengan ceria.

Ermmm...
Dari pukul 5 petang mokcik tunggu.
Ni dan 6.29p.m
Bayang pun tak nampak.

Mungkin!
Mungkin hujan lebat di kawasan rumah mereka.

Mungkin ribut.
Mungkin banjir.
Mungkin..

Hasil carian imej untuk quote on thinking positive




No comments: