Monday, November 28, 2016

Tahan sungguh awak dengan pompuan macam ni...

Tadi seseorang menegur saya dengan ceria. Terus kami berpelukan.
" Akak ok?, " saya tanya..
"Ok..." dia kata..

Kami jarang berjumpa. Bila dia mengambil keputusan nak memencilkan diri few years back,  lagilah saya jarang nampak mukanya. Maybe fasa sedih dalam hidupnya sudah berlalu kot... Entahlah..

Kakak ni baik betul. Sabar sangat.
Kalau perempuan lain di tempat beliau, jangan kata suaminya yang hanjjjj ( bahasa budak sekarang), hakim mahkamah syariah pun hendak disaman... Hhahahahahahahahaha

"Do u know we kenot sue Syariie Court Judge?", asked someone few years back. Gila.. Mana saya tau..

Jadi dat particular someone cerita la pasal kawan wanitanya yang berazam nak saman Hakim tu hahhahahha..

Ceritanya begini.
Wanita itu yang kita namakan Lisa la ye,  failkan penceraian. Then, ada hearing. Untuk rekod saya x tau prosedur,  mungkin term yang saya gunakan salah, tapi fakta cerita ni tepat,  sumber pun sahih juga hhahahha..

Lisa emosional,  dia cakap suaminya x bertanggungjawab,  macam2lah keburukannya.. Tak berhenti2 Lisa cakap, tapi suaminya berkeras tak mau ceraikan sebab masih sayang katanya...

Hakim geleng kepala.
"Awak ni sabar ye. Tahan awak tinggal dengan perempuan macam ini?", hakim tanya pada suami. Si suami pun played Victim la... Lisa lagi naik hangin dan buka lagi banyak aib suami sambil tegaskan dia tak dapat sabar lagi, dia nekad nak bercerai.

"Awak ni dahla GEMUK,  anak pun ramai,  ada ke orang nak lagi dengan awak. Dengan mulut awak yang macam tu, siapa yang tahan?", hakim tu bashed Lisa.
Mungkin ayat tu lari sikit, tapi GEMUK tu memang ada..

"Gemuk sangatkah Lisa tu?", saya tanya si pembawa cerita. Bab gumuk mokcik pun bagai dicubit paha kanan, paha kiri terasa jua kekdahnya...

"Tak lah gemuk. Dengarlah sampai habis dulu", kata beliau dan sambung cerita.

Wehhh, upon hearing that, Lisa terus cakap dengan anak2 pun suaminya dah lama x bagi nafkah dan tak balik jumpa anak.

"Ini kes cerai,  bab nafkah anak jangan masuk sekali ye. Kita buat ikut prosedur, jangan babitkan hal lain.", marah hakim. Sambil ulang lagi   tanya macamana suami tu boleh tahan dengan Lisa yang mulut jahat dan suka membebel, main petik je...

"Tuan hakim!.."  Lisa tak puas hati dan cakap pasal anaknya yang terabai.

"Betulke?" tuan hakim tanya suami tu. Si suami dengan sabar cakap, mana ada dia buat camtu, dia ada je balik n jumpa anak2..

Lisa pun naik angin. Dan cakap macam2..
Hakim pun marah Lisa lagi, dia panggil anak tu masuk dalam kamar dan tanya.

Suami ulang lagi kata dia ada jumpa anak n bagi nafkah segala..
"BILA?" anak dia naik angin pulak dah...

Mendapatla budak tu kena marah dengan hakim sebab biadab. Terus hakim tu petik Lisa tak reti jaga anak,  sampai biadab begitu sekali. Jadi dia HALAU budak tu keluar, or else dia panggil guard.
Perghhh...

"Isteri kamu macam ni,  anak kamu pun macam tu, kamu masih boleh sabar lagi ke?", tanya hakim kepada suami tu.

"Ermmm... Saya pilih menceraikan isteri saya la tuan hakim", kata suami itu akhirnya.

Tuan hakim pun senyum lebar. "alhamdulillah..." dan terus uruskan proses penceraian.

Later, barulah tuan hakim tu beritahu dia sengaja provoke supaya suami tu lafazkan cerai. Ada banyak kes pending sebab suami berkeras tak mahu jatuhkan talak padahal perangai suami memang sangat tak mencapai level suami pun.

Tapi hati Lisa masih tergurisss dengan hakim tu dan satu hari dia nak saman hakim tu sebab kata dia macam2.
Hahahahahhahahahah..

I Wonder, adakah kakak yang saya jumpa hari ini akan jadi macam Lisa.
Saya fikir ye, satu hari nanti bila dia sudah puas bersabar.
Cuma saya harap, Allah akan hantar lelaki yang baik untuk Lisa dan kakak tu.
Semoga hidup mereka akan lebih gembira dan aman, di dunia dan di akhirat


Sekian.


No comments: