Thursday, November 10, 2016

Teacher, soklan yang Teacher cakap tu tak masuk pun

Serius hati mokcik flowery 🌼 chuols...  sepanjang saya mengajar dia, saya fikir dia x sudi pun dengar dan ikut..
Rupanya dia dengar ye...😍😍😍

Soklan yang mana? Mokcik tanya sambil senyum sampai ke telinga. I am on 7th heaven katanya..

"Soalan yang Ai wud like tu cus tu la.." dia kata...
" Habis tu  Puť jawab soalan mana?" saya tanya... Kot2 la sebenarnya dia salah paper... Hahaha
"Dah tak ada... Saya tak jawablah...", dia jawab setenang air di kolam ikan.

Untuk rekod   saya ajar MINIMUM ADEQUATE SYLLABUS je pada dia. Bukan sebab dia tak pandai,  tapi sebab dia tak berapa sudi.  Soalan yang dia cakap tu sejak azali memang format, mestilah ada.
Nak marah2 pun, paper tu dah siap bungkus n dah dalam perjalanan ke pemeriksa kot..
 Haruslah mokcik jangan nak sentap bagai...

"ni Puť nak g mana ni?" saya tanya.. Sepatutnya semua calon berkumpul di kantin
" Saya nak ambik nota tertinggal dalam kelas" dia kata
 Jadi saya temankan, walaupun dia menolak keras. Saya tak mahu dia diitahan pengawas. Itu saja.

Kertas tu dah tak ada.. Kelas telah dikemaskan. Puas kami berdua mencari.
Untuk rekod hari ini Kertas Sejarah 3, open book test.
Saya tawarkan nak minta dari guru Sejarah, tapi dia kata tak perlu.

Akhirnya Puť@Putra ambik nota dari noticeboard.
"cukup tak?", saya tanya..
"cukuppppp", dia jawab

Dalam keadaan biasa saya akan membebel. Tapi ini Major exam.
D Kids dah cukup stress dah.
Jangan ditambah bara yang tersimpan katanya...


Cikgu harus tenang sambil menangis dalam hati😨


No comments: