Thursday, February 09, 2017

Tips untuk berjaya dalam dunia pekerjaan

Satu hari saya bergolek di tepi kawan selepas selesai solat Zohor. Tak ada apa nak buat sementara tunggu mesyuarat, jadi saya capai kertas di tangannya dan baca.

"Rubbishhhhh!!.. Sangat tak cerdik ni" saya cakap sambil tunjuk pada kawan tu. Yang lain pun skimmed Penyata Kewangan tu.

Semua pun setuju ia sangat kurang cerdik.  Jadi perbincangan hangat tentang tahap efisiensi pembuat Penyata Kewangan itu.

Saya fikir beliau sangat kurang berusaha. Dah tiga kali saya terkena,  syukurlah dengan kapasiti sebagai Orang No. 1 Daerah saya boleh suruh Setiausaha saya yang deal. Saya tak mahu buang masa. Tapi itu pun dia tak reti bahasa lagi. Untuk rekod, untuk urusan dengan sesiapa saja selalunya saya yang pergi sendiri deal walau dengan siapa pun sebagai tanda hormat kepada orang. Saya fikir, yang berjawatan tinggi harus rendahkan ego, kan memang begitu konsepnya. "your obedient servant".

Back to d story, kami berbincang saja, kuasa meluluskan bukan pada kami pun, jadi cerita habis bila ia diluluskan.

Few days later, from a reliable source, someone with a certain power voiced out complains too. Okla... 
Honestly, saya tak fikir ada pecah amanah, saya berani kerat jari mereka jujur. Cuma yang saya kurang berkenan ialah kurang cekap menjalankan urusan kewangan. Yang tu mokcik tak boleh nak hadam.

"Baju dahla seksi", said someone.
"Laaa dia kan gemuk", saya cakap.
"Tak boleh beli besar sikit?" dia tanya.
" bukan senang nak cari saiz", saya jawab
"Habis tu baju yang ditempah tu, seksi juga", dia tak puas hati lagi..
"Kak,  itu peribadi.  Hal peribadi janganlah sentuh" saya cakap dengan konfiden.

Sebab saya fikir peribadi saya dan dia pun bukan bagus sangat. Besides, apa gunanya jaga tepi kain orang? Jie ajar,  kalau nak tegur,  tegur sistem bukan orangnya. Saya respek Jie .

Jadi perbualan habis di situ. Tutup.

Cuma semalam saya duduk sambil menunggu selipar nak pergi ambil wuduk...
When saya tanya someone kenapa semalam bila saya sebut pasal cita2 nak dapat Anugerah Emas dia tanya 'orang tu' dapat ke tidak. Dia tanya sambil bisik2 tu, tu yg mokcik curious...
Unfortunately,  yesterday I was extremely busy with datelines.

" Saja je.. I kan suka bersaing" dia cakap macam tu. Tapi kalau suka bersaing cakap terang2 le. Besides, selama hari ni, yang dia berebut hanyalah..... Ermmm x der hahahahaha.

We talked shop for a while, then dia tercakap. Rupanya that particular person panggil anak dia n tanya kat rumah dia solat ke tidak?

" Anak I menangis Kak. Dia kata dia malu. 'ORANG TU KATA' semua orang dah bising pasal tu" dia cakap. Matanya berkaca..

Penipu!!!!!!!
Saya tak pernah cakap pun. In fact saya tak tau pun.

"Dah lama Kak. Masa anak I Form..... ( fill in d blank) dia cakap kat anak I.",  dia tambah.

Untuk rekod kawan saya tu memang bersolat. Dia sudah 3 kali dibedah untuk masalah kesihatan yang sama, jadi memanglah sistem badan dia agak terganggu.  Saya faham,  sebab walaupun saya baru sekali dibedah, adakalanya bila saya tak makan ubat dengan berdisiplin ( selalu jugak),  tu yang kejap2 saya bengkok.

Bila kami keluar bersama, elok je dia solat.
Agak2 la kan...
Besides, kalau betul nak berdakwah,  betul ke cara ni?

"Sudahlah..."  dia cakap dan kami sama2 ketawa kecil.
Saya takkan lupa perbualan ini.
Saya pasti dia pun sama.
Yang penting anaknya pun tak mungkin lupa juga...

Dia kata semua orang dah bising kan?
Tak saya tak masuk campur.

Pathetic betul saya tengok perangai memasing. Bajet Lindungan Kaabah sungguh.
Lepas tu sibuk pula menasihat suruh memaafkan jangan ada dendam segala.  Sebab dalam Islam cakap sebelum tidur maafkan semua orang. Konfiden suci betul bagi tazkirah bagai hahhaha

Senang betul jadi orang Islam. Quote ayat Quran, pakai songkok, pakai jubah, tudung labuh n u can say anything sebab kalau orang tak maafkan perbuatan dan mulut longkang kau tu, tu salah mereka sebab Islam anjurkan suruh berlapang dada.

Bila orang datang pada ko mengadu sesuatu, ko kena bantu. Ko pun bajet jadi pacifier. Bila orang tu tunjuk facts n figure, ko cari orang lain n  mintak dia pulak selesaikan,  sebab orang pertama yang kau jumpa tu tak mahu bertolak ansur. Tu namanya berusaha mencari kebenaran dalam Islam. Hahha padahal benda yg orang adukan tu bukan bidang ko kot. Tapi takper. Islam anjurkan tolong menolong sesama saudara.  Lupakan tentang facts n figure. Islam itu syumul. Hahhaha

Walaupun dah ada pembahagian tugas dengan jelas, ko relaks je tak payah buat. Bila orang komplen, ko terus petik Islam anjurkan persaudaraan,  bermaafan dan berlapang hati.

Bila orang diskas pasal tugasan tak sempurna, ko cakap kat belakang sambil ko petik plak pasal peribadi orang tu. Bila orang tu sentap, lagi sekali ko quote pasal Islam anjurkan persaudaraan, bermaafan dan berlapang hati.

Bila nampak ada kemungkaran,  kau panggil kawan2 bersidang dulu, musabaqah namanya. Instead of being discreet ko pergi beritahu sundry and all lepas tu suruh orang tu siasat. Itu namanya tanggungjawab sesama Muslim, kena selalu menjaga kebajikan sesama saudara.

Bila kau tau orang dalam kesusahan, WAJIBB sebarkan. Cerita kena bermula dari 'dalam kain' baru info tepat dan padat. Biar semua orang tahu. Biar semua tahu kau dah bersedekah sekian banyak dan boss pun dah tau pasal tu. Boss WAJIBB tahu kau dah bersedekah. Itu baru syumul. Hahha

Tu lah mokcik rasa, dalam dunia kerjaya, kot ko nak cepat 'naik',  jangan lupa letak songkok atas kepala dan pakai tudung labuh sampai kaki.

You can do no wrong 😂






No comments: