Tuesday, March 07, 2017

Teh Ais je kottt

Saya paling takut dalam tak sedar saya sakitkan hati orang yang banyak berjasa membesarkan saya dari saiz S sampailah Xxs.

Tapi teh ais tu gilerrr tak sedap.

Me: Acik Tie cuti ke? siapa yang buat air hati ni?
Yanti: Acik Tie la yang buat. Kan dia yang hantar tadi..

Oh really.
Sejak duta Korea kena halau ni tapi ada hati dia mintak ludicrous compensation, fikiran mokcik memang kacau.

me: tapi kenapa air ni rasanya lain?
Kak Yang: kenapa tak.sedapke?
Me: Sangat...
Kak Yang: Boleh Kak Yang rasa?

Mestilah boleh... Jadi Kak Yang rasa..

Kak Yang: nanti Kak yang cakap dengan Acik Tie.
Me: Janganlah.. Kecik hati Acik Tie nanti. Biar akak yang tanya sendiri.

Ye lah... 16 tahun saya minum air yang Cik Tie buat, inilah kali pertama Cik Tie buat air tak sedap hahhahahha..
Saya fikir mesti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Acik Tie

"Acik Tie sihat?",  saya tanya sambil pegang gelas teh.  Acik Tie senyum simpul cakap dia sihat je...
" Kita herann kenapa hari ni Acik Tie buat air tak macam selalu", seperti 16 tahun dulu saya memang suka bercakap manja2 dengan makcik kantin. Kalaupun umur saya 100 tahun, saya tetap nak ngengada jugak dengan derang. 😂

"Acik intai ikut tingkap,  jenuh Acik teka siapa yang nak teh ais. Acik tak cam. Acik ingatkan Cikgu Adah. Dia suka teh ais yang tawar macam ni", Acik Tie jawab sambil tersenyum.

" Ooo patutlah dia kurusss", saya cakap dengan dengki.

"Mari Acik tambah susu nak?" tawar Acik Ti. Nampak tak permainan Acik Tie. Dis buat air ikut taste kitaorang. Dia tau semua orang punya preference..

Hebattttt Acik Tie ni

Tapi...










Tentulah saya menolak..
Saya pun nak kuwusss juga
😂😂😂

No comments: