Wednesday, April 12, 2017

Sungguh? PART 6

Saya terserempak dengan kawan sewaktu menuruni tangga.
  Dia duduk di kerusi marmar putih, saya duduk ditepi longkang, sebab saya penat sangat..

"Weiii.. Hari tu cerita tak habis", saya kata, sambil tangan menulis di telegram group. 22/4 nanti ada event. Kena inform
 Cari peserta... Kehidupan mokcik penuh dengan events lately😭

" Ooo gini", dia kata. Saya tengok mukanya. Tak baik bila orang cakap tak tumpukan perhatian.

"Saya tanya kat xxyy kenapa TheOtherFriend tak duduk di tempat biasa" dia kata sebab TheOtherFriend 'berangin' dengan awak"

"Berangin tu apa? Kenapa petik nama kita?" saya tanya. Sedehhh kot.

Saya geleng kepala...
Hebatnya wayang.

"saya cuma cakap fakta saja. Yang lain2 saya tak nak dengar",  Dia cakap. Ketawa lagi. Saya gigit lidah, daripada cakap perkara yang akan saya kesalkan seumur hayat.

Saya cuba nak ketawa,  tapi seperti yang selalu saya tulis, kesabaran yang saya wayangkan memang tak bersisa lagi.
Mokcik kenot daijes these!!!

Dalam usia saya yang belum tentu panjang,   sangat tidak logik untuk saya retaliate atau stoop to his level. He had done that,  many many times, kalau dulu saya boleh pejam mata, takder sebab kenapa saya sekarang  perlu mengikut jejak langkahnya.

Kalau nak menang, nak tunjuk sesuci embun pagi, nak playing victims,  silakan. Saya takkan jadi batu penghalang👏👏👏

Dalam doa yang belum tentu makbul, saya pohon Allah berikan kesihatan yang baik, harta yang melimpah serta semua pangkat dan kedudukan dunia yang beliau dan rakan Lindungan Kaabahnya inginkan.
Ambikla semua. Gantunglah di leher.
I is REDHA 😂😂

Semoga mereka tak perlu lagi menganiaya dan memburukkan orang untuk nampak hebat di mata manusia.



Sekian.

No comments: