Wednesday, May 03, 2017

Rajuk

"Dapat APC tak." saya jerit dari porch rumah bila nampak jiran depan baru pulang.
Dia geleng kepala. Saya ketawa kecil...

"Appraisal 96% pun tak qualified?" saya usik, dia tersenyum tawar.
"Yang dapat tu lagi bagus kot?" saya sambung bertanya sambil kunci pagar. Dia angguk .

"Ehhh saya ada cerita baru nak cakap" dia keruk kepala. "Tapi saya tak solat lagi" dia kata..

Saya pergi ke rumahnya dan tadah telinga, or else nanti bila saya dah buka baju dia datang ke rumah, nanti lagi susah.

"Saya baru tahu kat tempat kerja saya tu kalau merajuk nanti ada yang pujuk dan bagi APC pula tu", dia kata.

Saya ketawa makin kuat.

"Bila buat kerja, siap ambil gambar dan share dalam group. Tadi ada event, mereka turun ramai2 dan boss ambil gambar upload dalam group. Kita pun buat kerja, tak pula boss ambik gambar" dia kata.

"Yang turun ramai2 tu takde kelas ke hapa?", mestilah mokcik curious.

"Itulah pasalnya.,. Baru saya tau geng kitaorang memang tak mahu tolong event tu sebab obviously boss sangat bias" dia kata.

Bab pilih kasih, saya peduli pun tidak. Tapi yang tinggalkan kelas dan tak ditegur tu dah kenapa?

Saya kerut dahi. Dia sambung lagi bercerita tentang gigihnya boss back up geng itu.
"Yelah... depa pandai ambil hati boss. Pergi rumah boss, tangkap ikan, upload kat group", dia sambung...

Tangkap ikan?
Oooo saya tahu boss yang mana dia maksudkan.

"Awak jangan buat perangai macam tu", tetiba mokcik kasi amaran.
"One day, bila sampai rezeki kita berdua, jangan buat macam tu pada orang. Takder sudahnya..." saya tambah lagi.

"Saya tak buat. Saya tak perasan pun, baru hari ni saya tahu hal ni berlaku", dia kata. Dulupun segala gossip mossip, memang kami berdua tak tahu dan jadi orang terakhir yang tahu.

Saya fikir kat mana2 pun ada watak macam ni.
Terlalu menjaga hati orang bawahan sampai blinded by their drama.

"Kot ko nak APC ko kena merajuk jugalah", saya usik dia..

"Kuasa sangatttt" dia jawab. Saya tersenyum lega.
Kot dia start buat perangai cenggitu, tak hingin saya ngaku kawan hahahhahahah

No comments: