Wednesday, June 28, 2017

Yang manis itu racun

As I wrote a week ago, saya betul2 tak redha travelled 100km away ( cannot claim ok) semata2 nak clean d mess. I left home at 6.15a.m, circling d building twice to find d parking then walked 100m to get to d meeting room.

Bila hati dah benci, semua benda mokcik nak ungkit.

Anyway, I know, kalau saya tak sudi, orang lain pun begitu juga. Instead of tarik muka macam mangga muda, I tried my best to be approachable katanya.

The two person who came later than me were really not in gud mood. D blame game started. The chairpersons main tarik tali dulu.

After beating around d bush for hours (or more?) baru la masuk isu sebenarnya.
Finally, all of us senyum kambing.  But still, d chairperson masih dalam mood 'pusing keliling'. We were being straightforward,  tapi beliau mengelak2 pulak...

Then, d big shot came. He was straight to the point.
Huh! We smirked.
D discussion started a serious ones.
D what if...
The repercussion.

Some were being objective,
Some pessismistics,
Some were hopeful
Some remained quiet...

Then we came to a resolution.
I posed a 'what if questions' again. Wet blanket? I am.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

"we shudnt b obvious" I suggested.
Personally, I dont want any scandal. Enough is enough.
That is my stand.

In d end,  there is a solution. SecRet must remain untold. Tapi dari pengalaman,  bukan saya seorang je mulut tempatan.

"In the end, if we do not be discreet,  yg kena teruk ialah beliau", macam biasa mokcik mmg bab bercakap x berhenti mmg win.

I think this is d first time we be open.
I don wan banana fruit two times (eh!)

"Is there any severe punishment?", finally someone buka mulut.
"Could not say, top secret" d big shot answered.

"After we told you everything, wud u pls take it into consideration?" , tak kuasa saya nak beating around d bush, saya terus terjah je...
" Saya masih teringat peristiwa 2012", he said, mokcik geleng kepala.

"Please..." we pleaded.

D big shot did not answer.
Deep in thinking.
Deep down I really hope, his report will include what we said. Sebab, saya fikir, penerima laporan itu sangat bijak orangnya. Dia tak mungkin bertindak melulu. Tak pernah!!!

Saya tahu dia bijak. Sangat2...
Saya benci betul drama power struggle ni, tapi bila saya kata XX tu sedang memadamkan lilin orang untuk naik ke atas, mereka kata saya gila. Sejak lama dahulu.

"Dia tak nak.... merepek la ijan ni", mereka kata.

Seperti yang selalu saya tulis, saya membesar tengok Law n Order. Cakap la apa pun, tapi mesti ada hint yang bila dikumpul akan jadi petunjuk yang besar. Barulah kes boleh selEsai...

"Dari dulu kita dah cakap, someone is vying for top position, tapi korang marah kita", saya cakap to two person on our way to parking space.

"Ye betul. Obviously", seorang jawab dan yang lagi sorang lagi kerut dahi tanda tak setuju.

We compared notes. Loud n clear.
D revelation made me very sad though.

Dia bagus. Sangat bagus. Saya tak akan teragak2 vote, kalau dia kata dia mahu.
Bila dah jadi begini, ada orang yang teraniaya kerana perbuatannya, susah saya nak percayakannya lagi,

Now, bila kawannya teraniaya kerana perbuatannya, I wonder, ada tak dia own up dan sanggup berkongsi hukuman?

Sampainya hati.

" A leader should responsible for all her action", suggested d big shot.

Ermmm...
Personally, mokcik takkan putus asa.
I will fight n justice had to be done.

Cuma, at d moment, mokcik tgh buntu.,,


Tuesday, June 27, 2017

Raya ke-3

Dulu masa kecik2, suka lah raya. Bila dah jadi mokcik2, raya means d end of Ramadhan, teruslah hati rasa sedeyyyy mengenangkan tadarus yang tak abes serta checklist yang tak berapa nak banyak ticked tu.

Saya pernah dengar ceramah, bila Allah tak berkehendakkan kita, Dia akan sibukkan kita dengan urusan dunia. Insaf.

Dalam sedih tak sedih tu, 4,5 pinggan juga habis...

This year Dhani dah pandai bercakap. It always fun listening to him n his brother, Danish. Paling tak menahan dia suka bergurau "poke", sakit gila kot..

Izzati came back on Friday, I fetched her at Behrang R&R. Her friends were on their way to Temerloh. Sometimes I could not believe our first niece is 21 and going to be a teacher in 3 years time.

Nadia, Zudin, Ecah n An came back a day later. Fun-filled raya after stormy affair over Emon, the cat. Poyo!!!

Arif took a long break, first time.
One of Acho's friends sembelih lembu to be distributed to the kampung-folk on Friday evening. So that night, all my bros n their friends lapah daging in front of #18.
Untung ada ramai adik lelaki. Saya tarik selimut n tidur.

We had our traditional soup on Raya eve. My sisters r good cook.
On d first raya, despite her condition, Nik n her daughters made Mee Rebus. Sedap gilerrr..

on 2nd raya, saya dah start puasa. Partly, saya takut tak sempat habis sebab saya tak larat sangat puasa hari kerja sekarang, mainly sebab saya sangat berharap tahun depan saya akan berpeluang dijemput ke tanah suci.

The keyword is JEMPUTAN.
Duit banyak, badan yang sihat, CGPA 4# pun belum tentu akan diizin ke sana.

Doa-doakanlah...,



Thursday, June 22, 2017

Ramadhan 27: corot

I woke up at 3 a.m. Take bath, solat n did tadarus until 5a.m.
Stopped and had sahur.
Double cheese burger, thats it.

After Subuh prayer, I did d laundry. Then, went out.
On my way stopped and picked the newspaper. The shopkeeper greeted me warmly.

What a splendid day ahead.

Everything was great.
Talked to d kids. Browsed pics left by d kids, completed d task and all.
The calling letter which I requested was already uploaded in d portal.
I couldnt ask for more.
Thnx to Mr Shrul, if I were rich, memang beliau masuk dalam list yang saya nak kasi kereta sorang sebijik.
Mr Shril had already downloaded n diseminated it. Another in my list.

In a way, I m blessed working with great people.

I skipped assembly in order to prepare n send documents to MBD Muallim and Pusat Ko. It cant wait. Urgent matter..
Again, Mr Shril helped me with the fax thingy. Mokcik agak noob di situ..

Thanks, everything goes as planned.

Later, I tried to complete the lesson plan when twin came. Some of the parents are waiting.

I went up. The girls had arranged the chairs neatly.
Flowery hati mokcik...

I really love seeing d parent. Harap2 mereka pun begitu. I could see some improvement. 13/17 parents came.
An achievement!!!!

Once finished , I went down. I meant to write Reading Clinic notification for parents, text for public speaking and set up d committee members. Everything must be ready on the first day after Raya break.

Fid came.
"Tau tak kita antara 7 sekolah yang corot di daerah?", dia tanya. That is why d officers datang berjemaah d day before.

Hari mokcik yang indah terus suram bagai gerhana matahari.
Not again...
Masa tengah marah kita cakap bukan2..

Bila otak dah stabil, I contacted d officer terus. Senang! Mokcik x redha jadi corot.
Kot korang ingat dia boleh ejas supaya tak corot lagi, memang konfemla tidak.

We discussed about ways to improve.
Makcik bukak lappie dan terus taip pelan intervensi.

"Kena ada kerjasama", dia ingatkan lagi.
Last year bila dia cakap gitu , I was flabbergasted, nak kerjasama apa lagi?????

This year sebab Ezazul is in d team, I m really hopeful.
He is a team player.

Gigih mokcik kira how many must pass so that we can get 80% passes. I told them my plan. Nak kutuk mokcik poyo pun, I just couldnt care less.

Being corot Sangat memalukan.
Hari yang indah telah suram. I went to d office, jam DKNY tertinggal. I talked to Mr A about d printing, only to come back later, sebab lupa nak diskas about Reading Clinic n Public Speaking venue.


I locked up d door, only to realise, budu yang Jun kasi tertinggal on my table.
I wEnt home, talked to mommy then went back to 12A, then patah balik... saya tertinggal a packet of cornflakes.

On my way home, kepala masih tak stabil.
Jadi saya terus baking cookies. I need something to distract me. Pronto.


Now dah nak pukul seploh, baru saya teringat...

Baju kat ampaian tak angkat.

#stress

Ramadhan 26: yang berat itu amanah

Last week a friend told me that it is GG turn to conduct morning assembly. Actually my dearest sist, Yuni is in-charge, tapi saya fikir she is so busy lately, jadi saya terus plan n trained d kids,

Then, something unexpected happened.
I told Yuni n d kids how sorry I was.

I asked Rad to help out too.
Zaw took d pics.

Compared to my previous students yg kot dapat tablet, penuh muka selfie depa, this time around, I m quite surprised:)

Layan...

Wednesday, June 21, 2017

Dia dapat 25K, tapi saya ikhlas...

It is a tradition I will help out both TheOldFriend n TheOtherFriend print out d slips. Nak tolong yang lain saya pun lemah gemalai. Mokcik ikhlas...

ThIs time marked d first time saya dan TheOtherFriend tinggal berdua. Walau persahabatan kami disulami ribut, taufan, puting beliung sekalipun, saya tak berfikir panjang untuk menghulurkan bantuan. Saya ikhlas.

Saya kirimkan whatsapps.

Me: Dah print out slips?
TOF: belum
Me: nak kita tolong tak?
TOF: username; xxxx Xxx
          Password: xxxx

Nampak tak permainannya?

Mokcik terus download, copypasted dan edit mana yang patut. The boss came n announced he will go out for a meet in a shortwhile.

Terburu2 mokcik siapkan n later berlari to get his verification. Takut tak sempat..

Oh gosh...
Last time when TheOtherFriend relayed my message to d upper echelon, he reported, "aku segan, dia tanya kenapa aku pula yang sampaikan mesej hang".

Ok...
I have to be quick.
The least I want is drama akasia, padahal saya ikhlas kot...

"Boss, boss tau tak Ayob (bukan nama sebenar) baru dapat dividen 25K? Tu la kita printkan slip ni. Tapi kita ikhlas boss", mokcik cakap, muka ikhlas sangat...

Boss tengok muka mokcik, "ikhlas... Tapi sebut pasal duit orang tu. Ikhlas la sangat...", dia ejek...

Kalau mokcik redha menerima tohmahan, takkanlah TheOtherFriend tak boleh redha menerima kemuluttempayanan mokcik dengan ikhlas.


Hahaha...



Tuesday, June 20, 2017

Ramadhan 25: MBD Tapah Iftar

I meet Yunie Abdurahman on daily basis, but we hardly talk about  other than work-related thingy. Yunie tak banyak cakap, saya pulak waktu kerja sangat gigih mengEmas meja, nak sembang apa?

Luckily she could attend d MBD Iftar, panjang sikit kitaorang sembang...


I knew Josephine Selvaraj Since 2012 and Ita Makcu in 2013.
Jo was our chief.

2 years later, Sunita n I sealed our friendships when we scoured Tapah to find Evian at d backseat of a stranger's car together. Hahhaha.. a long story though.

So much things had happened. Anyway, a guide smiles and sings under all difficulties, katanya... When there is problems, we ironed up things, we dont 'iron' people up to 80% degree burnt.

Tonight is Jo first buka puasa do. Glad she could make it.
Even her family was surprised with her decision. Hahhahhaa


Tapi lps tu I overslept n almost tak jadi datang.

"At least make some effortla. U suruh I datang, now I come n u x dtg plak" dia marah ... hahahhahahha.., dont tell anyone I drove 140km/hour. Sorry MACC. Mokcik terpaksa...

Tri left earlier than us. Jo, Sunita n I sambung berbual sejam dua.
Then kitaorang bangun dan bid gud bye.
Setengah jam kemudian barulah kitaorang betul2 balik.
Kawan baik kot... banyak benda nak cerita hahhahah

In Girl Guides we believe a guide is a friend to all and a sister to every other guide, albeit their faith, race n skin colour.

Orang jemput makan, kita makan bersama. Kita tak 'makan' kawan dek...

Come n join us!

PERSONALLOG@MBD Tapah iftar

#mokcikonfrienships

Petikkk!!! popcorn lima!!!

Today d calling letter arrived. A meeting with a big shot.

Saya rasa nak tendang dinding.
Saya sangat tidak redha nama saya dipetik.

The meeting wud be 100km away. Saya benci d torturous journey.

Top of all, saya sangat tak gembira.
Dulu saya fikir Lindungan Kaabah ialah seburuk-buruk perbuatan. Now saya tambah satu lagi, power struggle.

Saya pernah tulis dalam satu entri, perbuatan acah-acah turn down d offer to lead padahal dalam hati bagai digaru is so yesterday. TMJ n KJ offered themselves to handle FAM n Youth Ministry. Both did extremely well.

Kalau ko bagus, offer je la diri n cakap terang-terang. Tak payahla nak kipas-kipas,  padamkan lilin orang, curi tangga orang sebab nak naik ke atas. Ni figuratif  ye.
Lagipun taktik ni hanya sesuai untuk yang pemalas dan tidak berkebolehan.

These bunch of people are d top in their field. Sampai sudah saya tak faham, why they prefer to stoop so low.

Now, things get bigger. Habis mokcik  pun terbabit sekali.
Saya betul-betul tak redha.

" I choose u, I know u could be trusted" said one.
"I sayang u, u r reliable", said another.

Well...
They do not know me much.
Trusted in term of what? Kalau kena bersekongkol dan berkata YA untuk fakta yang saya tahu salah, sorry, count me out.

Reliable does not mean I did not ask questions.
Reliable does not mean I will oblige all the time.

I fancy myself as a very opinionated person.
U might be surprised if sometimes I will say, " hey u guys shut up n listen to me".


Because u see...
Kalau korang tak main wayang sejak mula, takder la kita semua berjemaah mengadap the big shot.

What a s#it.






Petik!!! Popcorn!!

Trust me.
I've seen a lot. I've heard more than I should.
In the end, saya lebih percaya pada fakta.

Like someone yang selama ini selalu low-profile, tiba-tiba bukan main friendly dan actively- involved dengan semua work-related events of course it raised an eyebrow. Dulu anti-social, sekarang kemain bangga telling all n sundry about his achievements,  hehhehe...
It did not take long for others to see, he is vying for promotion.

Usaha lagi bang!!!
Kipas kuat sikit.
Padamkan lebih banyak lilin orang.
Tak lama lagi tercapailah cita-cita tu.. πŸ˜‚πŸ˜‚

Cuma jangan guna skrip, " aku tak nak semua ni. Aku terpaksa... Ye lah.. Orang dah bagi,  kita terima je la..."
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Setelah berhempas pulas mengipas, apple-polishing segala, d least you could do is enjoy ur sweet victory.

If u think orang lain tak perasan betapa hebatnya kau berusaha mencapai cita-cita menuju puncak, aiyooo think again.

At least, in my humble opinion, I would prefer to remain silent.

Popcorn!!!!!

Monday, June 19, 2017

Ramadhan 24: petik!!!

Someone texted me, "kalau dah siap tolong send". Saya baca, tapi tak balas.

I didnt ask either.  I have seen a lot of people like that, main petikkk je... Siapa yang harus in-charge pun dia x tahu..
d best, Just ignore or else, panjang pula ceritanya nanti.

Today, I had a hard time reading d slides. All d data were there. Accurate. Tapi a few should come from me, yg tu saya konpius.  why cant he ask me instead of belasah je tulis.

A different HE.

Luckily a form were distributed.  I was asked to fill it up, together with few others.
I did.
Of course there is descrepansies.
πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Saya malas nak fikir.
Nak cakap pun malas.

Petikkk je la selagi mampu.
Meanwhile,  mokcik n these two HE tetap penuh kasih sayang kekdahnya.

Gasaklah..


Sunday, June 18, 2017

Ramadhan 23: outing with mommy

On Friday mommy tanya if I can buy some chickens. Dia tak suruh, she asked, I bought but I asked her if she wants to do groceries on Sunday.

"Mana-manalah" mak saya jadi. Meaning she wants to go.

Terburu2 saya balik ke#18 pagi ni.

"Orang bangun lewat mak.." saya beritahu.

I told her pagar istana dikunci n was opened after More  which was 10.30 n I waited another half an hour sebab d car could not get through. Sampai rumah pukul 1.30a.m n 2 hours later baru saya terlelap.

"Pagi ni sejuk sangat, rupanya hujan mak.... tu la bangun lewat.." ye... semua benda saya cerita . Mak saya tak marah pun.

A day before going to d palace saya memang bermimpi yang pelik sangat.
At that time saya dah rasa cuak dah.
Bila balik lewat, terus saya bertambah cuak.
Tu yang bangun lewat tu hahhahah

Mak berhenti mengaji dan bersiap, kami terus ke Teluk Intan. We fetched Cu Na n later wEnt to TF.

Few things r on discounted price so I buy in bulk.
D bill is RM405.**.
Nampak macam mahal, tapi jangan lupa Adnan clan sangat ramai, so berbaloi la tu..

It always fun shopping with mum. We split n sa e time.
Whereas Cu Na picked her groceries on her own.

It was raining whEn wE wEnt out.
Mom wanted to buy some chips. We headed to her fav shop in town.
Nothing much,
Shopping in pouring rain was not easy.

We stopped at Cu Na before heading home. Mom was too tired to move.
Missed chance to see Pak Cu though.

We went straight home. Mom slept throughout d journey.
Sampai rumah saya memunggah. Mak terus solat zohor.

Letih weh...
We bid goodbye.

Saya nak cepat sebab semangat nak buat kuih raya. Hahhahahha




Ramadhan 22: sisters are forever

Since d beginning Tuanku announced her choice of place,  As dah stress. Dia baru pindah ke PPD, so she is still struggling with her new post.

"Saya stress Kak", dia cakap lagi during our LEC meeting. I feel her.
Saya faham.

I had been in her shoes too.

Dont get me wrong. Tuanku RNM had work harder. So did our KPC n d Timbalan. Kalau As tak lena tidur, mereka bertiga pun sama.
Bezanya they are seasoned player, As is a firt-timer.

Mokcik x reti nak tolong, bulan puasa kot... dahla Kuala Kangsar tu jauh...
I hate travelling bila puasa. D journey is two hours n half, gila lama.

But I still come. I did not take any kids because d event is in d afternoon. Memang takkan sempat nak balik rumah for breakfasting nanti.

The event went smoothly.
Thanks God.
Kudos to d team n sponsors.

D girls tolong kemas. A bliss.
Sudahnya tinggal KPC, Timbalan , As n two of her teammates.

Sebagai tanda sokongan, mokcik pun menyempit juga tolong apa yang patut.
It was 5.30p.m when we left d hall.
A team of men were there sebab esoknya mereka pula nak guna hall tu.

"Oh leganya..." As cakap when we strolled around d Iskandariah Palace that breezy night.
Unlike weeks before, we laughed out loud over a silly matter.


"Kak A cakap, jangan ambil hati bila Tuanku murka sebab dia pun kena juga lagi teruk", As cerita. The truth during d previous meeting Tuanku was a bit annoyed with As' district report.

"Akak pula kena  masa First AGM. Baru dilantik, dahla tak tau apa, pergi dengan kawan, badge ada satu je, sebab takut uniform tak lengkap, I gave her my badge   I pakai baju logo. Semua kakak2 tu tepuk dahi tengok...",

By this time As dah ketawa berguling, sehodoh2 pemandangan bila dalam majlis rasmi, kau sorang je yang salah pakai baju,

"That was not all. Masa bagi pelaporan, akak salah cakap n tuanku murka dan titahkan Setiausaha send show-caused letter pada my teammates".

" Dah pernah kena la ni?" As tanya, ketawa lagi.

"Ye la, at least As dah kenal kitaorang, dalam mesyuarat Lembaga Eksekutif je pun kena marah, ni dah la AGM, orang ramai, kita pun first time datang"

Hahahahhahahahaahha... seronok pula bila dithrowback.

Later that day kakak2 tu datang dan pujuk saya jangan ambil hati.

" Kak A cakap dia jumpa tuanku dan cakap akak budak baru, dia puji2 habis la" hahahhahaha kami ketawa lagi.

To be honest, saya sentiasa thankful pada Kak A. Pozitibiti betul!!!

Tuanku was Oxford graduate, mestilah tahap ketelitian dia sesuai dengan kelulusan. I respect people bukan kerana pangkat, harta dan keturunan, silap2 saya maki je semula, but she is very capable.
Yang dia tegur tu betul, jadi saya terima dengan muka malu la kan...


Knowing d sisters were there to give me guiding lights, hati mokcik tenang.
Now, seeing As predicament, guess it was my turn nak mengikut jejak langkah kakak2 tu...

Gigih mokcik bertunggu tangga kat Kuala Kangsor dari siang sampai malam katanya.,

Thursday, June 15, 2017

Ramadhan 20: Oh Men!

Yesterday I went back at 5.40p.m. Kalau ikut hati pukul doblas saya nak balik rumah, but d sponsor texted, jadi haruslah saya berkorban masa dan berbincang.

Upper echelon is not happy with d budget.
Saya dah cakap banyak kali, paperwork tu saya yg buat, I can revise, d Kids punya pasal seploh kali revise pun saya redha. Asalkan mereka untung..
Tapi mokcik sangat straightforward, janganlah berkias2. I kenot digest!!!
Men!

People said, perempuan memang payah diajak berbincang. Diorang lupa kot, I worked with many Men. Bila saya jadi Ketua Derjah, I told these Men, what I want. They delivered. End of story. Till now, we r still friends.

Berbincang means, we tell what we expect clearly. Before d decision is made, we looked into all angle.

I m far from good, but we come to serve.
Profesional is d keyword.

In a way I must say, I m a bit stress out.

I contacted d sponsor, pronto, after d brief discussion.  Given em' options.

Guess what?
Today I contacted d sponsor again,
" kindly ignore d options, hari ni mereka kasi notification lain pula." tentu saja saya akhiri dengan emoticon πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Diorang tak fikir ke air muka saya?
D sponsor tu bukanlah calang2 orang.

Nak revise budget tu pun saya sangat malu, ni nak suruh lupakan options is another.
No one has courtesy to consult me sedangkan d sponsor kasi ribu-riban kot.

The old norizan will go n clarify.
The new norizan cuma baca notification dan menangis di bucu katil sajalah...

There is another.
Saya cakap dengan kawan saya nak tumpang dia pergi run sementelah pula dia nak bawa d Kids. Gigih saya registerkan, for d Kids mokcik takkan berkira.

"muat tak?", saya tanya.

Yesterday he gave 6 names. Means saya muat menyelit.
Later, he added another one.
7? No way I can Fit in.

Why cant he be honest?
Kalau tak nak kasi tumpang cakap je la...

The old norizan will go n clarify.
The new norizan cuma registered, print out confirmation slips, kirim dengan orang suruh sampaikan dan menangis di bucu katil sajalah...

I keep reminding myself, Just because d Men I see in daily basis treated me badly,  takkanlah saya nak berhenti kerja pulak. Dahla hutang keliling pinggangπŸ˜‚

Cuma yelah...
Mokcik pun manusia biasa.
Ada hari kuat macam Tiger, ada hari mokcik hati tisu.

So today at 2.03p.m I punched out n went home.


Tuesday, June 13, 2017

Ramadhan 18: Teacher ada minyak tak?

A perfectly-normal Ramadhan@sch.
Today marked the first day after a semester break. I woke up at 4.20a.m n drank a glass of plain water an hour later.

Mokcik manusia biasa. Kecintaan kepada katil adakalanya sukar dikawal kata ko.
I recited Quran until 6.15a.m n re-mark few paper for 15 minutes, before bersiap nak gi kerja. Yes, waktu pagi mokcik sangat berkira walaupun seminit dua. Jadi jangan nak sentap if I did not pick up ur call in d morning. Heh?

On my way to work, I stopped at Mastan&Sons to pick up the newspaper for my colleagues.  Kerja amal yang mokcik buat dengan harapan Allah mudahkan urusan mokcik di sana nanti.

I was greeted by Mr Az with d request which should be next week.
"Boleh je..." mokcik menjawab dengan tenang padahal kepala ligat fikir, duh!

I went to see Mr A, asking about the batch I asked him to print two weeks ago. I hope it complete, so that I can send another batch. Mr A said he will try, n I trust him will.
Sementara tu kepala ligat fikir kat mana nak cekau payment for the first batch. 😭.
Terus mokcik menonong pergi dan tak toleh kiri kanan dah. Serabut.

I saw d boss, I shud see him about d Reading Clinic paperwork as d sponsor had called during the break. But I have more urgent matters.

Last November, 11 Girls helped me with Explorace project. I promised to give them a token. Cuma thn lepas mokcik outstation ke sana kemari, expenses mengalahkan anak seploh, ended up hidup mokcik pun ditaja juga adanya.... I saw d book I like in big Bad Wolf Sale tapi mokcik memang x berduit waima nak beli, tu pun Baby yg bagi loan. I was waiting for BBW box sale, tapi Unfortunately buku tu dah takder...

Jadi I bought something else n gave them this morning. Yang ni lagi penting daripada jumpa Boss kot. I couldnt thank them enough!!!

Tapi sebab dah 7 bulan berlalu, I m afraid saya tercicir satu nama. Haishhh..

Then, I prepared for materials.
The first class I went, the lead actor forgot his lines. Not good
 The second class, I waited for 10 minutes before they appeared.

Then I went to d staffroom to do some task. A friend came and initiated small talk. I like. It is just that I had so many pending task.

Few minutes later Nurin n Nazihah came, "Teacher ada minyak tak?" she asked.

Mokcik suruh dia lie down in d musalah while I rummaging d table for d ointment. I did!

I left d friend n looked for d Girls. Dia demam n having cramps. Mokcik kasi minyak je, mereka sapu sendiri. Meanwhile,  mokcik pun mengambil kesempatan merebahkan badan dan memejamkan mata...

It wasnt long.
few mins later I had another class. They had Play too but today they r not in d mood. Hahahahha
 Mokcik ikut je kata mereka...
So we had essay writing instead.

Gigih pula,  so mokcik terlewat keluar 15 minit.

While waiting for d next class I had Dhuha n lie down again. Kepala mokcik spinning dek pending task dan masalah negara katanya...

At 1.15p.m mokcik intai,  my next class is still lock up. They went down to other room. At 1.45P.m it was still lock up. I saw their shoes were arranged neatly in front of that room, 15 mins left, I dont think they will come up. So I performed Zuhur prayer at 1.50P.m.

After prayer mokcik intai lagi kelas tu. Ehhh dah ada orang.

"Teacher, kitaorang dah naik sejak pukul 1.40 lagi", mereka cakap dengan garang.
" Tapi I saw it was still locked up at 1.45P.m", mokcik jawab, equally garang...

Further check, sebenarnya jam kelas derang tu lambat seploh minit.
Habis tu takkanlah sorang pun takder jam tangan kot?.
Stress mokcik bila kena marah ngan anak murid.

At 2p.m it was time for them to go solat. We bid goodbye n promised to meet up tomorrow morning.

Mokcik terus menonong ke staffroom dan marking. Not much.

Then I re-do the paperwork.  Kadang2 saya tak faham. D meeting was on April 10, I submitted on April 15th, then on May 2, d sponsor send template suruh ikut.
Konfem saya x mo buat kerja dua kali.
Tapi Allah sebaik2 perancang. Rupanya saya lupa nak e-mail paperwork tu.
Saya cuma bagi pd boss n tabled pd rakan sekerja saya je...

" say, u did not send in to us yet, d u mind to follow d template" d sponsor asked, last week. Gilerrr... Mestilah saya cakap boleh.

At 4P.m d paperwork was ready. Submitted to d boss n emailed to d sponsors.

Then, there is a certain event I had to attend on this Saturday. I printed out d documents to be submitted to d boss too.

In between,  Yuni came n told about d not-so-nice request from my fellow clubmates.
"Do not entertain", saya cakap sambil tersenyum. Of course saya kasi reasons.
Valid reasons.

Kenapalah ada orang yang sangat inconsiderate? Saya fikir, kepala saya dah berserabut dengan itu ini, lagi mereka ni buat sikap berbagai2...

Tapi inilah part n parcel of being Ketua Darjah.
Kepala spinning macam gasing pun kita senyum je, macam dalam bank ada seploh juta. Ermmm....

"Tak nak balik lagi?" mereka tegur on their way out.
"Tak bolehlah... Ada events nak kena prepare", mokcik jawab senang.

"Hamboiii macam retisss", Len kata sambil menunjukkan beskut raya dan rendang yang dia baru beli. Mokcik pau rendang dia, baik hati Len.

At 4.50p.m barulah mokcik boleh tutup kipas  dan kunci pintu. I was d only one left.

Extremely exhausted.  Drained.

I stopped at #18. Talked to mommy for a while before dashed off home.
Switched on d phone n there, a message

"Nak tak berbuka kat istana?".
I know yang bertanya meant well.

Tapi yang saya betul2 nak hari ni ialah, lie down on my pinkish bed, sapu minyak kat dahi n doze off..

Nite peeps.
Every cloud has silver linings kata deme😘



Monday, June 12, 2017

Ramadhan 17: Goodies

I volunteered to prepare biscuits for Baby's staff.


35 jars of Choc Chips Cookies.
Eh betul ke ni? Baby asked.

Of course betul.
Saya pun nak kejar pahala jugak.

To be honest, nothing to shout about.
Letihhhhh...
But, still, sebab saya tukang masaknya, saya cut d sugar.
There r so many biscuits on shelf yang dulu saya suka tapi sekarang tak berani makan sebab semuanya manis tahap potong kaki.

I hope they will like it. amin..


Sunday, June 11, 2017

Why are you like that?

Semalam saya jumpa Pengarah SPRM Perak

My first impression of her was not so good. She is short n sour-faced. I m not in favour of moody-type people.
Boy I was wrong. Tu gambo kat atas sebagai bukti.

Lepas dengar her welcome speech terus mokcik kemurungan..
Hahhahahha.
 Now I understand,  despite her size, she is what SPRM is all about. Telus dan integriti. Muka ketat tu hanya untuk kerjaya je.. Hahahhaha

Orang kata, what comes from d heart reaches d heart. On d way home, walaupun jalan di lebuhraya lengang, saya tetap memandu 110km/jam. Integrity is doing something right even when no one is watching, terus terpahat kata2 tu dalam hati.

My minds wandered to someone.
Hari tu dia beritahu saya, sewaktu saya kena marah dalam miting dulu, dia macam nak cakap je hal yang sebenar.
I told her, TheOtherFriend pun cakap hal yang sama n I told him, saya tak terasa hati pun dengan yang marah tu sebab dia tak tahu hal yang sebenar, tapi Kaki Kencing saya mmg geram.
Besides, hal tu dah berlaku tahun 2014. Dah selamat bertahun saya kena pulau dengan geng Lindungan Kaabah bertahun2, Whats d point nak ungkit hal tu when now Kaki Kencing telah mengencingi ramai orang pun, including her hahaha

It brings me to one of d points Dato Pengarah SPRM tu cakap. Kalau buat survey pasal pengetahuan orang serta benci pada gejala rasuah dan tindakan tak berintegriti,  masing2 graf tinggi. Cuma bila masuk ke bab, Adakah anda akan melaporkan jika tahu salah laku terjadi? - terus graf jatuh mendadak.

" DAH TAHU KENAPA TAK LAPOR?" Dato tu tanya. Satu dewan terdiam.

Ooo... Sambung cerita...
Satu hari this particular someone told me our mutual friend always contact a girl. She is scared n lodged a verbal complain to her n her gang.

Harassed maybe is not a suitable word.

Upon learning this I went straight to TheOtherFriend n told him. Dulu2 masa Abg Bro n TheOldFriend ada, we always discussed n think how we May help.

Saya fikir, menjadi tanggungjawab saya untuk selesaikan masalah sementelah saya telah dimaklumkan.

Things changed,  so after thinking deeply, the next morning,  I approached our mutual friend n told him not to do what he did as it might upset some quarter n tarnish his good name too.

Saya tepuk bahu dia berkali2 dan beritahu saya sangat sayangkan dia dan isterinya.  Which is true. Kasih sayang untuk dirasa.

He told me all, which I never plan to reveal. I trust him, d girl n everyone.  To top it all,  banyak lagi hal lain nak buat. Heh?

He wanted to know who my source r. I told him none.

"Who else know?" he asked.
"TheOtherFriend,  as I used to talk things to d ol3 of them before so that we can help out", saya beritahu.

I hope d things will stop before it becomes out of control. It happened last time, it was not good.

On d same day, that particular someone told me that he came n asked what d girl said.

"Saya pun wayangla kata saya tak tau" dia kata sambil ketawa lucu.
" Dia tanya saya juga, saya pun sama... Wayanggg... pura2 je tanya YE KE?" sambut yang seorang lagi dan mereka ketawa gembira.


Semoga di Padang Mahsyar nanti mereka boleh ketawa juga begitu.

Sekian.

Ramadhan 16: Hahahaha...

From d early life, I learnt not to do/say something which I will regret later. If I say, KO GUMUKKK, ye ucapan itu datang dari hati hahhahahha..

Growing up nengok tipu muslihat penjarah dari seluruh dunia (mokcik mmg suka nengok cerita penyiasatan kat televisyen) taught me to read between d lines too.

It brings me to thIs incident which happened last month, ke d month before? Abaikan...

Someone contacted me n said she got my phone number from a mutual friend.
Saya biar saja, dia terus bagi mesej panjang.

Katanya she is torn between d organisation yg saya ketuai atau satu lagi. So she needs some info. Tu dia tambah soalan. Very basic questions.

By this time I smelled something fishy. She said she is closed to our mutual, which means she might be in mid 20-s.
Mokcik yg umur 17 thn ni pun, sejak seploh tahun lalu kot nak tau sesuatu I googled.

"Come n join us. Learning by doing is always d best way", saya tulis mesej.

Tak boleh...
Tahun ni saya masih dengan Club Xxxx n now tgh pujuk my boss nak tukar Kelab. Kalau nak join pun tahun depan la..katanya
.

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Wayang sangat ni.
U dont pujuk ur boss for such silly thing.

"Then let us have this kind of conversation next year!" saya balas. Diakhiri dengan emoticonπŸ˜‚

Janganlah cakap orang Puteh,  saya tak pandai. Dia kata lagi. Sekarang saya cuma nak survey je dulu.  Lagipun hari2 saya sembang dengan Yyyy pasal ni.

I know Yyy.
Sejak beliau melantik saya dan kata akan ambil semula jawatan ni after 2 years, we bumped into one another a lot.
I did not give d post back to her, gilerrr... ini bukan reta mak bapak saya kot boleh main passing.  There is a SOP, rules n regulation segala.
Kalau dia feeling bitter, itu hak dia.
As for me, tak sudi saya nak fikir banyak2 n everytime berjumpa saya akan pergi hugs her dulu.
Hidup ni pendek kot..

Tapi insiden terkini ni membuatkan d CSI in me terus scrolled up dan tengok gaya penulisan beliau.

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Dekkk...
Akak ni sejak zaman Yahoo messenger lagi dah berkuntum kat forum peringkat kebangsaan dan antarabangsa.  takat menyamar guna multinick,  sedehhhhhh betul...

Pada fikiran saya, pengirim itu berharap saya akan memberi komen yang menyentuh peribadi dua nama yang dia sebut.
Unfortunately,  I dont mix profesional things with personal feelings.

Gila kau.
Kalau  Allah tarik nyawa sewaktu tengah menulis keburukan orang, apa nak dijawab di sana nanti?
Besides, hal kerja habis kat situ je la... Kenapa nak serabuttttt otak?

"In my humble opinion, if u r Serious about joining us, u must see Pn N. She works in.ur neighbourhood n she is very passionate too"

Saya jawab lebih kurang gitu. Hhahahhaha..
Terus saya blok nombor tu for a week.

After a week. Dah takde mesej baru dah.
Aminnnn...

Sorry dekkk.
Akak bizi. Takder masa nak berdrama.


Saturday, June 10, 2017

15th Ramadhan: Tahniah sangat mahal

Saya tak sudi nak ucap tahniah secara melulu.

Kalau d kid menang no. 5 untuk acara yang dia langsung tak ada harapan nak menang,  you bet!
Berlari-lari mokcik hugs n cakap how proud I am.
Itu lain. Budak tu deserved. Seharusnya ucapan tahniah dizahirkan.

Atau mokcik update kata2 pujian kat insta macam ni.


But there r people when they got eer...recognition, mokcik tanya ngan Zeda, " apa contribution beliau?".

Zeda pandang saya dan geleng, "Not that I know."
Dia sambung bercerita previously,  memang ada usaha to give Award for her  but someone opposed to it, with facts of course. Point taken.

Macam biasa,  mokcik tertinggal keretapi.

"Now, tak tau pulak," Zeda pandang quizzically. I shrugged. Mungkin saya salah. Afterall I was too busy reading exam scripts, sometimes I couldnt believe what I read either.

I read it right.
It made headlines.

I just dont get it.
I remembered d task given to me by upper echelon to pujuk her doing the most important task. Twice. I thought saya berjaya kali pertama,  I was wrong. That is why I was asked to do it twice.

Then, this year someone told me she still didnt do it. Korang ingat saya ada masa nak pergi nasihat dan bantu lagi?

I wrote tazkirah in d group.

Dia beria2 kata mau berubah dan minta nak masuk dalam organisasi yang saya pimpin.

She did well. She is consistent in making false promises.
Saya jumpa ramai orang begini dalam tugasan saya sebagai Ketua Derjah. I can smell a rat in whatever flavour pun.
Sadly, I dont have d luxury of keeping this kind of people in order to serve.

Mokcik x mampu bawa passenggers.

"Kalau betullah yang akak cakap ni, nanti jangan nak hipokrit sangat ucap tahniah pula!" Hazeda cakap sambil menuding jari dengan muka garang.

Hahhahahha..
" Mak aihhh garangnya awak", saya jawab.

" ye la..  Jangan hipokrit!" dia jawab sambil ketawa juga.

Mungkin betul. Nilai anugerah adalah pada penerimanya.

Friday, June 09, 2017

Ramadhan 14th: Seterika panas.

Bila berita pasal pelajar 3rd year UPNM mati dibuli, forgive me for being a bit sceptical.  3rd year kott...

Ingat nobody bully adults? Asked a Chinese Lady on d nst.com page. Two others replied my comments n d third caught my attention,  suspect theft katanya...

In my uni-year, satu pagi sorang housemates marah2 suruh pulangkan pakaian dalam dia yang dia sidaikan di ampaian depan bilik air luar. Kebetulan saya guna bilik air tu hari u tu.
Saya konpius dan speechless...  Beliau sangat marah sebab pakaian dalamnya 'branded' dia kata.
I was so dumbstruck. Seumur hidup, jangan kata barang orang,  boifren org pun saya tak SUDI ambikkk.

Tak ingatlah, saya fikir saya tak sempat jawab pun sebab roommate beliau datang dan cakap dia nampak ada Mat Pet (drug addict) masuk sebab pagar x kunci.

Kami semua berlari ke bawah dan check apa lagi yang hilang.
Great!!! Loafers saya yang masa tu agak mahal tu pun Mat Pet tu rembat sekali. Sadissss..

Secara tak langsung saya nk kasi tau, if I can afford expensive loafers, takat undies 2 sizes smaller, memang sangat tak masuk akal kalau saya nak ambil. What for?

Cerita habis di situ. We became friends again. Makan bersama. G pasar malam bersama, sampailah saya graduan dan kerja. Sempoii baq hang!

Bila teringat saya cuma rasa lucu je, saya XL, dia tu xs, nak disarung kemana undies tu? Hahaha...

In a way we were Lucky sebab ada roommate baik yang cepat2 datang leraikan ketegangan, beritahu fakta sebenar. Last2 satu rumah menangis tak berlagu sebab banyak kasut yang dicuri juga.

Tapi budak sekarang pelik. Bila hilang laptop jumpa bomoh. Of course bomoh akan cakap orang dekat. Then, main tuduh2 lepas tu paksa orang ngaku.

Orang yang hilang laptop sorang je.
Yang lain patut tolong damaikan, macam housemate saya Ila, budak major Statistik tu...


Ini tak.. Berjemaah dera suspek, 80% burnt, hebat korang dek, selalu child abuser yg mostly low educated je yg guna iron, now korang pun dah mampu berdiri sama senget dengan merekaπŸ˜‚πŸ˜‚

 . Lagi hebat bila suspek mati. Yelah... Nak tunggu battlefield, lambat... praktis dulu dera suspek hingga mati.

Nama pun suspected, belum tahu betul ke tidak arwah yang curi. Segalanya mungkin.

Until now, I could not imagine d 9-days-tremor he endured. Satu batalion dera beliau, oh dear...

Funny. Brotherhood time dera orang, sangat..... Bila kena kutip, habis nama sorang2 kena petik dan diangkut ke balai berjemaah.

Al-Fatihah untuk arwah.
Salam takziah untuk geng seterika panas.
Dengan ucapan,
neraka lagi panas dekkk..

Wednesday, June 07, 2017

12th Ramadhan: sempat tak?

Semalam, mommy said she wanted to go to d bank. Later, we bought groceries.

It was hot n humid. Letih..
She did most of d shopping. While waiting outside I saw an ex-student.

Daripada saya menyusahkan diri menanti dia tegur saya, baiklah saya pergi kepada dia dan bertanya khabar.

"Murid febret ni...", saya kata sambil tepuk2 bahu. Semua murid pun are my favourites 😘😘Suaminya tersenyum.  In my untrained eyes, they looked happy. Hati mokcik pun tenang.

Saya tanya mereka tinggal di mana... Suaminya beri peluang kepada kami berbual mungkin...  Jadi terus saya tanya soalan tak bertapis...

" Awak ok? Ada orang buli tak?". Dia kata dia ok. Alhamdulillah....  Keluarga suaminya itu memang keluarga baik-baik.

"Baby ni sempat tak di Bin kan....", saya tak sambung soalan. Dia tengok saya, muka cuak dan gelengkan kepala..

" Teacher tau?" dia tanya. Saya angguk.
"Bila Teacher tau?", dia tanya lagi.
"On the day you sat my paper last year", saya jawab..

"Oh....." dia terdiam.
Kenapa murid2 selalu fikir Ticer dia x ambil peduli hal mereka?

"Saya tak ambik pun result SPM Teacher... Saya dapat berapa?" dia tanya.

Saya jawab yang mana saya ingat.
Entahlah... Dia antara pelajar saya yang bagus dalam pelajaran.
Cuma itu lah...

Sebelum berpisah,  saya peluk dia dan cakap,  saya selalu ada kalau dia perlu bantuan.
Dia tersenyum. Saya tak fikir dia akan hubungi saya.

She is a strong girl.
What she did was wrong, tapi saya pasti dia takkan ulangi lagi.

Adakalanya kita fikir we can get whatever we want.
Cuma, yang kita mahu itu belum tentu baik untuk kita.

Sekian.

Friday, June 02, 2017

7th Ramadhan: Act of faith.

Kejadian hari yang sama seperti di entry 5th Ramadhan.

Hari hujan lebat. Jalan  sesak, sampai ke Rawang. Naik bas is never easy.

Sampai di Tanjong Malim, I was thinking of a way to open d bus luggage compartment as d driver was in rush to catch his delayed trip.

"Adik,  boleh tak tolong bukakan?", saya cakap to an Indonesian man in his mid 20s, yang sama2 turun dari bas. Dia terus pergi dan saya terkebil2 pandang..

Hah... Nak nangis...

He stopped, turned back, flashed a smile and asked politely am I talking to him. Mokcik nodded. Muka sedeyy..

He came back n lifted the heavy door yang mokcik memang konfem tak larat buka..
Blessed him.

I board d Sungkai bus n chose d front seat. Senang nak turun nanti.

"Taman Bukit Sinai berapa?" saya tanya.
"RM3" d conductor answered.

"Masjid Slim River tambangnya berapa?" orang belakang tanya. Obviously, like me, he rarely use d bus too. Masjid tu kat tengah pekan kot..

Mokcik memang fefeling csi, semua benda mokcik selidik.

D bus stopped at Shell petrol pump where d driver got a pack of dates each. The driver terus makan n d conductor was quite discreet, despite both r Indian. Malaysian way, bulan posa, my non-muslim friends nak makan depan kita pun segan2 , guess all good breed Malaysian pun begitu.



D Lady opposite me was in sour mood with her ear plugged.  Several passengers coming up, regulars,  judging from d way they greeted d driver.

Once we reached Slim River town I asked d conductor if d bus goes to Sungkai.

Dulu saya pernah kena turun kat eatery joint sebab d driver tak mo g Sungkai as there were only 2 passenggers left. Mau meraung saya kalau kena angkut barang yang berat at that point of time.

I was relieved when he answered " pergi!"
"Masjid Slim River tu lalu tak Kak?" orang belakang tanya.  Saya toleh.

He is not more than 22, very young and I might say very pious.  Suci je muka.

"lalu,  tapi akak tak reti nak petik loceng kat mana nanti", saya cakap jujur. A bit quizzical looked sprayed on my face.

"saya pun tak tau Kak, saya dari Seremban Kak nak jumpa kawan kat Masjid Slim River", dia jawab.
Oookk..
 Saya terus minta konduktor tu berhentikan bas depan mesjid, sementara saya punggah beg, n wallah...

"Nah air mineral. Awak ada bawa apa2 tak untuk berbuka?" saya tanya..
" Thanks Kak. Xder bawak apa Kak.. Sebab tu nak singgah masjid" dia jawab, muka polos,  macam anak murid saya juga bila mereka eksaited...

Bukan tadi dia kata nak jumpa kawan ke kat mesjid. Just like my students bila mereka cover line, Teacher ni mesti boleh tau punya...
Cuma tidaklah saya teringin nak probing.

"Awak ok ke ni?" saya tanya lagi..
" Ok kak..." dia jawab.  Senyum.

Ermmm...
Dah 17 tahun saya jadi cikgu, I trust my instinct more..
Saya punggah lagi beg Ikea biru yang penuh dan berat tu.

"Ni karipap,  akak beli kat Ikea tadi, untuk awak berbuka tau", sengaja saya sebut nama gedung Kafir tu. I expected dia akan tolak.
Some budak2 yang extremist, tak no makan benda2 cenggini. Syubhah kata deme...

Tapi tak. Dia terima dengan grateful.
" Baik hati akak...." dia cakap sambil disambung doa yang menyentuh hati saya.

Driver berhentikan bas.
"Kat seberang tu mesjid? Awak betul2 ok tak?" saya tanya buat kali terakhir.

" Betul Kak. Saya ok" dia jawab dan turun bas. Bas bergerak, tapi saya masih berfikir.

For someone who travelled from Seremban, he did not even bring a bag!
He did not even have a watch, nor handphone sebab bila saya tanya pukul berapa,  dia cakap takder jam. He could always see his handphone, couldn't him?

Dalam diam saya berdoa budak ni selamat dan tak terpengaruh dengan militan segala. Not that Masjid Slim River breeds any, bit still... Budak2 muka suci ni memang an easy prey.

Few minutes later, d sour Lady opposite me offered a bun.
" Dah masuk waktu Kak", dia kata sambil tersenyum manisssss.

Mokcik pun senyum dan mengharap keberkatan Ramadhan bawa keselamatan di dunia dan akhirat kepada that particular boy n d sour Lady yang sebenarnya generous n thoughtful itu.

Aminnnn..



Thursday, June 01, 2017

6th Ramadhan: Of death

Hari tu mak saya pergi menziarahi rakannya yang uzur. She is among my mom masjid cliques.

2, 3 hari lepas tu mak saya tazkirah saya supaya berbaik dengan SEMUA orang.
" Duit banyak, rumah besar dan cantik apa gunanya bila dah sakit terlantar macam tu..", mak saya membebel.

Errrr why me???
Untuk rekod saya memang papa kedana dan rumah saya mesin basuh pun takder, dan saya tak berminat nak berkawan waima bermusuh dengan orang unless hal kerja.

Kawan saya semua dah tested n proven (hahaha) dan kami kekal bersahabat sejak 31 tahun (kawan sekolah) dan 20 tahun ( kawan Uni). Rakan sekerja masih dalam tapisan gitu.

Me: Mak cakap pasal kawan mak tu ke?
Mak: ye...
Me: orang tak faham mak, itu kan kawan baik mak, lagipun makcik tu kan baik.. Kaki mesjid, cakap pun lembut je...
Mak: Ye betul... Memang baik. Cuma masa suaminya nak kahwin lagi dulu,  macam2 dia buat... Jenuh mak nasihatkan suruh bersabar...
Me: Oooo dia buat apa mak..
Mak: eh kamu ni...

Sampai di situ saja cerita mak saya.
To be honest, saya pun x tau bila pakcik tu berkahwin lagi. Mungkin masa saya kecik kot, jadi manalah saya sedar drama mereka.

Me: Lahh orang ingat dia redha, tengok anak2 dia relaks je cerita...
mak: (diam)
Me: ehhh... Pakcik tu pun yang kahwin lagi dah kenapa?  Mestilah makcik tu hanginn... Mana ada orang yang tak marah bila bermadu?
Mak: Marah tu ye la marah... Tapi kena ingat Allah tu ada...

Oooo...
Mak saya taknak cerita la tu...

Saya pun tak nak tanya sejarah silam makcik tu.
Saya fikir ujian hidup tak sama. Ada orang diuji dengan harta yang banyak. Kot tamak dan kedekut, automatically failed la tu..

Ada orang diuji dengan kesihatan yang buruk. Sewaktu terlantar tu gigih tak nak solat dan berzikir?

Ada orang diuji dengan kasih sayang, bila spouse beralih arah masih tak dia ingat, sebenarnya tiada sesuatu pun yang terjadi di dunia ini tanpa iradat Allah.

Ada orang diuji dengan zuriat. Anak yang solleh dibanggakan ke tahap riak. Habis rosak amalan dengan riak yang tak sudah...

Ada orang diuji dengan sahabat yang ramai. Dia teamed up dengan sahabatnya dan aniayai orang pula hahaha...

Mungkin di mata orang ramai kita nampak sesuci embun pagi, tapi Allah maha mengetahui setiap sesuatu yang kita lakukan secara terang, diam atau sembunyi. Begitulah antara intipati tazkirah mak saya. Hehe..

Hari ini pukul 6.50ptg, Makcik saya yang saya panggil Mak juga, meninggal dunia. As d name implies, she is more like a mother to us.

Selepas Isya, Acho dan Mak pergi ke Bukit Naga. There Baby and Yus dah tunggu for d next trip to Skudai. D funeral would be on Friday, before Jumaat prayer.

" Dulu Pak Sulung kamu pun meninggal bulan puasa, ini Mak kamu pun sama", mak cakap dengan redha..

Pak Sulung saya, waktu terlantar pun tak tinggal solat. I believe Mak pun sama.

Pak Sulung saya waktu hidup dia susah pun, dia sewa kereta dan hantar makanan pada kami sewaktu baru pindah. Mak pun sama.

Saya harap saya tak akan aniayai orang seumur hayat saya, dan mendapat kesudahan hidup yang baik macam Pak Sulung dan Mak.

Alfatihah.