Thursday, June 01, 2017

6th Ramadhan: Of death

Hari tu mak saya pergi menziarahi rakannya yang uzur. She is among my mom masjid cliques.

2, 3 hari lepas tu mak saya tazkirah saya supaya berbaik dengan SEMUA orang.
" Duit banyak, rumah besar dan cantik apa gunanya bila dah sakit terlantar macam tu..", mak saya membebel.

Errrr why me???
Untuk rekod saya memang papa kedana dan rumah saya mesin basuh pun takder, dan saya tak berminat nak berkawan waima bermusuh dengan orang unless hal kerja.

Kawan saya semua dah tested n proven (hahaha) dan kami kekal bersahabat sejak 31 tahun (kawan sekolah) dan 20 tahun ( kawan Uni). Rakan sekerja masih dalam tapisan gitu.

Me: Mak cakap pasal kawan mak tu ke?
Mak: ye...
Me: orang tak faham mak, itu kan kawan baik mak, lagipun makcik tu kan baik.. Kaki mesjid, cakap pun lembut je...
Mak: Ye betul... Memang baik. Cuma masa suaminya nak kahwin lagi dulu,  macam2 dia buat... Jenuh mak nasihatkan suruh bersabar...
Me: Oooo dia buat apa mak..
Mak: eh kamu ni...

Sampai di situ saja cerita mak saya.
To be honest, saya pun x tau bila pakcik tu berkahwin lagi. Mungkin masa saya kecik kot, jadi manalah saya sedar drama mereka.

Me: Lahh orang ingat dia redha, tengok anak2 dia relaks je cerita...
mak: (diam)
Me: ehhh... Pakcik tu pun yang kahwin lagi dah kenapa?  Mestilah makcik tu hanginn... Mana ada orang yang tak marah bila bermadu?
Mak: Marah tu ye la marah... Tapi kena ingat Allah tu ada...

Oooo...
Mak saya taknak cerita la tu...

Saya pun tak nak tanya sejarah silam makcik tu.
Saya fikir ujian hidup tak sama. Ada orang diuji dengan harta yang banyak. Kot tamak dan kedekut, automatically failed la tu..

Ada orang diuji dengan kesihatan yang buruk. Sewaktu terlantar tu gigih tak nak solat dan berzikir?

Ada orang diuji dengan kasih sayang, bila spouse beralih arah masih tak dia ingat, sebenarnya tiada sesuatu pun yang terjadi di dunia ini tanpa iradat Allah.

Ada orang diuji dengan zuriat. Anak yang solleh dibanggakan ke tahap riak. Habis rosak amalan dengan riak yang tak sudah...

Ada orang diuji dengan sahabat yang ramai. Dia teamed up dengan sahabatnya dan aniayai orang pula hahaha...

Mungkin di mata orang ramai kita nampak sesuci embun pagi, tapi Allah maha mengetahui setiap sesuatu yang kita lakukan secara terang, diam atau sembunyi. Begitulah antara intipati tazkirah mak saya. Hehe..

Hari ini pukul 6.50ptg, Makcik saya yang saya panggil Mak juga, meninggal dunia. As d name implies, she is more like a mother to us.

Selepas Isya, Acho dan Mak pergi ke Bukit Naga. There Baby and Yus dah tunggu for d next trip to Skudai. D funeral would be on Friday, before Jumaat prayer.

" Dulu Pak Sulung kamu pun meninggal bulan puasa, ini Mak kamu pun sama", mak cakap dengan redha..

Pak Sulung saya, waktu terlantar pun tak tinggal solat. I believe Mak pun sama.

Pak Sulung saya waktu hidup dia susah pun, dia sewa kereta dan hantar makanan pada kami sewaktu baru pindah. Mak pun sama.

Saya harap saya tak akan aniayai orang seumur hayat saya, dan mendapat kesudahan hidup yang baik macam Pak Sulung dan Mak.

Alfatihah.

No comments: